Lompat ke kandungan

BROSUR MAKLUMAT GLOBAL

Taganrog LRO and Others lwn. Russia

Taganrog LRO and Others lwn. Russia

Ringkasan keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) berkenaan kes Taganrog LRO and Others lwn. Russia, yang menyatakan bahawa pengharaman Saksi-Saksi Yehuwa oleh kerajaan Rusia merupakan tindakan yang melanggar undang-undang. Keputusan ECHR turut menolak maklumat palsu yang dikemukakan oleh pihak berkuasa Rusia. ECHR menyimpulkan bahawa kepercayaan dan amalan Saksi-Saksi Yehuwa adalah sah di sisi undang-undang dan dilindungi di bawah hak kebebasan beragama, bersuara, dan berpersatuan. Ini merangkumi hubungan para Saksi dengan ahli masyarakat, kandungan bahan keagamaan mereka, jumlah masa yang dihabiskan dalam hal keagamaan, pilihan dalam soal kesihatan, pilihan ibu bapa mengenai aktiviti sosial dan pendidikan agama bagi anak-anak, pergaulan dengan anggota keluarga bukan Saksi, dan kerja penyebaran mereka.