Dua Samuel 5:1-25

  • Daud menjadi raja seluruh Israel (1-5)

  • Yerusalem ditakluki (6-16)

    • Sion, Kota Daud (7)

  • Daud mengalahkan orang Filistin (17-25)

5  Beberapa lama kemudian, semua suku Israel pergi kepada Daud di Hebron+ dan berkata kepadanya, “Hamba sekalian ialah darah daging* tuanku.+ 2  Semasa Saul menjadi raja kami, tuankulah yang telah memimpin orang Israel dalam peperangan.+ Yehuwa telah berfirman kepada tuanku, ‘Engkau akan menggembala umat-Ku Israel, dan engkau akan memimpin mereka.’”+ 3  Oleh itu, semua pemimpin orang Israel pergi kepada Raja Daud di Hebron, dan dia membuat perjanjian dengan mereka+ di hadapan Yehuwa. Kemudian mereka mengurapi Daud dan menjadikannya raja Israel.+ 4  Daud berumur 30 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah selama 40 tahun.+ 5  Di Hebron, dia menjadi raja atas Yehuda selama 7 tahun dan 6 bulan, dan di Yerusalem,+ dia menjadi raja atas seluruh Israel dan Yehuda selama 33 tahun. 6  Raja Daud dan anak buahnya bertolak ke Yerusalem untuk menyerang orang Yebus+ yang tinggal di negeri itu. Mereka mencabar Daud dengan berkata, “Tidak mungkin kamu dapat masuk ke sini! Bahkan orang buta dan tempang akan mengusir kamu.” Mereka menyangka Daud pasti tidak datang ke situ.+ 7  Tetapi Daud menakluki kubu mereka di Sion, dan kini kubu itu dinamakan Kota Daud.+ 8  Pada hari itu, Daud berkata, “Masuklah melalui terowong air untuk menyerang orang Yebus. Seranglah semua orang, termasuk ‘orang yang tempang dan buta’! Beta membenci mereka!” Itulah sebabnya ada orang berkata, “Orang yang buta dan tempang tidak akan memasuki rumah itu sama sekali.” 9  Daud mula tinggal di kubu itu, dan kubu itu dinamakan* Kota Daud. Dia mendirikan tembok dan bangunan-bangunan di tempat perlindungan* itu+ dan kawasan sekelilingnya.+ 10  Daud menjadi semakin kuat+ dan dia disertai Tuhan Yehuwa, ketua angkatan syurga.+ 11  Hiram,+ raja Tirus, menghantar utusan kepada Daud. Dia juga menghantar kayu sedar,+ tukang kayu, dan tukang batu untuk mendirikan tembok. Mereka semua mula membina sebuah istana* untuk Daud.+ 12  Daud pun sedar bahawa Yehuwa telah mengukuhkan kedudukannya sebagai raja Israel,+ dan Dia telah menguatkan kerajaan Daud+ demi umat-Nya Israel.+ 13  Selepas Daud berpindah dari Hebron ke Yerusalem, dia mempunyai lebih banyak gundik+ dan isteri. Maka bertambahlah anak lelaki dan anak perempuannya.+ 14  Inilah nama anak-anaknya yang dilahirkan di Yerusalem: Syamua, Sobab, Natan,+ Salomo,+ 15  Ibhar, Elisua, Nefeg, Yafia, 16  Elisama, Eliada, dan Elifelet. 17  Apabila orang Filistin mendengar bahawa Daud sudah dilantik menjadi raja Israel,+ mereka semua datang untuk menyerangnya.+ Daud mendengar tentang hal itu lalu dia pun pergi ke sebuah tempat untuk berlindung.+ 18  Ketika orang Filistin tiba, mereka menduduki seluruh Lembah* Refaim.+ 19  Daud bertanya kepada Yehuwa,+ “Haruskah aku melawan orang Filistin? Adakah Engkau akan menyerahkan mereka ke dalam tanganku?” Yehuwa berfirman kepada Daud, “Ya pergilah, kerana Aku pasti akan menyerahkan orang Filistin ke dalam tanganmu.”+ 20  Oleh itu, Daud pergi ke Baal-perasim dan mengalahkan mereka di sana. Lalu dia berkata, “Seperti tembok yang hancur dirempuh air, musuh-musuhku telah dimusnahkan oleh Yehuwa+ di hadapanku.” Itulah sebabnya dia menamakan tempat itu Baal-perasim.*+ 21  Orang Filistin meninggalkan patung-patung berhala mereka di sana, lalu Daud dan anak buahnya mengambil dan memusnahkan patung-patung itu. 22  Selepas beberapa waktu, orang Filistin datang sekali lagi lalu menduduki seluruh Lembah* Refaim.+ 23  Daud meminta petunjuk Yehuwa tetapi Dia menjawab, “Janganlah serang mereka dari depan. Sebaliknya, seranglah mereka dari belakang, iaitu dekat semak samun.* 24  Sebaik sahaja engkau mendengar bunyi derap kaki di atas semak itu, janganlah teragak-agak untuk menyerang mereka. Hal ini demikian kerana Aku, Yehuwa, akan mendahuluimu dan mengalahkan tentera Filistin itu.” 25  Daud melakukan segala yang telah diperintahkan oleh Yehuwa, dan dia mengalahkan orang Filistin+ dari Geba+ sampai ke Gezer.+

Nota Kaki

Atau “ialah saudara-mara.”
Atau mungkin, “dan dia memanggil kubu itu.”
Ibrani, mil·lohʹ yang bermaksud “timbunan tanah.” Lihat Kamus.
Harfiah, “rumah.”
Atau “Dataran Rendah.”
Maksudnya “Perempuh yang Terulung.”
Atau “Dataran Rendah.”
Harfiah, “di depan pokok baka.”