Amos 3:1-15
3 “Hai umat Israel, dengarlah! Inilah perkhabaran Yehuwa mengenai segenap bangsa kamu, yang sudah dibawa-Nya keluar dari Mesir,
2 ‘Daripada semua bangsa di dunia, kamulah satu-satunya bangsa yang Aku kenal.+
Itulah sebabnya Aku akan menghukum kamu atas segala dosa kamu.+
3 Bolehkah dua orang berangkat bersama-sama tanpa berjanji untuk bertemu terlebih dahulu?
4 Adakah singa akan mengaum di hutan jika belum mendapat mangsa?
Adakah anak singa menggeram di dalam sarangnya jika belum menangkap apa-apa?
5 Bolehkah burung terperangkap jika tiada orang memasang perangkap di tanah?*
Bolehkah perangkap membingkas jika tiada yang tertangkap?
6 Jika trompet dibunyikan di sebuah kota, tidakkah penduduknya akan ketakutan?
Jika bencana menimpa sesebuah kota, bukankah Aku, Yehuwa, yang telah membenarkan bencana itu berlaku?
7 Akulah Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.Aku tidak akan melakukan sesuatu pun tanpa menyatakan apa-apa* kepada para nabi, hamba-hamba-Ku.+
8 Apabila singa mengaum,+ siapakah yang tidak akan takut?
Apabila Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, siapakah yang tidak akan mengisytiharkan perkhabaran-Ku?’+
9 ‘Umumkanlah perkhabaran ini di atas menara berkubu Asdod,Dan di atas menara berkubu di negeri Mesir:
“Berkumpullah di pergunungan Samaria;+Lihatlah kekacauan dan penipuanYang berlaku di sana.+
10 Orang di sana tidak tahu bagaimana melakukan apa yang benar.Mereka memenuhi tempat kediaman mereka dengan barang jarahan yang diperoleh dengan kekerasan.” Aku, Yehuwa, telah berfirman.’
11 Maka, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat,‘Musuh akan mengepung negeri ini,+Lalu kamu akan hilang kekuatan.Mereka akan menjarah menara-menara berkubu kamu.’+
12 Yehuwa berfirman,‘Seperti seorang gembala yang hanya dapat menyambar sepasang kaki atau sepotong telinga bebirinya daripada mulut singa,Demikian juga yang akan berlaku; hanya sedikit orang yang akan terselamat antara orang IsraelYang sekarang berbaring di atas tempat tidur dan tempat duduk yang serba mewah di Samaria.’+
13 ‘Dengarlah dan berikanlah amaran kepada keturunan Yakub,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga.
14 ‘Pada hari Aku menghukum Israel kerana semua dosa mereka,+Aku juga akan memusnahkan semua mazbah di Bethel;+Aku akan mematahkan tanduk-tanduk semua mazbah sehingga jatuh ke tanah.+
15 Aku akan menghancurkan rumah musim sejuk dan rumah musim panas.’
‘Semua rumah yang dihiasi gading akan roboh,+Dan rumah-rumah besar* akan dimusnahkan,’+ firman Yehuwa.”
Nota Kaki
^ Atau mungkin, “jika tiada umpan di dalam perangkap?”
^ Atau “maklumat sulit-Ku; rahsia-Ku.”
^ Atau mungkin, “Dan banyak rumah.”