Amos 4:1-13

  • Perkhabaran tentang kaum wanita di Samaria (1-3)

  • Yehuwa mengutuk penyembahan palsu orang Israel (4, 5)

  • Umat Israel menolak disiplin Tuhan (6-13)

    • ‘Bersedialah untuk menghadap Tuhan’ (12)

    • ‘Tuhan memberitahu manusia apa yang difikirkan-Nya’ (13)

4  “Dengarlah hai kaum wanita yang tinggal di pergunungan Samaria.+Kamu menggemukkan diri sehingga menjadi seperti lembu-lembu di Basan.Kamu menipu orang yang lemah+ dan menindas orang yang miskin.Kamu berkata kepada suami kamu, ‘Bawalah minuman keras untuk kami minum!’  2  Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat dan Tuhan yang suci, telah bersumpah,‘Akan tiba masanya kamu diheret dengan cangkuk daging,Dan yang lain akan ditarik dengan mata kail.  3  Kamu akan dibawa melalui celah-celah tembok yang ada di hadapan kamu masing-masing,Lalu kamu akan dilempar keluar ke Harmon. Aku, Yehuwa, telah berfirman.’  4  ‘Pergilah ke Bethel dan buatlah dosa* di sana,+Pergilah ke Gilgal dan buatlah lebih banyak dosa di sana!+ Persembahkanlah korban+ kamu pada waktu pagi,Dan bawalah persepuluhan+ kamu pada hari ketiga.  5  Persembahkanlah roti beragi sebagai korban kesyukuran,+Dan umumkanlah sumbangan sukarela yang kamu berikan, Kerana bukankah hal itu yang kamu suka lakukan, hai umat Israel?’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.  6  ‘Aku telah menyebabkan setiap rumah kekurangan makanan;Ya, Aku telah mendatangkan kebuluran di setiap kota kamu.+Namun, kamu tidak kembali kepada-Ku,’+ firman Yehuwa.  7  ‘Aku telah mencegah hujan turun biarpun musim menuai akan tiba dalam masa tiga bulan lagi;+Aku menurunkan hujan di sebuah kota tetapi tidak menurunkannya di kota yang lain. Sebuah ladang mendapat curahan hujan,Tetapi ladang yang lain menjadi gersang kerana tiada hujan.  8  Di beberapa buah kota, penduduknya kehausan sehingga pergi mencari air di kota lain,+Tetapi air di sana tidak cukup.Meskipun begitu, kamu tidak kembali kepada-Ku,’+ firman Yehuwa.  9  ‘Kamu memperbanyak kebun dan ladang anggur kamu,+ Tetapi Aku telah mendatangkan angin panas dan kulapuk kepada tanaman kamu.Belalang juta telah memakan habis pokok ara dan pokok zaitun kamu.+Namun demikian, kamu masih tidak kembali kepada-Ku,’+ firman Yehuwa. 10  ‘Aku mengirim wabak penyakit kepada kamu seperti yang telah Aku kirim ke Mesir.+ Aku membunuh orang muda kamu+ dengan pedang dan menangkap semua kuda kamu.+ Aku menyebabkan perkhemahan kamu diselubungi bau busuk yang menusuk hidung.+Walaupun begitu, kamu tidak juga kembali kepada-Ku,’ firman Yehuwa. 11  ‘Aku menghancurkan negeri kamu,Seperti yang telah Aku lakukan terhadap Sodom dan Gomora.+ Orang dalam kalangan kamu yang terselamat bagaikan sebatang kayu yang disambar keluar daripada api.Namun begitu, kamu tetap tidak mahu kembali kepada-Ku,’+ firman Yehuwa. 12  ‘Oleh itu, hai umat Israel, Aku akan menghukum kamu sekali lagi. Hai umat Israel, bersedialah untuk menghadap Aku, Tuhan kamu,Kerana Aku akan menjatuhkan hukuman kepada kamu.’ 13  Sesungguhnya, Tuhanlah yang menciptakan gunung+ dan angin.+Dia memberitahu manusia apa yang difikirkan-Nya.Dia mengubah fajar menjadi kegelapan,+Dan Dia berjalan di puncak-puncak gunung.+Dialah ketua angkatan syurga. Yehuwa, itulah nama-Nya.”

Nota Kaki

Atau “dan memberontaklah.”