Amos 5:1-27
5 “Hai umat Israel, dengarlah kata-kata ini yang aku sampaikan sebagai lagu ratapan kepada kamu:
2 ‘Israel, anak dara itu, sudah jatuh!Dia tidak akan bangkit lagi.
Dia telah dibiarkan terlantar di tanahnya sendiri,Dan tiada sesiapa pun yang akan membantunya bangun semula.’
3 “Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah berfirman,
‘Sebuah kota mengerahkan 1,000 orang askar untuk pergi berperang, tetapi hanya 100 orang yang kembali.Sebuah kota yang lain mengerahkan 100 orang askar untuk pergi berperang, tetapi hanya 10 orang yang kembali. Demikianlah yang akan berlaku kepada Israel.’+
4 “Hai umat Israel, inilah firman Yehuwa kepada kamu:
‘Carilah Aku, maka kamu akan hidup.+
5 Janganlah pergi ke Bethel,+Kerana Bethel akan dilenyapkan.*Janganlah pergi ke Gilgal+ atau ke Beer-syeba,+Kerana penduduk kota Gilgal akan dibuang negeri.+
6 Hai keturunan Yusuf, carilah Aku, Yehuwa, maka kamu akan hidup.+Jika tidak, Aku akan datang seperti api yang menyala-nyala kepada kamu,Lalu menghanguskan Bethel, dan tiada sesiapa pun yang dapat memadamkan api itu.
7 Kamu memutarbalikkan keadilan sehingga orang hidup dalam keperitan,Dan kamu menolak hal-hal yang benar.+
8 Akulah yang menciptakan bintang Kimah* dan bintang Kesil,*+Akulah yang mengubah kegelapan yang pekat menjadi cahaya pada waktu pagi,Akulah yang mengubah siang menjadi gelap seperti pada waktu malam,+Dan Akulah yang menyebabkan air laut naikLalu mencurahkan air itu ke atas bumi.+Aku Yehuwa, dan itulah nama-Ku.
9 Aku akan memusnahkan kubu-kubu pertahanan,Dan Aku akan membinasakan orang perkasa dengan segera.
10 Kamu membenci para hakim yang memberikan teguran di pintu gerbang kota,Dan kamu sangat membenci orang yang bercakap benar.+
11 Kamu meminta cukai tanah daripada orang miskin,Dan kamu terus merampas hasil tanaman mereka.+Oleh itu, kamu tidak akan terus tinggal di dalam rumah mewah yang kamu bina daripada batu,+Dan meskipun kamu menanam anggur yang terbaik, kamu tidak akan meminum wain daripadanya.+
12 Aku tahu bahawa kamu selalu memberontak,Dan Aku tahu betapa banyaknya dosa kamu.Kamu menganiaya orang yang baik,Kamu tidak menegakkan keadilan bagi orang miskin di pintu gerbang kota,Dan kamu juga menerima rasuah.+
13 Pada masa itu, orang yang bijaksana akan berdiam diri,Kerana masa itu ialah masa kesengsaraan.+
14 Berusahalah untuk melakukan hal yang baik, dan bukannya hal yang jahat.+Dengan demikian, kamu akan terus hidup,+
Dan seperti yang kamu katakan, Aku akan menyertai kamu.Akulah Yehuwa, ketua angkatan syurga.+
15 Bencilah apa yang jahat, dan cintailah apa yang baik.+Biarlah keadilan ditegakkan di pintu gerbang kota.+
Mungkin Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga,Akan mengasihani keturunan Yusuf yang masih hidup.’+
16 “Oleh itu, Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah berfirman. Inilah firman Yehuwa:
‘Ratapan akan kedengaran di semua tempat awam,Dan di semua jalan, orang akan berseru, “Aduhai, aduhai!”
Mereka akan memanggil para petani untuk berkabung,Dan mereka akan mengupah orang untuk meratap.’
17 Yehuwa berfirman, ‘Raungan akan kedengaran di semua ladang anggur,+Kerana Aku akan datang dalam kalangan kamu untuk menjatuhkan hukuman.’
18 ‘Malanglah orang yang menanti-nantikan hari Yehuwa!+
Apakah ertinya hari Yehuwa bagi kamu?+
Sesungguhnya hari itu hari yang gelap, dan bukan hari yang terang.+
19 Keadaannya seperti orang yang melarikan diri daripada singa, lalu bertemu dengan beruang;Dia pulang ke rumah dan meletakkan tangannya pada dinding, lalu dipatuk ular.
20 Hari Yehuwa hari yang gelap, dan bukan hari yang terang;Hari itu hari yang suram, dan bukan hari yang cerah.
21 Aku sangat benci terhadap perayaan-perayaan kamu,+Dan Aku muak terhadap bau korban yang dipersembahkan semasa kamu berkumpul untuk beribadat kepada-Ku.
22 Meskipun kamu mempersembahkan korban bakar dan korban-korban yang lain,Semua korban itu tidak akan menyenangkan hati-Ku.+Meskipun kamu mempersembahkan binatang yang gemuk sebagai korban pendamaian, Aku tidak akan menerima korban itu.+
23 Hentikanlah nyanyian kamu yang membisingkan itu.Aku tidak mahu mendengar bunyi daripada alat muzik bertali kamu.+
24 Biarlah keadilan mengalir seperti air sungai,+Dan biarlah kejujuran mengalir seperti air yang tidak pernah kering.
25 Hai umat Israel, selama 40 tahun kamu mengembara di padang belantara,Pernahkah kamu mempersembahkan korban kepada-Ku?+
26 Sekarang kamu harus membawa Sakut dan Kaiwan,* dewa-dewa bintang kamu itu.Ya, kamu harus membawa berhala-berhala itu bersama kamu,
27 Dan Aku akan membuang kamu ke suatu tempat yang lebih jauh daripada Damsyik.’+ Demikianlah firman Tuhan yang bernama Yehuwa. Dialah ketua angkatan syurga.”+
Nota Kaki
^ Atau mungkin, “akan menjadi suatu tempat yang menyeramkan.”
^ Mungkin merujuk kepada buruj Orion.
^ Mungkin merujuk kepada bintang-bintang Pleiades dalam buruj Taurus.
^ Dewa-dewa ini mungkin merujuk kepada planet Zuhal yang disembah orang.