Amos 6:1-14
6 “Malanglah kamu yang hidup bersenang-lenang di Sion,*Dan kamu yang berasa aman di pergunungan Samaria.+Umat Israel datang menghadap kamu,Kerana kamu orang kenamaan dalam kalangan mereka.
2 Pergilah melihat kota Kalneh,
Kemudian dari sana, pergilah ke kota Hamat yang besar itu.+Selepas itu, turunlah ke kota Gat di Filistia.
Adakah kota-kota itu lebih baik daripada kedua-dua kerajaan* kamu?Adakah wilayah mereka lebih besar daripada wilayah kamu?
3 Kamu sengaja melupakan hari malapetaka yang sudah dekat,+Dan kamu terus melakukan penindasan dan kekejaman.+
4 Kamu berbaring di katil yang dihiasi gading+ dan duduk terlentang di atas sofa,+Kamu makan daging bebiri yang terbaik dan anak lembu yang gemuk.+
5 Kamu menggubah lagu mengikut irama kecapi,+Dan seperti Daud, kamu mencipta alat-alat muzik.+
6 Kamu minum wain dari mangkuk yang diisi penuh,+Dan kamu menyapu minyak yang bermutu tinggi pada tubuh kamu.
Tetapi kamu tidak peduli terhadap bencana yang akan menimpa keturunan Yusuf.+
7 Oleh itu, kamulah yang pertama-tama akan dibuang negeri,+Dan semua pesta dan jamuan kamu akan berakhir.
8 ‘Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah bersumpah demi diri-Ku sendiri,’+ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.‘“Aku sangat benci akan keangkuhan keturunan Yakub,+Dan Aku benci akan kubu-kubu pertahanan mereka.+Aku akan menyerahkan kota mereka dan segala yang ada di dalamnya kepada musuh.+
9 ‘“Jika masih ada 10 orang yang tinggal di dalam sebuah rumah, mereka juga akan mati.
10 Seorang saudara akan datang untuk membawa mayat mereka keluar lalu membakar mayat itu satu per satu. Semasa orang itu membawa mayat-mayat itu keluar, dia akan berseru kepada orang yang berada di bahagian rumah yang paling dalam, ‘Adakah sesiapa yang masih hidup selain kamu?’ Lalu terdengar jawapan, ‘Tiada!’ Kemudian orang itu akan berkata, ‘Jangan bercakap lagi! Sekarang sudah terlambat untuk menyeru nama Yehuwa.’”
11 Apabila Aku, Yehuwa, memberikan perintah,+Rumah yang besar akan dihancurkan sehingga menjadi reruntuhan,Dan rumah yang kecil akan dirobohkan sehingga menjadi serpihan.+
12 Adakah kuda akan berlari di tebing batu,Atau adakah orang akan membawa lembu untuk membajak di situ?
Kamu memutarbalikkan keadilan dan menyalahgunakan kuasa,*Kamu terus menindas orang sehingga mereka hidup dalam keperitan.+
13 Kamu bersukacita atas perkara yang tidak berguna,Dan kamu berkata, “Kami telah menjadi berkuasa kerana kekuatan kami sendiri.”+
14 Oleh itu, hai umat Israel, Aku akan mengirim bangsa asing untuk menentang kamu.+Mereka akan menindas kamu, dari Lebo-hamat*+ sampai ke wadi* di Araba,’ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.”
Nota Kaki
^ Atau “kamu yang berada di Sion, yang bersikap acuh tak acuh.”
^ Merujuk kepada kerajaan Yehuda dan Israel.
^ Atau “dan menjadikannya seperti racun yang berbahaya.”
^ Atau “dari pintu masuk kota Hamat.”