Amsal 10:1-32

  • “Anak yang bijak membuat bapanya gembira” (1)

  • “Orang rajin akan menjadi kaya” (4)

  • Orang yang bercakap banyak pasti berdosa (19)

  • Berkat Yehuwa menjadikan seseorang kaya (22)

  • Takut kepada Yehuwa; berumur panjang (27)

10  Amsal-amsal* Salomo:+ Anak yang bijak membuat bapanya gembira,+Tetapi anak yang bodoh menyebabkan ibunya sedih.  2  Harta yang diperoleh dengan tipu muslihat tidak membawa manfaat,Tetapi kebaikan menyelamatkan orang daripada kematian.+  3  Yehuwa tidak akan membiarkan orang baik kelaparan,+Dan Dia tidak akan memuaskan keinginan orang jahat.  4  Orang malas akan jatuh miskin,+Tetapi orang rajin akan menjadi kaya.+  5  Anak yang mengumpulkan hasil tanaman pada musim panas, bertindak dengan pengertian,Tetapi anak yang tidur nyenyak semasa musim menuai, memalukan diri sendiri.+  6  Orang baik akan mendapat perkenan orang lain;+Orang jahat menyembunyikan kekejaman di sebalik kata-kata mereka.  7  Orang baik akan sentiasa diberkati dan dikenang,+Tetapi nama orang jahat akan dilupakan.+  8  Orang bijak akan menerima tunjuk ajar,+Tetapi orang yang suka merepek akan binasa.+  9  Orang jujur akan berjalan dengan selamat,+Tetapi orang yang suka memperdaya akhirnya akan ketahuan.+ 10  Orang licik yang suka menipu menyebabkan orang menderita.+Orang yang mengucapkan kata-kata yang bodoh akan menerima akibatnya.+ 11  Kata-kata orang baik ialah sumber kesegaran,*+Tetapi di sebalik kata-kata orang jahat tersembunyi kekejaman.+ 12  Kebencian menimbulkan pertengkaran,Tetapi kasih mengampunkan* segala kesalahan.+ 13  Orang yang berpengertian akan mengucapkan kata-kata yang bijak;+Orang yang bodoh* akan dihukum dengan rotan.+ 14  Orang bijak menghargai pengetahuan,+Tetapi orang bodoh mengakibatkan kebinasaan dengan kata-katanya.+ 15  Kekayaan merupakan kota yang bertembok bagi orang kaya, Tetapi kemiskinan ialah kemusnahan bagi orang miskin.+ 16  Perbuatan baik mendatangkan kehidupan,Tetapi perbuatan jahat mengakibatkan dosa.+ 17  Orang yang menerima disiplin membantu orang lain menuju ke jalan kehidupan,*Tetapi orang yang menolak teguran menyebabkan orang lain menyimpang daripada haluan yang benar. 18  Orang yang menyembunyikan kebenciannya ialah pendusta,+Dan orang yang memfitnah* ialah orang bodoh. 19  Orang yang bercakap banyak pasti akan berdosa,+Tetapi orang yang mengawal bibirnya bertindak dengan bijak.+ 20  Lidah orang baik bagaikan perak yang murni,+Tetapi hati orang jahat sedikit nilainya. 21  Orang baik membimbing banyak orang dengan kata-katanya,+Tetapi orang bodoh mati kerana kurang pengertian.+ 22  Berkat Yehuwalah yang menjadikan seseorang kaya,+Dan berkat-Nya tidak disertai kepedihan hati.* 23  Orang bodoh menganggap perbuatan yang memalukan seperti permainan,Tetapi orang yang berpengertian akan mengejar kebijaksanaan.+ 24  Orang jahat akan ditimpa perkara yang ditakutinya,Tetapi orang baik akan mendapat perkara yang diinginkannya.+ 25  Apabila ribut melanda, orang jahat akan lenyap,+Tetapi orang baik bagaikan asas yang tetap kukuh selamanya.+ 26  Seperti cuka pada gigi dan asap pada mata,Demikianlah orang yang malas bagi majikannya. 27  Orang yang takut kepada Yehuwa akan berumur panjang,+Tetapi umur orang jahat akan dipendekkan.+ 28  Harapan orang baik kelak mendatangkan sukacita,+Tetapi harapan orang jahat akhirnya akan musnah.+ 29  Haluan Yehuwa bagaikan perlindungan bagi orang yang tidak bercela+Tetapi mendatangkan kehancuran bagi orang yang berbuat jahat.+ 30  Orang baik akan tetap hidup aman sentosa,+Tetapi orang jahat tidak akan dibiarkan hidup di bumi.+ 31  Mulut orang baik akan mengucapkan kata-kata yang bijak,Tetapi mulut orang keji akan dibungkam selama-lamanya. 32  Orang baik mengucapkan kata-kata yang menyenangkan,Tetapi orang jahat mengucapkan kata-kata yang keji.

Nota Kaki

Atau “Kata-kata hikmat.”
Atau “sumber kehidupan.”
Atau “menutupi.”
Atau “kurang pengertian.”
Atau mungkin, “Orang yang menerima disiplin berada di jalan kehidupan.”
Atau “menyebarkan khabar angin.”
Atau “kesakitan; kesusahan.”