Amsal 16:1-33

  • Yehuwa memeriksa niat hati (2)

  • Serahkan usahamu kepada Yehuwa (3)

  • Yehuwa menghendaki timbangan yang tepat (11)

  • “Kesombongan mengakibatkan kemusnahan” (18)

  • Uban bagaikan mahkota yang indah (31)

16  Manusia mempersiapkan kata-kata* dalam hatinya,Tetapi apa yang akan diucapkannya* berasal daripada Yehuwa.+  2  Seseorang mungkin berfikir bahawa setiap perbuatannya betul,*+Tetapi Yehuwalah yang akan memeriksa niat hatinya.+  3  Serahkanlah segala usahamu kepada Yehuwa,+Maka rancanganmu akan berjaya.  4  Yehuwa dapat memastikan agar segala-galanya berlaku sesuai dengan tujuan-Nya,Dan Dia juga memastikan agar orang jahat akan dimusnahkan pada hari pembinasaan.+  5  Orang yang sombong sangat dibenci oleh Yehuwa;+ Orang sedemikian pasti tidak akan terlepas daripada hukuman.  6  Seseorang yang setia dan baik hati* akan mengampunkan kesalahan orang lain;+Seseorang yang takut akan Yehuwa akan berpaling daripada kejahatan.+  7  Apabila Yehuwa senang hati dengan haluan seseorang,Dia menyebabkan musuh orang itu berdamai dengannya.+  8  Lebih baik miskin namun melakukan apa yang benar,+Daripada kaya tetapi tidak jujur.+  9  Seseorang mungkin merancang haluannya dalam hati,Tetapi Yehuwalah yang akan membimbing langkahnya.+ 10  Seorang raja harus menyampaikan keputusan Tuhan;+Dia sama sekali tidak boleh memutarbalikkan keadilan.+ 11  Yehuwa menghendaki timbangan dan ukuran yang tepat;Dia menentukan piawaian yang harus diikuti semasa menggunakan timbangan.+ 12  Raja harus membenci amalan yang jahat,+Kerana keadilan ialah asas takhta yang kukuh.+ 13  Para raja senang hati dengan kata-kata yang baik; Mereka mengasihi orang yang bercakap benar.+ 14  Kemurkaan raja bagaikan utusan yang membawa maut,+Tetapi orang bijak akan meredakan kemurkaan itu.+ 15  Seseorang akan hidup bahagia jika raja senang hati dengannya;Perkenan raja ibarat awan yang menurunkan hujan pada musim bunga.+ 16  Memperoleh kebijaksanaan jauh lebih bernilai daripada memperoleh emas,+ Dan mendapatkan pengertian lebih baik daripada mendapatkan perak.+ 17  Orang yang baik menghindari jalan kejahatan; Orang yang menjaga haluannya akan memelihara nyawanya.+ 18  Kesombongan mengakibatkan kemusnahan,Dan keangkuhan membawa kehancuran.+ 19  Lebih baik bersikap rendah hati dan bergaul bersama orang yang lemah lembut,+Daripada bergaul bersama orang sombong dan menerima bahagian barang rampasan mereka. 20  Orang yang memperlihatkan pengertian akan berjaya,Dan orang yang percaya kepada Yehuwa akan berbahagia. 21  Orang bijak akan dikenali kerana mempunyai daya pemahaman,+Dan orang yang bercakap dengan lemah lembut* dapat meyakinkan orang lain.+ 22  Pemahaman bagaikan mata air kehidupan bagi orang yang memilikinya,Tetapi kebodohan menyebabkan orang yang bebal dihukum. 23  Orang yang bijak memilih kata-katanya dengan cermat,+Dan kata-katanya dapat meyakinkan orang. 24  Kata-kata yang menyenangkan bagaikan titisan maduYang manis rasanya dan menyihatkan badan.+ 25  Ada jalan yang disangka baik oleh seseorang,Tetapi akhirnya jalan itu menuju kematian.+ 26  Rasa lapar menyebabkan seorang buruh bekerja keras;Seleranya* mendorongnya untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.+ 27  Orang yang tidak berguna suka mencari keburukan orang;+Kata-katanya ibarat api yang membakar.+ 28  Orang yang suka menimbulkan masalah* menyebabkan perselisihan,+Dan seorang pemfitnah memisahkan sahabat yang akrab.+ 29  Orang yang ganas mempengaruhi orang lain untuk berbuat jahat;Dia memimpin orang lain untuk menempuh haluan yang salah. 30  Dia mengenyitkan mata sambil merancang perkara yang keji; Dia tersenyum semasa melakukan kejahatan. 31  Uban orang yang mengikut haluan yang benar+Bagaikan mahkota yang indah dan mulia.+ 32  Orang yang lambat marah+ lebih baik daripada orang yang perkasa,Dan orang yang mengawal kemarahannya lebih baik daripada orang yang menawan sebuah kota.+ 33  Seseorang mungkin membuang undi,+Tetapi Yehuwalah yang akan menentukan keputusannya.+

Nota Kaki

Atau “Tetapi jawapan yang tepat.”
Atau “Manusia merancang sesuatu.”
Harfiah, “murni.”
Atau “dan mempunyai kasih setia.” Juga boleh merujuk kepada kesetiaan dan kebaikan hati atau kasih setia Tuhan.
Atau “Dan kata-kata yang menyenangkan.”
Lihat Kamus, “Jiwa.”
Atau “suka merancang kejahatan.”