Amsal 28:1-28
28 Orang jahat lari walaupun tiada sesiapa yang mengejar mereka,Tetapi orang baik berani seperti singa.+
2 Apabila rakyat sebuah negeri memberontak, pemerintahnya akan silih berganti,+Tetapi pemerintah akan bertahan lama dengan bantuan orang yang berpengertian dan berpengetahuan.+
3 Orang miskin yang menipu orang lemah+Bagaikan hujan yang menghanyutkan semua makanan.
4 Sesiapa yang mengabaikan hukum memuji orang jahat;Sesiapa yang mematuhi hukum marah terhadap orang yang mengabaikan hukum.+
5 Orang jahat tidak dapat memahami keadilan,Tetapi orang yang mencari Yehuwa dapat memahami segala sesuatu.+
6 Orang miskin yang haluannya benar* lebih baikDaripada orang kaya yang haluannya jahat.+
7 Anak yang berpengertian mematuhi hukum,Tetapi anak yang bersahabat dengan orang rakus memalukan bapanya.+
8 Sesiapa yang memperoleh kekayaan dengan mengenakan faedah+ dan menipu orang lain,Hartanya akan menjadi milik orang yang berbelas kasihan terhadap orang miskin.+
9 Jika seseorang enggan mendengarkan hukum,Doanya akan dianggap sebagai sesuatu yang memuakkan.+
10 Sesiapa yang memimpin orang baik ke haluan yang jahat akan jatuh ke dalam perangkapnya sendiri,+Tetapi orang yang tidak bercela akan dikurniai perkara-perkara yang baik.+
11 Orang kaya menganggap dirinya bijak,+Tetapi orang miskin yang berpengertian mengetahui sifat sebenar orang kaya itu.+
12 Apabila orang baik berjaya, semua orang akan bersukacita,Tetapi apabila orang jahat memerintah, semua orang akan menyembunyikan diri.+
13 Sesiapa yang menyembunyikan dosanya tidak akan berjaya,+Tetapi sesiapa yang mengakui dan meninggalkan dosanya akan mendapat belas kasihan.+
14 Berbahagialah orang yang sentiasa takut akan Tuhan,*Tetapi orang yang keras hati akan ditimpa malapetaka.+
15 Pemerintah yang menindas rakyat yang tidak berdayaBagaikan singa yang mengaum dan beruang yang menyerang.+
16 Pemimpin yang tidak berpengertian akan menyalahgunakan kuasanya,+Tetapi orang yang membenci keuntungan yang diperoleh secara tidak jujur akan panjang umur.+
17 Seorang pembunuh akan menanggung hutang darah dan akan terus diburu sampai ke kuburan.+
Jangan membantu orang sebegini.
18 Orang yang haluannya tidak bercela akan diselamatkan,+Tetapi orang yang haluannya bengkang-bengkok akan tiba-tiba jatuh.+
19 Sesiapa yang mengusahakan tanahnya akan mempunyai banyak makanan,Tetapi sesiapa yang mengejar perkara yang sia-sia akan dilanda kemiskinan.+
20 Orang yang setia akan mendapat berkat yang melimpah,+Tetapi orang yang ingin cepat kaya pasti akan melakukan kesalahan.+
21 Tidak baik bersikap berat sebelah;+Tetapi seseorang mungkin berbuat demikian kerana ingin mendapat sekeping roti.
22 Orang yang tamak* mendambakan kekayaan,Tetapi dia tidak menyedari bahawa kemiskinan akan melandanya.
23 Orang yang memberikan teguran+ akhirnya akan lebih dihargai+Berbanding dengan orang yang suka mengampu.
24 Sesiapa yang mencuri daripada ibu bapanya lalu berkata, “Itu tidak salah,”+
Merupakan sahabat kepada orang yang membawa kebinasaan.+
25 Orang yang tamak* membangkitkan perselisihan,Tetapi orang yang bergantung pada Yehuwa akan makmur.+
26 Orang yang bodoh percaya kepada hatinya sendiri,+Tetapi orang yang menempuh haluannya dengan bijaksana akan terselamat.+
27 Sesiapa yang murah hati terhadap orang miskin tidak akan berkekurangan,+Tetapi sesiapa yang menutup mata terhadap orang miskin akan mendapat banyak kutukan.
28 Apabila orang jahat memerintah, orang akan menyembunyikan diri,Tetapi apabila orang jahat itu binasa, orang baik akan bertambah.+
Nota Kaki
^ Atau “yang berintegriti.”
^ Atau “sentiasa berjaga-jaga.”
^ Atau “iri hati.”
^ Atau mungkin, “angkuh.”