Amsal 6:1-35

  • Jangan menjadi penjamin (1-5)

  • ‘Hai pemalas, perhatikanlah cara hidup semut’ (6-11)

  • Orang yang jahat dan tidak berguna (12-15)

  • Tujuh perkara yang dibenci Yehuwa (16-19)

  • Berhati-hati terhadap perempuan jahat (20-35)

6  Hai anakku, jika kamu sudah menjadi penjamin hutang orang lain,+Jika kamu sudah membuat persetujuan* dengan orang yang tidak dikenali,+  2  Dan jika kamu sudah berjanji dengan seseorang,Kamu terikat kepada janji itu dan sudah terjerat dengan kata-katamu sendiri.+  3  Ya, kamu telah jatuh ke dalam tangan orang itu.Hai anakku, rendahkanlah dirimu dan pergilah merayu kepadanya dengan bersungguh-sungguh. Dengan demikian kamu dapat membebaskan dirimu daripada orang itu.+  4  Selagi kamu belum melakukan hal itu,Janganlah tidur dan janganlah biarkan matamu terpejam.  5  Seperti kijang yang melepaskan diri daripada tangan pemburu, bebaskanlah dirimu dengan segera.Seperti burung yang melepaskan diri daripada genggaman penangkap burung, lepaskanlah dirimu secepat mungkin.  6  Hai orang yang malas, pergilah dan perhatikanlah cara hidup semut;+Belajarlah daripada semut dan jadilah bijak.  7  Walaupun semut tidak mempunyai pemerintah, pegawai, atau pemimpin,  8  Semut tahu menyediakan makanan pada musim panas,+Dan semut tahu mengumpulkan bekalan makanan pada musim menuai.  9  Hai orang yang malas, berapa lamakah kamu mahu berbaring? Bilakah kamu akan bangun daripada tidur? 10  Tidurlah sekejap, lelapkanlah matamu sejenak,Silangkanlah tanganmu untuk berehat sebentar,+ 11  Maka kamu akan dilanda kemiskinan yang datang seperti perompak,Dan kamu akan ditimpa kekurangan yang datang seperti orang yang bersenjata.+ 12  Orang yang jahat dan tidak berguna suka bercakap berputar belit;+ 13  Dia mengenyitkan matanya,+ memberikan isyarat dengan kakinya, dan menggerakkan jari-jemarinya. 14  Hatinya penuh dengan kekejian;Dia selalu merancang kejahatan+ dan menimbulkan pertengkaran.+ 15  Itulah sebabnya malapetaka akan menimpanya secara tiba-tiba;Dalam sekelip mata dia akan dihancurkan dengan sepenuhnya.+ 16  Ada enam perkara yang dibenci oleh Yehuwa;Ada tujuh perkara yang memuakkan-Nya: 17  Mata yang memandang orang dengan sombong,+ lidah yang menipu,+ tangan yang menumpahkan darah orang yang tidak bersalah,+ 18  Hati yang merancang perkara yang keji,+ kaki yang bergegas melakukan kejahatan, 19  Saksi palsu yang sentiasa mengucapkan dusta,+Dan sesiapa sahaja yang menyebabkan pertengkaran antara saudara.+ 20  Hai anakku, patuhilah perintah bapamu,Dan janganlah abaikan ajaran* ibumu.+ 21  Pastikanlah kata-kata ibu bapamu sentiasa tersemat di hatimu;Kalungkanlah semua itu pada lehermu. 22  Biarlah semua itu memimpinmu semasa kamu berjalan,Biarlah semua itu melindungimu semasa kamu berbaring,Dan biarlah semua itu mengajarmu semasa kamu bangun, 23  Kerana perintah itu bagaikan pelita,+Dan hukum itu bagaikan cahaya.+Sesungguhnya, teguran dan disiplin akan membimbingmu ke haluan kehidupan.+ 24  Semua itu akan melindungimu daripada perempuan yang jahat,+Dan daripada kata-kata manis perempuan yang tidak bermoral.*+ 25  Janganlah mendambakannya dalam hatimu kerana kecantikannya,+Dan janganlah membiarkan dia memikatmu dengan matanya yang menggoda. 26  Seseorang yang mencari pelacur akan kehilangan segala harta miliknya,+Dan seseorang yang berzina dengan isteri orang lain akan kehilangan nyawanya. 27  Dapatkah seseorang meletakkan api pada dadanya dan pakaiannya tidak terbakar?+ 28  Atau dapatkah seseorang berjalan di atas bara api dan kakinya tidak melecur? 29  Demikian juga dengan orang yang berzina dengan isteri orang lain;Sesiapa yang menyentuh isteri orang lain tidak akan terlepas daripada hukuman.+ 30  Jika seseorang mencuri kerana ingin memuaskan rasa laparnya,Dia tidak akan dihina. 31  Namun jika dia ditangkap, dia harus membayar kembali tujuh kali ganda;Dia harus menyerahkan semua benda berharga yang ada di dalam rumahnya.+ 32  Sesiapa yang berzina tidak berakal;Orang yang berzina membinasakan dirinya sendiri.+ 33  Dia akan diseksa dan dihina,+Dan kehinaan itu akan sentiasa menyelubunginya.+ 34  Kecemburuan menyebabkan seorang suami berang;Semasa dia membalas dendam, dia tidak akan berbelas kasihan.+ 35  Dia tidak akan menerima ganti rugi;*Pemberian sebanyak apa pun tidak dapat meredakan kemarahannya.

Nota Kaki

Harfiah, “sudah berjabat tangan.”
Atau “hukum.”
Lihat nota kaki bagi Ams 2:16.
Atau “tebusan.”