Ayub 19:1-29
19 Ayub menjawab,
2 “Sampai bilakah kamu akan terus menyeksa jiwaku,+Dan meremukkan aku dengan kata-kata kamu?+
3 Berulang-ulang* kamu mencela aku;Kamu terus berlaku kejam terhadapku tanpa rasa malu.+
4 Sekiranya aku telah berbuat salah,Aku sendirilah yang akan menanggung akibatnya.
5 Kamu masih berfikir bahawa kamu lebih baik daripada aku,Dan menganggap bahawa semua ini memang patut menimpa aku.
6 Namun Tuhan bertindak dengan tidak adil terhadapku,Dan Dialah yang memasang perangkap untuk menjerat aku.
7 Aku berseru kerana kesusahanku, tetapi tidak ada yang menjawab;+Aku berseru meminta tolong, tetapi aku tidak diperlakukan dengan adil.+
8 Tuhan meliputi haluanku dengan kegelapan;Dia menghalang jalanku dengan tembok batu sehingga aku tidak dapat lewat;+
9 Tuhan telah menanggalkan mahkotaku;Dia telah menyebabkan aku kehilangan kemuliaanku.
10 Tuhan menghentam aku dari semua arah sehingga aku hancur;Dia mencabut harapanku seperti orang mencabut pokok.
11 Kemurkaan Tuhan terhadapku menyala-nyala,Dan Dia menganggap aku seperti musuh-Nya.+
12 Angkatan tentera-Nya mengepung khemahku;Mereka berkumpul untuk menyerang aku.
13 Tuhan telah memisahkan aku daripada saudara-saudaraku;Orang yang mengenal aku kini berpaling daripadaku.+
14 Saudara-maraku telah meninggalkan aku,Dan sahabat-sahabat karibku telah melupakan aku.+
15 Para tetamu+ dan hamba-hamba perempuanku tidak mengenal aku;Dalam pandangan mereka, aku hanyalah orang asing.
16 Aku memanggil hambaku; aku merayu agar dia berbelas kasihan terhadapku,Tetapi dia tidak mempedulikan aku.
17 Isteriku tidak tahan dengan bau nafasku,+Dan saudara kandungku juga berasa jijik terhadapku.
18 Bahkan kanak-kanak pun menghina aku;Mereka mengejek aku semasa melihat aku.*
19 Sahabat-sahabat karibku semuanya membenci aku;+Orang yang aku kasihi kini menentang aku.+
20 Badanku hanya tinggal kulit dan tulang,+Dan aku nyaris kehilangan nyawaku.
21 Kasihanilah aku, hai sahabat-sahabatku.Kasihanilah aku kerana tangan Tuhan sendiri telah memukul aku.+
22 Tuhan terus menganiaya dan menyusahkan aku.+Mengapa kamu semua juga berbuat demikian terhadapku?+
23 Alangkah baiknya jika kata-kataku dicatat,Dan ditulis dalam sebuah kitab!
24 Alangkah baiknya jika kata-kataku diukir pada batu,*Agar kekal buat selama-lamanya!
25 Aku tahu bahawa penebusku+ memang wujud;Dia akan muncul di muka bumi pada kemudian hari.
26 Meskipun kulitku habis dimakan penyakit,Selagi aku hidup, aku masih dapat melihat Tuhan.
27 Aku akan melihat Tuhan dengan mataku sendiri,Dan bukannya sekadar mendengar tentang-Nya daripada orang lain.+
Tetapi kini batinku sudah letih dan lesu.
28 Kamu berfikir bahawa masalahku berpunca daripada diriku sendiri,
Maka kamu bertanya, ‘Mengapa kami dituduh menganiaya dia?’+
29 Ketahuilah bahawa terdapat hakim yang akan mengadili semuanya.+Hendaklah kamu takut kepada pedang+Yang akan digunakan untuk menghukum orang yang berbuat salah.”
Nota Kaki
^ Atau “Sudah 10 kali.”
^ Harfiah, “semasa aku bangun.”
^ Atau “diukir pada batu dengan pena besi dan dituangkan dengan timah hitam.”