Ayub 28:1-28
28 “Ada tempat untuk melombong perakDan ada tempat untuk memurnikan emas;+
2 Besi dijumpai di dalam tanah,Dan batu dileburkan untuk mendapatkan tembaga.+
3 Demi mencari batu-batan,Manusia menembusi kegelapan,Dan menerokai tempat yang paling dalam dan suram.
4 Jauh dari tempat yang berpenduduk,Di tempat yang terpencil, yang tidak dilalui orang,Manusia menggali lombong lalu turun sambil bergantung pada tali.
5 Di atas permukaannya, tanah menghasilkan makanan,Tetapi di bawah permukaannya, tanah dibongkar-bangkirkan.*
6 Di bawah tanah, terdapat batu nilam,Dan debu bumi mengandungi emas.
7 Burung pemangsa tidak tahu jalan ke situ;Burung lang hitam tidak pernah melihat tempat itu.
8 Binatang buas tidak pernah melalui tempat itu;Bahkan singa muda tidak pernah merayau-rayau di situ.
9 Manusia menggali dasar gunung,Dan memecahkan batu-batan yang keras sekali.
10 Mereka membuat saluran air+ di gunung batu;Mereka menjumpai bermacam-macam batu permata.
11 Mereka membendung sumber airDan mendedahkan segala yang tersembunyi.
12 Tetapi di manakah kebijaksanaan dapat ditemui?+Di manakah pengertian dapat dijumpai?+
13 Manusia tidak tahu betapa berharganya kebijaksanaan;+Kebijaksanaan tidak dapat dicari bahkan di seluruh bumi.
14 Air yang dalam berkata, ‘Kebijaksanaan tidak ada padaku!’
Dan lautan luas berseru, ‘Kebijaksanaan tidak ada padaku juga!’+
15 Kebijaksanaan tidak dapat diganti dengan perak,Dan tidak dapat dibeli dengan emas murni.+
16 Kebijaksanaan tidak dapat dibeli dengan emas dari Ofir,+Ataupun dengan batu oniks dan batu nilam yang berharga.
17 Kebijaksanaan tidak dapat diganti dengan kaca dan emas;Bahkan bejana emas tulen pun tidak dapat mengimbangi nilainya.+
18 Batu permata* dan kristal langsung tidak dapat menandinginya,Kerana kebijaksanaan jauh lebih berharga daripada mutiara.+
19 Batu topaz+ dari Kus tidak dapat menyamainya.Sesungguhnya, kebijaksanaan tidak dapat dibeli walau dengan emas yang paling bermutu.
20 Di manakah sumber kebijaksanaan?Di manakah sumber pemahaman?+
21 Kebijaksanaan disembunyikan daripada burung-burung di langit.Ya, kebijaksanaan disembunyikan daripada segala makhluk hidup.+
22 Maut dan kebinasaan berkata,‘Kami hanya mendengar khabar angin tentangnya.’
23 Namun Tuhan mengetahui jalan untuk mencarinya;Dia sahaja yang mengetahui tempatnya,+
24 Kerana Dia dapat melihat sampai ke hujung bumi;Dia nampak segala sesuatu yang ada di bawah langit.+
25 Semasa Dia memberi angin kekuatan,+Ketika Dia menentukan keluasan samudera,+
26 Semasa Dia menetapkan musim hujan,+Dan ketika Dia menentukan haluan ribut petir,+
27 Pada masa itulah Dia memperhatikan kebijaksanaan dalam hasil kerja-Nya dan menyatakan kebijaksanaan itu;Dia menetapkannya dan menguji nilainya.
28 Maka Dia berfirman kepada manusia,
‘Takutlah akan Yehuwa, kerana itulah erti kebijaksanaan;+Berpalinglah daripada kejahatan, kerana itulah maksud pengertian.’”+