Ayub 31:1-40
31 “Aku sudah membuat perjanjian dengan mataku.+
Maka bagaimana mungkin aku memandang gadis muda dengan berahi?+
2 Apakah berkat yang akan diberikan oleh Tuhan kepadaku?Apakah yang akan aku terima daripada Dia Yang Maha Kuasa?
3 Ketahuilah, orang yang jahat pasti akan dilanda bencana,Dan orang yang kejam pasti akan ditimpa malapetaka.+
4 Bukankah Tuhan memperhatikan haluanku?+Bukankah Dia memeriksa setiap langkahku?
5 Pernahkah aku bercakap bohong?*
Pernahkah aku menipu orang lain?+
6 Biarlah Tuhan menimbang aku dengan penimbang yang tepat;+Dengan demikian, Dia pasti akan tahu bahawa aku jujur dan setia.+
7 Seandainya aku menyimpang daripada haluan yang benar,+Seandainya aku membiarkan hatiku tergoda oleh apa yang aku lihat,+Dan seandainya aku membenarkan tanganku dicemari oleh perkara yang jahat,
8 Maka biarlah orang lain memakan apa yang aku tanam,+Dan biarlah tanamanku dicabut hingga akarnya.*
9 Jika hatiku sudah tertarik kepada seorang wanita,+Dan aku bersembunyi dan menunggunya+ di belakang pintu rumah jiranku,
10 Maka biarlah isteriku mengisar biji-bijian untuk lelaki lain,Dan biarlah lelaki lain menidurinya,+
11 Kerana perbuatanku itu sangat memalukan,Dan aku patut dihukum atas kesalahanku itu.+
12 Perbuatan itu bagaikan api yang dapat menghanguskan apa sahaja,+Bahkan membinasakan segala harta milikku.
13 Jika hamba lelaki dan hamba perempuanku mengadu terhadapku,Tetapi aku tidak mempedulikan kata-kata mereka,
14 Apakah yang akan kukatakan apabila menghadap Tuhan?
Apakah yang dapat kulakukan semasa Dia mengadili aku?+
15 Bukankah Tuhan yang menjadikan aku, juga menjadikan hamba-hambaku?+
Ya, Tuhanlah yang membentuk kami di dalam rahim ibu kami.+
16 Pernahkah aku mengabaikan orang miskin yang memerlukan bantuan?+Pernahkah aku mengecewakan para balu?+
17 Pernahkah aku membiarkan anak yatim kelaparan,Sedangkan aku sendiri cukup makanan?+
18 (Sejak muda lagi, aku menjadi seperti bapa kepada anak yatim,Dan sejak kecil lagi, aku menjadi pembimbing kepada para balu.)
19 Pernahkah aku membiarkan sesiapa mati kesejukan kerana tidak cukup pakaian?Pernahkah aku membiarkan orang miskin kekurangan pakaian?+
20 Aku selalu memberi mereka kain bulu agar mereka dapat memanaskan badan.Maka mereka berterima kasih kepadaku.+
21 Aku tidak pernah mengancam anak yatim+Yang memerlukan bantuanku di gerbang kota.*+
22 Jika aku enggan membantu orang yang memerlukan pertolongan, biarlah lenganku dicabut daripada bahuku,Dan biarlah lenganku dipatahkan pada bahagian siku.
23 Aku sangat takut akan hukuman Tuhan,Dan aku tidak dapat menghadap Tuhan yang mulia jika aku melakukan hal-hal sebegitu.
24 Aku tidak pernah bergantung pada emas,Dan aku tidak pernah menganggap emas tulen sebagai penyelamatku.+
25 Aku tidak pernah membangga-banggakan kekayaanku,+Meskipun aku mempunyai banyak harta benda.+
26 Semasa melihat matahari yang bersinar cerahAtau bulan yang bercahaya indah,+
27 Hatiku tidak pernah tergoda untuk menyembahnya,Dan aku tidak pernah mencium tanganku sebagai tanda bahawa aku memuja semua itu.+
28 Jika aku melakukan kesalahan sebegitu, aku memang patut dihukum,Kerana aku telah menolak Tuhan yang benar.
29 Pernahkah aku bersukacita apabila melihat musuhku dibinasakan?+Pernahkah aku melonjak kegembiraan apabila musuhku ditimpa malapetaka?
30 Aku tidak pernah menyumpahi musuhku supaya mereka mati;+Aku tidak pernah berdosa sebegitu.
31 Orang yang tinggal bersamaku selalu berkata,‘Sesiapa yang makan di rumahnya pasti akan kenyang dan puas.’+
32 Rumahku sentiasa terbuka kepada para pengembara;Aku tidak pernah membiarkan sesiapa pun bermalam di luar.+
33 Pernahkah aku menyembunyikan dosaku?Pernahkah aku merahsiakan kesilapanku, seperti yang dilakukan orang lain?+
34 Pernahkah aku takut dengan pendapat orang ramai,Dan pernahkah aku gementar kerana dihina oleh saudara-saudaraku,Sehingga aku tidak berani bersuara dan takut keluar dari rumah?
35 Alangkah baiknya jika ada orang yang mendengarkan kata-kataku,+
Kerana aku bersumpah bahawa apa yang kukatakan itu semuanya benar!
Semoga Tuhan Yang Maha Kuasa menjawab seruanku!+
Biarlah pendakwaku menulis sepucuk surat tuduhan,
36 Lalu aku akan memikulnya pada bahuku,Dan mengenakannya seperti mahkota pada kepalaku.
37 Seperti seorang pemimpin, aku akan menghadap Tuhan dengan penuh keyakinan,Dan aku akan menyatakan secara terperinci segala yang telah kulakukan.
38 Jika tanahku sendiri mengadu tentangku,Dan tanah yang dibajak menangis kerana aku;
39 Jika aku merampas hasil tanaman milik orang lain,+Dan menyebabkan pemiliknya berkeluh-kesah,+
40 Maka biarlah yang tumbuh di situ semak berduri dan lalang yang berbau busuk,Dan bukannya gandum atau barli.”
Sekianlah kata-kata Ayub.
Nota Kaki
^ Atau mungkin, “Pernahkah aku bergaul dengan orang yang tidak jujur?”
^ Atau “Dan biarlah keturunanku lenyap.”
^ Atau mungkin, “Walaupun ada banyak orang yang berpihak kepadaku di gerbang kota.”