Ayub 32:1-22
32 Maka tiga orang sahabat Ayub berhenti bercakap, kerana Ayub amat yakin bahawa dia tidak bersalah.+
2 Tetapi Elihu anak Barakhel, orang Buz,+ daripada puak Ram, menjadi sangat marah terhadap Ayub. Kemarahannya berkobar kerana Ayub tidak menyanjung keadilan Tuhan dan asyik berkata bahawa dia tidak bersalah.+
3 Dia juga sangat marah terhadap tiga orang sahabat Ayub, kerana mereka tidak dapat menjawab kata-kata Ayub dan bahkan menyatakan bahawa Tuhan itu jahat.+
4 Elihu menunggu sehingga mereka semua habis bercakap kerana mereka lebih tua daripadanya.+
5 Apabila dia melihat bahawa tiga orang itu tidak mampu menjawab kata-kata Ayub, dia menjadi semakin marah.
6 Oleh itu, Elihu anak Barakhel mula bercakap,
“Aku masih mudaSedangkan kamu semua sudah tua.+
Maka aku menahan diri dan tidak menyatakan pendapatku.+Aku ingin menunjukkan hormat kepada kalian.
7 Aku berfikir, ‘Biarlah orang yang tua bercakap,Dan biarlah orang yang lanjut usia memperlihatkan kebijaksanaan mereka.’
8 Tetapi sebenarnya, kuasa suci* daripada TuhanDan nafas daripada Dia Yang Maha Kuasa yang memberikan kebijaksanaan kepada manusia.+
9 Orang yang tua tidak semestinya bijaksana,Dan orang yang lanjut usia tidak semestinya memahami apa yang benar.+
10 Oleh itu, dengarlah semasa aku bercakap.Biarlah aku menyatakan apa yang aku tahu.
11 Aku mendengar dengan sabar semasa kamu bercakap;Aku mendengar dengan teliti semasa kamu menyatakan pendapat kamu,+Dan menunggu sehingga kamu mencari kata-kata yang sesuai.+
12 Aku memperhatikan kamu semua,Namun kamu tidak dapat membuktikan kesalahan AyubAtau menyangkal hujah-hujahnya.
13 Maka janganlah berkata, ‘Kami tahu segala-galanya;Tuhanlah yang telah membuktikan Ayub bersalah, bukan manusia.’
14 Ayub tidak menujukan kata-katanya kepadaku,Maka aku tidak akan menggunakan hujah-hujah kamu untuk menjawab kata-katanya.
15 Hai Ayub, mereka bingung dan tidak dapat memberikan jawapan;Mereka semua sudah putus akal.
16 Aku menunggu, tetapi mereka berdiam diri;Mereka hanya berdiri di situ tanpa mengatakan apa-apa lagi.
17 Oleh itu, biarlah aku bercakapDan menyatakan apa yang aku tahu,
18 Kerana ada banyak perkara yang ingin kukatakan;Kuasa suci Tuhan mendorong aku untuk bersuara.
19 Sanubariku terasa seperti kirbat wain yang tertutup rapat,Yang akan meletup jika penutupnya tidak dibuka.+
20 Biarlah aku bercakap agar hatiku lega!
Aku hendak membuka mulut dan memberikan jawapan.
21 Aku tidak akan berat sebelah,+Dan aku tidak akan mengampu* sesiapa pun,
22 Kerana aku tidak pandai mengampu.Seandainya aku mengampu, Penciptaku akan segera melenyapkan aku.
Nota Kaki
^ Atau “memberikan gelaran kehormatan kepada.”