Ayub 35:1-16
35 Elihu meneruskan kata-katanya,
2 “Adakah kamu begitu yakin bahawa kamu benarSehingga kamu berkata, ‘Aku lebih adil daripada Tuhan’?+
3 Kamu juga berkata, ‘Apa gunanya berbuat baik?*
Apa kelebihannya jika aku tidak berdosa?’+
4 Tetapi aku akan memberikan jawapan kepadamu,Dan kepada sahabat-sahabatmu.+
5 Pandanglah ke langit,Dan perhatikanlah betapa tingginya awan.+
6 Jika kamu berdosa, adakah hal itu merugikan Tuhan?+
Jika kamu melakukan banyak kesalahan, apakah kesannya terhadap Tuhan?+
7 Jika kamu berbuat benar, adakah hal itu berfaedah bagi Tuhan?Apakah yang dapat kamu berikan kepada-Nya?+
8 Kejahatanmu hanya membawa kerugian kepada manusia seperti dirimu sendiri,Dan kebaikanmu hanya mendatangkan keuntungan kepada manusia fana.
9 Orang meraung semasa ditindas;Mereka merayu agar dibebaskan daripada cengkaman para penguasa.+
10 Tetapi mereka tidak mencari Tuhan, Pencipta Agung mereka,+Yang menyebabkan lagu pujian kedengaran pada waktu malam.+
11 Tuhan membuat manusia lebih berpengetahuan+ daripada binatang;+Dia menjadikan manusia lebih bijaksana daripada burung-burung.
12 Orang berseru kepada Tuhan, tetapi Dia tidak menjawab seruan mereka,+Kerana mereka jahat dan sombong.+
13 Tuhan pasti tidak mendengarkan seruan orang yang tidak ikhlas;+Dia Yang Maha Kuasa tidak akan mengendahkan seruan orang sebegitu.
14 Apatah lagi jika kamu berkata bahawa Tuhan tidak mempedulikanmu!+
Ketahuilah bahawa perkaramu ada di hadapan-Nya, maka tunggulah dengan sabar sehingga Dia bertindak.+
15 Kamu telah mengucapkan kata-kata yang melulu,Tetapi Tuhan tidak menghakimi kamu atau murka terhadapmu.+
16 Hai Ayub, sia-sia sahaja kamu terus berbicara,Kamu bercakap banyak tanpa pengetahuan yang tepat.”+
Nota Kaki
^ Atau mungkin, “Adakah Tuhan peduli jika aku berbuat baik?”