Ayub 5:1-27

  • Elifas bercakap lagi (1-27)

    • ‘Tuhan memerangkap orang bijaksana dengan kelicikan mereka’ (13)

    • Ayub tidak patut menolak disiplin Tuhan (17)

5  “Berserulah! Adakah sesiapa yang menjawabmu? Kepada malaikat manakah kamu akan berpaling?  2  Rasa geram akan membuat orang bodoh meninggal,Dan kecemburuan akan menyebabkan orang dungu mati.  3  Aku pernah melihat orang bebal mencapai kejayaan,Tetapi kutukan menimpa tempat tinggalnya secara tiba-tiba.  4  Anak-anaknya tidak selamat;Mereka dihancurkan di gerbang kota,+ dan tiada sesiapa pun yang menyelamatkan mereka.  5  Apa yang dituainya dimakan oleh orang yang lapar,Bahkan apa yang dipungutnya dari semak berduri diambil,Dan semua harta miliknya dirampas oleh orang licik.  6  Kejahatan tidak muncul dari debu,Dan kesusahan tidak timbul dari tanah.  7  Seperti bunga api yang pasti melayang ke atas,Hidup manusia juga pasti dipenuhi keperitan.  8  Tetapi seandainya aku dalam keadaanmu, aku akan merayu kepada Tuhan.Aku akan mengadukan perkaraku kepada-Nya,  9  Ya, kepada Dia yang melakukan hal-hal yang hebat dan menakjubkan,Kepada Dia yang membuat perkara luar biasa yang tidak terkira. 10  Dia menurunkan hujan ke bumi,Dan menyiramkan air ke ladang-ladang. 11  Dia meninggikan orang yang hina,Dan menyelamatkan orang yang hilang semangat. 12  Dia merosakkan rancangan orang licik,Supaya usaha mereka tidak berjaya. 13  Dia memerangkap orang bijaksana dengan kelicikan mereka sendiri,+Supaya rancangan mereka digagalkan. 14  Kegelapan menimpa mereka pada siang hari,Dan mereka meraba-raba seperti pada waktu malam. 15  Tuhan menyelamatkan orang daripada lidah penjahat yang bagaikan pedang.Dia menyelamatkan orang miskin daripada tangan penindas. 16  Dengan demikian, orang yang hina mempunyai harapan,Tetapi mulut orang yang jahat akan dibungkam. 17  Sesungguhnya, berbahagialah orang yang ditegur oleh Tuhan!Maka janganlah menolak disiplin daripada Tuhan Yang Maha Kuasa! 18  Hal ini demikian kerana walaupun Dia melukai, Dia akan membaluti luka itu;Walaupun Dia menyakiti, Dia sendiri akan mengubati kesakitan itu. 19  Dia pasti akan menyelamatkan kamu, meskipun enam bencana menimpamu secara berturut-turut!Ya, bencana ketujuh sama sekali tidak akan melandamu! 20  Pada masa kebuluran, Dia akan menebus nyawamu daripada genggaman maut,Dan pada masa peperangan, Dia akan menebusmu daripada ancaman pedang. 21  Dia akan melindungimu daripada tikaman lidah,+Dan kamu tidak akan takut sewaktu kebinasaan tiba. 22  Kamu akan tertawa semasa kemusnahan dan kebuluran melanda,Dan kamu tidak akan gentar terhadap binatang buas di bumi. 23  Batu-batu di ladang akan membuat perjanjian denganmu,Dan binatang buas akan berdamai denganmu. 24  Kamu akan hidup aman di dalam khemahmu,Dan tiada satu pun daripada ternakanmu yang akan hilang. 25  Kamu akan mendapat anak yang banyak,Dan keturunanmu akan menjadi sebanyak tumbuh-tumbuhan di bumi. 26  Seperti bijirin masak yang dituai pada musimnya,Kamu akan sihat dan kuat ketika kamu meninggal. 27  Kami telah mengkaji semua hal ini, dan hal ini memang benar. Maka kamu harus mendengar dan menerimanya.”

Nota Kaki