Bilangan 29:1-40

  • Peraturan untuk mempersembahkan korban (1-40)

    • Korban untuk Perayaan Tiupan Trompet (1-6)

    • Korban untuk Hari Pengampunan Dosa (7-11)

    • Korban untuk Perayaan Pondok Daun (12-38)

29  “‘Pada hari pertama bulan ketujuh, kamu harus berkumpul dan beribadat. Pada hari itu, kamu juga harus meniup trompet.+ Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu.+ 2  Kamu harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan tujuh ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku, Yehuwa. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan. Bau daripada korban-korban itu menyenangkan hati-Ku. 3  Kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin, berupa tepung terbaik yang dicampuri minyak zaitun. Persembahkanlah tiga persepuluh efa tepung bagi lembu jantan, dua persepuluh efa tepung bagi bebiri jantan, 4  dan satu persepuluh efa tepung bagi setiap anak bebiri jantan. 5  Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa untuk menebus dosa kamu. 6  Semua korban itu harus dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin,+ dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan pada hari pertama setiap bulan, dan yang biasa dipersembahkan setiap hari.+ Semua korban itu harus dibakar dengan api untuk Aku, Yehuwa. Bau daripada korban-korban itu menyenangkan hati-Ku. 7  “‘Pada hari ke-10 bulan ketujuh, kamu harus berkumpul dan beribadat.+ Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu, dan kamu semua harus berdukacita* atas dosa-dosa kamu.+ 8  Kamu harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan tujuh ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku, Yehuwa. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ Bau daripada korban itu menyenangkan hati-Ku. 9  Kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin, berupa tepung terbaik yang dicampuri minyak zaitun. Persembahkanlah tiga persepuluh efa tepung bagi lembu jantan, dua persepuluh efa tepung bagi bebiri jantan, 10  dan satu persepuluh efa tepung bagi setiap anak bebiri jantan. 11  Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain, yang biasa dipersembahkan setiap hari. Kambing jantan itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban dosa yang dipersembahkan untuk memohon pengampunan dosa+ bagi pihak umat Israel. 12  “‘Pada hari ke-15 bulan ketujuh, kamu harus berkumpul dan beribadat. Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu, dan kamu harus menyambut satu lagi perayaan bagi Aku, Yehuwa. Kamu harus menyambut perayaan itu selama tujuh hari.+ 13  Kamu harus mempersembahkan 13 ekor lembu jantan muda, 2 ekor bebiri jantan, dan 14 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar+ kepada Aku, Yehuwa. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ Bau daripada korban-korban yang dibakar dengan api itu menyenangkan hati-Ku. 14  Kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin, berupa tepung terbaik yang dicampuri minyak zaitun. Persembahkanlah tiga persepuluh efa tepung bagi setiap lembu jantan, dua persepuluh efa tepung bagi setiap bebiri jantan, 15  dan satu persepuluh efa tepung bagi setiap anak bebiri jantan. 16  Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari. 17  “‘Pada hari kedua, persembahkanlah 12 ekor lembu jantan muda, 2 ekor bebiri jantan, dan 14 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ 18  Bersama setiap lembu jantan, bebiri jantan, dan anak bebiri jantan itu, persembahkanlah korban bijirin dan korban wain menurut sukatan yang telah ditetapkan. 19  Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari. 20  “‘Pada hari ketiga, persembahkanlah 11 ekor lembu jantan muda, 2 ekor bebiri jantan, dan 14 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ 21  Bersama setiap lembu jantan, bebiri jantan, dan anak bebiri jantan itu, persembahkanlah korban bijirin dan korban wain menurut sukatan yang telah ditetapkan. 22  Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari. 23  “‘Pada hari keempat, persembahkanlah 10 ekor lembu jantan muda, 2 ekor bebiri jantan, dan 14 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ 24  Bersama setiap lembu jantan, bebiri jantan, dan anak bebiri jantan itu, persembahkanlah korban bijirin dan korban wain menurut sukatan yang telah ditetapkan. 25  Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari. 26  “‘Pada hari kelima, persembahkanlah 9 ekor lembu jantan muda, 2 ekor bebiri jantan, dan 14 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ 27  Bersama setiap lembu jantan, bebiri jantan, dan anak bebiri jantan itu, persembahkanlah korban bijirin dan korban wain menurut sukatan yang telah ditetapkan. 28  Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari. 29  “‘Pada hari keenam, persembahkanlah 8 ekor lembu jantan muda, 2 ekor bebiri jantan, dan 14 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ 30  Bersama setiap lembu jantan, bebiri jantan, dan anak bebiri jantan itu, persembahkanlah korban bijirin dan korban wain menurut sukatan yang telah ditetapkan. 31  Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari. 32  “‘Pada hari ketujuh, persembahkanlah 7 ekor lembu jantan muda, 2 ekor bebiri jantan, dan 14 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ 33  Bersama setiap lembu jantan, bebiri jantan, dan anak bebiri jantan itu, persembahkanlah korban bijirin dan korban wain menurut sukatan yang telah ditetapkan. 34  Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari. 35  “‘Pada hari kelapan, kamu mesti berkumpul dan beribadat, kerana hari itu merupakan hari perhimpunan yang suci. Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu.+ 36  Kamu harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan tujuh ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku, Yehuwa. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ Bau daripada korban-korban itu menyenangkan hati-Ku. 37  Bersama lembu jantan, bebiri jantan, dan setiap anak bebiri jantan itu, persembahkanlah korban bijirin dan korban wain menurut sukatan yang telah ditetapkan. 38  Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari. 39  “‘Itulah korban-korban yang harus dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa, semasa hari-hari perayaan kamu.+ Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban sukarela+ dan korban untuk menunaikan ikrar,+ yang dipersembahkan sebagai korban bakar,+ kepada Aku. Semua korban itu juga dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bijirin,+ korban wain,+ dan korban pendamaian,+ yang dipersembahkan kepada Aku.’” 40  Maka Musa menyampaikan segala yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada umat Israel.

Nota Kaki

Mungkin dengan berpuasa dan mengikut larangan-larangan lain.