Surat kepada Sidang-Sidang di Galatia 2:1-21
2 Selepas 14 tahun, aku kembali ke Yerusalem bersama Barnabas.+ Aku juga membawa Titus bersamaku.+
2 Aku kembali ke situ kerana Tuan menyingkapkan bahawa aku harus berbuat demikian. Di situ, aku berjumpa hanya dengan saudara-saudara yang dipandang tinggi lalu memberitahu mereka berita baik yang aku sebarkan kepada bangsa-bangsa lain. Aku berbuat demikian untuk memastikan bahawa cara aku berlari, baik dahulu mahupun sekarang, tidaklah sia-sia.
3 Meskipun Titus+ yang ada bersamaku ialah orang Yunani, dia tidak dipaksa untuk bersunat.+
4 Tetapi hal itu menjadi masalah kerana saudara-saudara palsu telah menyelinap ke dalam sidang untuk mengintip kita.+ Mereka ingin merampas kebebasan+ yang sedang kita nikmati sebagai orang yang bersatu dengan Kristus Yesus, supaya mereka dapat memperhamba kita semula.+
5 Kami tidak mengalah atau tunduk kepada mereka+ biarpun untuk seketika,* agar kamu dapat terus berpegang pada kebenaran berita baik.
6 Namun mengenai mereka yang dianggap penting,+ latar belakang mereka tidak penting bagi aku kerana Tuhan tidak melihat penampilan luar seseorang. Saudara-saudara yang dipandang tinggi itu tidak menyampaikan sesuatu yang baharu kepada aku.
7 Mereka nampak bahawa aku telah diamanahkan tugas untuk menyampaikan berita baik kepada orang yang tidak bersunat,+ sepertimana Petrus diamanahkan tugas untuk menyampaikan berita baik kepada orang yang bersunat.
8 (Hal ini demikian kerana Dia yang memberikan kuasa kepada Petrus untuk menjadi rasul kepada orang yang bersunat juga memberikan kuasa kepada aku untuk menjadi rasul kepada bangsa-bangsa lain.)+
9 Apabila mereka juga nampak bahawa aku dikurniai kebaikan hati yang unggul,+ Yakobus,+ Kefas,* dan Yohanes, iaitu mereka yang bagaikan tiang dalam sidang, menghulurkan tangan kanan mereka kepada aku dan Barnabas,+ sebagai tanda bahawa kami ini rakan sekerja. Mereka bersetuju bahawa kami akan pergi kepada orang daripada bangsa-bangsa lain, manakala mereka akan pergi kepada orang yang bersunat.
10 Hanya satu permintaan mereka, iaitu supaya kami terus memperhatikan orang yang miskin, dan aku telah berusaha dengan sedaya upaya untuk berbuat demikian juga.+
11 Semasa Kefas*+ datang ke Antiokhia,+ aku bersemuka dengannya dan menentangnya, kerana dia jelas sekali bersalah.
12 Sebelum orang yang diutus oleh Yakobus+ tiba, dia selalu makan dengan orang daripada bangsa lain.+ Tetapi setelah mereka tiba, dia mengasingkan dirinya dan tidak lagi makan dengan orang daripada bangsa lain, kerana dia takut akan orang daripada golongan bersunat.+
13 Orang Yahudi yang lain ikut berpura-pura* seperti dia, sehingga Barnabas pun terpengaruh untuk berpura-pura* seperti mereka.
14 Apabila aku nampak bahawa mereka tidak berjalan mengikut kebenaran berita baik,+ aku berkata kepada Kefas* di hadapan semua orang di situ, “Kamu orang Yahudi, tetapi kamu hidup seperti orang daripada bangsa lain dan bukannya seperti orang Yahudi. Jadi mengapakah kamu sekarang memaksa orang daripada bangsa lain untuk hidup menurut kebiasaan orang Yahudi?”+
15 Kita dilahirkan sebagai orang Yahudi dan bukannya seperti orang berdosa daripada bangsa-bangsa lain.
16 Kita sedar bahawa seseorang hanya akan memperoleh perkenan Tuhan dengan beriman+ kepada Yesus Kristus,+ dan bukannya dengan mematuhi hukum. Jadi kita beriman kepada Kristus Yesus supaya kita memperoleh perkenan Tuhan melalui iman itu, dan bukannya kerana kita mematuhi hukum. Hal ini demikian kerana tidak ada sesiapa pun yang dapat memperoleh perkenan Tuhan dengan mematuhi hukum.+
17 Jika kita masih dianggap sebagai orang berdosa meskipun kita berusaha untuk mendapat perkenan Tuhan melalui Kristus, adakah hal ini bererti bahawa Kristus menggalakkan kita untuk terus berbuat dosa? Tentu tidak!
18 Jika aku membina semula hal-hal yang pernah aku robohkan, maka aku menunjukkan bahawa aku sudah melanggar hukum.
19 Aku sudah dibebaskan daripada* hukum kerana aku mematuhi hukum itu,+ agar aku dapat hidup untuk Tuhan.
20 Aku sekarang dipakukan pada tiang bersama-sama Kristus.+ Maka yang hidup sekarang bukan lagi aku+ tetapi Kristus yang hidup bersatu dengan aku. Sememangnya, hidup yang sedang aku jalani sekarang ialah hidup yang berdasarkan iman kepada Anak Tuhan.+ Dia mengasihi aku dan telah menyerahkan dirinya bagi aku.+
21 Aku tidak menolak kebaikan hati Tuhan yang unggul,+ kerana andai kata melalui hukum, seseorang dapat memperoleh perkenan Tuhan, kematian Kristus sia-sia sahaja.+
Nota Kaki
^ Harfiah, “sejam.”
^ Juga dipanggil Petrus.
^ Juga dipanggil Petrus.
^ Atau “bermuka dua.”
^ Atau “bermuka dua.”
^ Juga dipanggil Petrus.
^ Harfiah, “mati terhadap.”