Hosea 13:1-16
13 “Efraim sangat berpengaruh di Israel;+Apabila mereka bercakap, semua orang berasa takut.
Tetapi mereka berdosa dan dihukum mati kerana menyembah Baal.+
2 Sekarang mereka melakukan lebih banyak dosa;Dengan mahir, mereka membuat patung berhala daripada perak.+Patung-patung logam yang dibuat itu seperti hasil buatan tukang yang mahir.
Mereka berkata, ‘Hendaklah orang yang mempersembahkan korban mencium patung anak lembu ini.’+
3 Maka mereka akan menjadi seperti kabus,Dan seperti embun pagi yang akan segera hilang.Mereka akan menjadi seperti asap yang keluar dari corong asap,Dan seperti sekam di lantai tempat mengirik tuaian, yang ditiup angin ribut.
4 Akulah Yehuwa, Tuhan mereka sejak mereka berada di Mesir;+Mereka tahu bahawa tidak ada Tuhan lain kecuali Aku,Dan bahawa Akulah satu-satunya penyelamat mereka.+
5 Aku telah memelihara mereka di padang belantara,+ di tempat yang gersang itu.
6 Mereka sangat puas dengan padang-padang rumput mereka.+Oleh sebab mereka begitu puas, mereka menjadi sombong,
Dan mereka telah melupakan Aku.+
7 Maka seperti singa muda+ dan seperti harimau bintang,Aku akan menghendap mereka di jalan.
8 Seperti beruang yang kehilangan anak, Aku akan menyerang merekaDan mengoyakkan dada mereka.
Seperti singa, Aku akan membaham mereka,Dan binatang buas akan mencabik-cabik mereka.
9 Israel pasti akan dimusnahkan,Kerana mereka telah menentang Aku, pembela mereka.
10 Mereka telah berkata, ‘Berilah kami raja dan pemimpin.’+Tetapi sekarang di manakah raja dan pemimpin mereka itu?Dapatkah raja dan pemimpin itu menyelamatkan mereka di kota-kota mereka?+
11 Dengan murka, Aku telah memberi mereka seorang raja,+Dan dengan penuh kemarahan, Aku akan menggulingkannya.+
12 Kesalahan Efraim tidak akan dilupakan;Semua dosa mereka telah dicatatkan.
13 Sakit bersalin seorang ibu akan melanda mereka.
Tetapi mereka juga seperti seorang anak yang tidak bijak;Mereka bagaikan bayi yang tidak mahu keluar dari rahim ibu meskipun masa untuk dilahirkan sudah tiba.
14 Akulah yang menyelamatkan orang dari Kuburan.*Ya, Akulah yang melepaskan orang daripada cengkaman maut.+
Hai Maut, di manakah sengatmu?+
Hai Kuburan, di manakah kuasa pembinasaanmu?+
Namun Aku tidak akan berbelas kasihan terhadap Efraim.
15 Walaupun keadaan mereka seperti rumput-rumput yang tinggi dan subur,Aku, Yehuwa, akan mendatangkan angin timur dari padang gurun;Angin itu akan datang dan mengeringkan semua mata air dan perigi mereka.
Segala harta mereka yang bernilai akan dirampas.+
16 Samaria akan disabitkan bersalah+ kerana mereka telah memberontak terhadap Aku, Tuhan mereka.+
Mereka akan mati dibunuh dengan pedang;+Anak-anak mereka akan dibunuh dengan kejam,Dan perut para wanita yang hamil dalam kalangan mereka akan dibelah.”