Hosea 6:1-11
6 “Marilah kembali kepada Yehuwa,Kerana walaupun Dia telah menyakiti kita,+ Dia akan menyembuhkan kita,
Dan walaupun Dia telah melukai kita, Dia akan membaluti luka itu.
2 Selepas dua hari, Dia akan memulihkan kita,
Dan pada hari ketiga, Dia akan membangkitkan kita,Lalu kita akan hidup semula di hadapan-Nya.
3 Marilah kita berusaha untuk mengenali Yehuwa,
Kerana Dia pasti akan datang kepada kita sebagaimana fajar pasti menyingsing.Ya, Dia pasti akan datang kepada kita seperti hujan yang mencurah,Seperti hujan musim bunga yang membasahi bumi.”
4 “Hai Efraim, apakah yang harus Kulakukan terhadapmu?
Hai Yehuda, apakah yang harus Kulakukan terhadapmu?
Kasih dan kesetiaan kamu seperti kabus,Dan seperti embun pagi yang cepat hilang.
5 Itulah sebabnya Aku akan menyampaikan berita penghakiman melalui para nabi-Ku.+Berita penghakiman itu akan membawa kebinasaan kepada kamu,+
Dan penghakiman itu akan begitu nyata seperti kilauan cahaya.+
6 Hal ini demikian kerana Aku lebih ingin kamu menunjukkan kasih dan kesetiaan,* bukannya mempersembahkan korban,Dan Aku lebih suka kamu mengenal Aku daripada membakar korban untuk-Ku.+
7 Tetapi kamu, manusia yang fana, telah memungkiri perjanjian yang telah Kubuat dengan kamu.+
Kamu telah mengkhianati Aku.
8 Gilead ialah kota orang jahat,+Kota yang dipenuhi dengan orang yang suka membunuh.+
9 Para imam di situ seperti kumpulan perompak yang melakukan serangan hendap terhadap orang yang lalu-lalang.
Mereka membunuh orang di jalan yang menuju ke Sikhem.+Mereka terus melakukan perbuatan yang keji dan memalukan.
10 Aku telah melihat perkara yang dahsyat di Israel.
Di sana, Efraim telah melakukan pelacuran.+Ya, Israel telah menajiskan diri.+
11 Tetapi bagi Yehuda, Aku telah menetapkan musim menuai bagi mereka,Iaitu semasa Aku mengumpulkan umat-Ku yang ditawan.”+
Nota Kaki
^ Atau “menunjukkan belas kasihan.”