Imamat 27:1-34

  • Menebus sesuatu yang telah diikrarkan (1-27)

  • Apa yang dipersembahkan tanpa syarat kepada Yehuwa (28, 29)

  • Cara menebus 10 peratus yang dikhaskan untuk Tuhan (30-34)

27  Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 2  “Beritahulah orang Israel, ‘Jika seseorang membuat ikrar yang istimewa+ untuk menyerahkan seseorang kepada Aku, Yehuwa, tetapi dia tidak menyerahkan orang itu, dia harus membayar nilai yang sudah ditetapkan untuk orang itu. 3  Jika orang itu ialah seorang lelaki yang berumur antara 20 hingga 60 tahun, bayarannya ialah 50 syekel* perak, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci. 4  Tetapi jika orang itu ialah seorang perempuan, bayarannya ialah 30 syekel perak. 5  Jika orang itu berumur antara 5 hingga 20 tahun, bayarannya ialah 20 syekel perak bagi lelaki dan 10 syekel perak bagi perempuan. 6  Jika orang itu berumur antara satu bulan hingga lima tahun, bayarannya ialah lima syekel perak bagi lelaki dan tiga syekel perak bagi perempuan. 7  “‘Jika orang itu berumur 60 tahun dan ke atas, bayarannya ialah 15 syekel perak bagi lelaki dan 10 syekel perak bagi perempuan. 8  Tetapi jika orang yang berikrar itu terlalu miskin dan tidak mampu membayar nilai yang ditetapkan,+ dia mesti membawa orang yang hendak diserahkan itu kepada imam. Imam akan menentukan nilai orang tersebut menurut kemampuan orang yang berikrar itu.+ 9  “‘Jika seseorang berikrar bahawa dia akan menyerahkan binatang yang sesuai untuk dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa, binatang yang akan dipersembahkan itu akan menjadi milik Aku, Yehuwa. 10  Binatang itu tidak boleh ditukar atau digantikan dengan binatang yang lebih baik atau binatang yang lebih buruk. Tetapi jika orang itu masih mahu menukarnya, kedua-dua binatang tersebut akan menjadi milik-Ku. 11  Jika binatang itu ialah binatang haram*+ yang tidak sesuai untuk dipersembahkan sebagai korban kepada Aku, Yehuwa, orang itu mesti membawa binatang tersebut kepada imam. 12  Imam akan menentukan harga binatang tersebut menurut keadaan binatang itu. Harga yang ditentukan itu tidak boleh ditukar lagi. 13  Tetapi jika orang itu mahu menebus binatang itu, dia mesti membayar harga binatang tersebut, ditambah lagi dengan 20 peratus daripada harga itu.+ 14  “‘Jika seseorang ingin mempersembahkan rumahnya sebagai sesuatu yang suci kepada Aku, Yehuwa, imam harus menentukan harga rumah itu menurut keadaannya. Sebagaimana yang ditetapkan oleh imam, itulah harga bagi rumah tersebut.+ 15  Tetapi jika orang itu ingin menebus rumahnya, dia mesti membayar harga rumah tersebut, ditambah lagi dengan 20 peratus daripada harga itu. Maka, rumah itu akan dikembalikan kepadanya. 16  “‘Jika seseorang ingin mempersembahkan sebahagian daripada ladangnya kepada Aku, Yehuwa, harga ladang itu harus ditentukan menurut jumlah benih yang dapat ditabur di ladang itu. Harga bagi setiap homer* barli ialah 50 syekel perak. 17  Jika orang itu mempersembahkan ladangnya pada Tahun Pembebasan,+ harga ladang itu ditentukan dengan cara yang sama. 18  Tetapi jika orang itu mempersembahkan ladangnya selepas Tahun Pembebasan, imam harus menentukan harga ladang itu menurut bilangan tahun yang masih tinggal sebelum Tahun Pembebasan yang akan datang. Maka harga ladang itu akan menjadi lebih murah.+ 19  Jika orang itu ingin menebus ladangnya, dia mesti membayar harga ladang tersebut, ditambah lagi dengan 20 peratus daripada harga itu. Dengan demikian, ladang itu akan dikembalikan kepadanya. 20  Namun, jika dia tidak menebus ladangnya lalu ladang itu dijual kepada orang lain, dia tidak lagi berhak menebus ladang itu. 21  Pada Tahun Pembebasan, ladang itu akan dikhaskan sebagai sesuatu yang suci untuk Aku, Yehuwa. Ladang itu akan menjadi milik para imam.+ 22  “‘Jika seseorang ingin mempersembahkan ladang yang tidak diwarisinya, iaitu ladang yang telah dibelinya, kepada Aku, Yehuwa,+ 23  imam harus menentukan harga ladang itu menurut bilangan tahun yang masih tinggal sebelum Tahun Pembebasan yang akan datang. Orang itu mesti membayar harga tersebut pada hari itu juga,+ kerana sumbangan yang diberikan itu merupakan sesuatu yang suci bagi Aku, Yehuwa. 24  Pada Tahun Pembebasan, ladang itu mesti dikembalikan kepada pemilik asalnya, iaitu orang yang telah menjual tanah tersebut.+ 25  “‘Semua harga mesti ditentukan menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci, iaitu syekel. Satu syekel sama dengan 20 gera.* 26  “‘Anak sulung binatang tidak boleh dipersembahkan kepada Aku, kerana anak sulung binatang memang sudah dikhaskan untuk Aku, Yehuwa.+ Anak lembu atau anak bebiri atau anak kambing yang sulung merupakan milik Aku, Yehuwa.+ 27  Tetapi anak sulung binatang haram* boleh ditebus menurut harga yang ditentukan, ditambah lagi dengan 20 peratus daripada harga itu.+ Jika binatang itu tidak ditebus, binatang itu boleh dijual kepada orang lain menurut harga yang ditentukan. 28  “‘Tiada seorang pun boleh menjual atau menebus apa yang sudah dipersembahkan tanpa syarat kepada Aku, Yehuwa, sama ada manusia, binatang, atau ladang yang dimilikinya. Semua itu merupakan sesuatu yang sangat suci bagi Aku, Yehuwa.+ 29  Tetapi sesiapa yang sudah dijatuhi hukuman mati tidak boleh ditebus.+ Orang itu mesti dihukum mati.+ 30  “‘Setiap 10 peratus+ daripada segala hasil tanaman kamu, baik hasil ladang mahupun buah-buahan, harus menjadi milik Aku, Yehuwa. Semua itu merupakan sesuatu yang suci bagi Aku, Yehuwa. 31  Jika seseorang hendak membeli kembali 10 peratus itu, dia harus membayar harga asalnya, ditambah lagi dengan 20 peratus daripada harga asal itu. 32  Seekor daripada tiap-tiap 10 ekor binatang ternakan harus dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa. Semasa binatang-binatang itu lalu di bawah tongkat gembala, tiap-tiap binatang yang ke-10 akan menjadi sesuatu yang suci bagi Aku. 33  Gembala itu tidak boleh memeriksa keadaan binatang tersebut. Semua binatang yang sudah terpilih tidak boleh ditukar atau ditebus. Tetapi jika dia masih menukarnya, kedua-dua ekor binatang itu akan menjadi sesuatu yang suci bagi Aku.’”+ 34  Itulah semua perintah yang diberikan kepada umat Israel. Yehuwa telah menyampaikannya kepada Musa di atas Gunung Sinai.+

Nota Kaki

Mungkin merujuk kepada binatang yang mempunyai kecacatan.
Mungkin merujuk kepada binatang yang mempunyai kecacatan.