Imamat 4:1-35

  • Korban dosa (1-35)

4  Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 2  “Beritahulah umat Israel, ‘Inilah yang harus dilakukan oleh seseorang jika dia berdosa kerana melanggar perintah Aku, Yehuwa, dengan tidak sengaja:+ 3  “‘Jika imam yang diurapi+ berdosa+ sehingga menyebabkan segenap umat bersalah, dia harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda yang tidak ada kecacatan sebagai korban dosa+ kepada Aku, Yehuwa. 4  Dia harus membawa lembu jantan itu ke hadapan Aku, Yehuwa, iaitu di hadapan pintu masuk khemah pertemuan.+ Dia harus meletakkan tangannya di atas kepala lembu itu dan menyembelihnya di hadapan Aku, Yehuwa.+ 5  Kemudian dia+ harus mengambil sebahagian daripada darah lembu jantan itu dan membawanya ke dalam khemah pertemuan. 6  Imam harus mencelup jarinya ke dalam darah itu+ lalu memercikkan darah itu sebanyak tujuh kali+ di hadapan Aku, Yehuwa, iaitu di hadapan tirai pemisah. 7  Imam juga harus menyapukan sedikit darah pada tanduk-tanduk mazbah yang digunakan untuk membakar kemenyan,+ yang terletak di hadapan Aku, Yehuwa, di dalam khemah pertemuan. Kemudian dia harus menuangkan sisa darah itu di bahagian bawah mazbah untuk korban bakar,+ yang terletak di hadapan pintu masuk khemah pertemuan. 8  “‘Selepas itu imam harus mengambil semua lemak lembu jantan itu, termasuk lemak yang melekati dan meliputi usus, 9  kedua-dua ginjal berserta lemak yang ada padanya, dan lemak yang ada pada hati lembu itu.+ 10  Imam harus mengeluarkan semua itu seperti yang dilakukan terhadap lembu jantan yang dipersembahkan sebagai korban pendamaian.+ Kemudian imam harus membakar semuanya di atas mazbah untuk korban bakar. 11  “‘Tetapi kulit, kepala, betis, usus, semua daging, dan tahi lembu itu,+ 12  iaitu semua bahagian lain lembu jantan itu, harus dibawa ke luar perkhemahan. Imam harus membakar semuanya di atas kayu api,+ di tempat membuang abu,* iaitu di tempat yang dikhaskan untuk hal itu.* 13  “‘Jika seluruh umat Israel berdosa dan bersalah kerana melanggar perintah Aku, Yehuwa, dengan tidak sengaja,+ dan jika mereka tidak menyedarinya,+ 14  maka setelah dosa itu diketahui, mereka harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda sebagai korban dosa. Mereka harus membawa lembu itu ke hadapan khemah pertemuan. 15  Para pemimpin umat Israel harus meletakkan tangan mereka di atas kepala lembu itu di hadapan Aku, Yehuwa. Kemudian lembu itu harus disembelih di hadapan Aku, Yehuwa. 16  “‘Selepas itu, imam yang diurapi harus membawa sebahagian daripada darah lembu itu ke dalam khemah pertemuan. 17  Imam harus mencelup jarinya ke dalam darah itu lalu memercikkan darah itu sebanyak tujuh kali di hadapan Aku, Yehuwa, iaitu di hadapan tirai pemisah.+ 18  Imam juga harus menyapukan sedikit darah pada tanduk-tanduk mazbah+ yang digunakan untuk membakar kemenyan, yang terletak di hadapan Aku, Yehuwa, di dalam khemah pertemuan. Kemudian dia harus menuangkan sisa darah itu di bahagian bawah mazbah untuk korban bakar, yang terletak di hadapan pintu masuk khemah pertemuan.+ 19  Dia harus mengambil semua lemak lembu itu dan membakarnya sehingga asap naik dari mazbah.+ 20  Hal yang dilakukannya terhadap lembu itu sama seperti yang dilakukannya terhadap lembu jantan yang dipersembahkannya bagi dosanya sendiri. Dengan cara ini, imam akan memohon pengampunan dosa bagi pihak umat Israel+ lalu mereka akan diampuni. 21  Kemudian, dia harus membawa lembu itu ke luar perkhemahan dan membakarnya sebagaimana dia membakar lembu jantan yang pertama itu.+ Itulah korban dosa untuk seluruh umat Israel.+ 22  “‘Jika seorang pemimpin umat Israel+ menyedari bahawa dia telah berdosa dan bersalah kerana melanggar perintah Aku, Yehuwa, dengan tidak sengaja, 23  atau jika dia diberitahu bahawa dia telah berdosa kerana melanggar perintah-Ku, maka dia harus mempersembahkan seekor kambing jantan muda yang tidak ada kecacatan sebagai korban. 24  Semasa mempersembahkan korban dosa ini, dia harus meletakkan tangannya di atas kepala kambing itu dan menyembelihnya di hadapan Aku, Yehuwa, iaitu di tempat menyembelih binatang untuk korban bakar.+ 25  Selepas itu, imam harus mencelup jarinya ke dalam darah kambing itu lalu menyapukan sedikit darah pada tanduk-tanduk mazbah+ untuk korban bakar. Kemudian imam harus menuangkan sisa darah itu di bahagian bawah mazbah untuk korban bakar.+ 26  Imam harus membakar semua lemak kambing itu sehingga asap naik dari mazbah, sebagaimana dia membakar lemak binatang yang dipersembahkan sebagai korban pendamaian.+ Dengan cara ini, imam akan memohon pengampunan dosa bagi pihak pemimpin itu, lalu pemimpin itu akan diampuni. 27  “‘Jika seorang rakyat biasa berdosa dan bersalah kerana melanggar perintah Aku, Yehuwa, dengan tidak sengaja,+ 28  atau jika dia diberitahu bahawa dia telah berdosa, maka dia harus mempersembahkan seekor kambing betina muda yang tidak ada kecacatan sebagai korban bagi dosa yang dilakukannya. 29  Dia harus meletakkan tangannya di atas kepala kambing tersebut. Setelah itu, dia harus menyembelihnya di tempat menyembelih binatang untuk korban bakar.+ 30  Selepas itu, imam harus mencelup jarinya ke dalam darah kambing itu lalu menyapukan sedikit darah pada tanduk-tanduk mazbah untuk korban bakar. Kemudian imam harus menuangkan sisa darah itu di bahagian bawah mazbah.+ 31  Imam harus mengambil semua lemak+ kambing itu sebagaimana dia mengambil lemak binatang yang dipersembahkan sebagai korban pendamaian.+ Imam harus membakarnya untuk Aku, Yehuwa, sehingga asap naik dari mazbah. Bau daripada korban ini menyenangkan hati-Ku. Dengan cara ini, imam akan memohon pengampunan dosa bagi pihak orang itu, lalu orang itu akan diampuni. 32  “‘Namun jika orang itu mempersembahkan seekor anak bebiri sebagai korban dosa, dia harus mempersembahkan bebiri betina yang tidak ada kecacatan. 33  Dia harus meletakkan tangannya di atas kepala bebiri tersebut. Setelah itu, dia harus menyembelihnya di tempat menyembelih binatang untuk korban bakar.+ 34  Selepas itu, imam harus mencelup jarinya ke dalam darah bebiri itu lalu menyapukan sedikit darah pada tanduk-tanduk mazbah untuk korban bakar.+ Kemudian imam harus menuangkan sisa darah itu di bahagian bawah mazbah. 35  Imam harus mengambil semua lemak bebiri itu sebagaimana dia mengambil lemak bebiri jantan yang dipersembahkan sebagai korban pendamaian. Imam harus membakar lemak itu bersama korban-korban yang telah dibakar untuk Aku, Yehuwa. Dia harus membakar semua itu sehingga asap naik dari mazbah.+ Dengan cara ini, imam akan memohon pengampunan dosa bagi pihak orang itu, lalu orang itu akan diampuni.+

Nota Kaki

Iaitu, abu yang bercampur lemak daripada korban yang dibakar.
Harfiah, “iaitu di tempat yang bersih.”