Keluaran 31:1-18
31 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa,
2 “Aku telah memilih Bezaleel+ anak Uri, cucu Hur, daripada suku Yehuda.+
3 Aku akan mencurahkan kuasa suci-Ku ke atasnya supaya dia mendapat kebijaksanaan, pemahaman, dan pengetahuan tentang segala jenis seni pertukangan.
4 Dengan demikian, dia dapat membuat pelbagai reka bentuk, menghasilkan barangan daripada emas, perak, dan tembaga,
5 membentuk dan menatah batu permata,+ serta membuat pelbagai barangan kayu.+
6 Aku juga melantik Oholiab+ anak Ahisamakh daripada suku Dan sebagai pembantunya. Aku akan mengurniakan kebijaksanaan kepada semua pekerja yang mahir supaya mereka dapat membuat segala yang telah Aku perintahkan kepadamu,+ iaitu
7 khemah pertemuan,+ tabut perjanjian+ dan penutupnya,+ semua peralatan khemah,
8 meja+ serta peralatannya, kaki pelita daripada emas tulen serta segala peralatannya,+ mazbah untuk membakar kemenyan,+
9 mazbah untuk korban bakar+ serta segala peralatannya, besen dengan kakinya,+
10 pakaian bermutu tinggi, pakaian suci untuk Harun dan anak-anak lelakinya yang berkhidmat sebagai imam,+
11 minyak suci, dan kemenyan harum untuk khemah suci.+ Mereka akan membuat semua yang telah Aku perintahkan kepadamu.”
12 Yehuwa berfirman kepada Musa,
13 “Beritahulah orang Israel, ‘Kamu wajib mematuhi hukum-Ku untuk menyambut hari Sabat+ secara turun-temurun, kerana hari itu ialah tanda perjanjian antara Aku dengan kamu. Dengan demikian, kamu akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, menyucikan kamu.
14 Kamu mesti menyambut hari Sabat kerana hari itu ialah hari yang suci bagi kamu.+ Sesiapa yang melanggar hukum Sabat mesti dihukum mati. Jika ada sesiapa yang bekerja pada hari itu, orang itu mesti dihukum mati.+
15 Kamu boleh bekerja selama enam hari, tetapi hari ketujuh ialah hari Sabat yang dikhaskan untuk berehat.+ Hari itu suci bagi Aku, Yehuwa. Sesiapa yang bekerja pada hari Sabat mesti dihukum mati.
16 Umat Israel mesti merayakan hari Sabat. Ya, mereka mesti menyambutnya secara turun-temurun. Hal ini merupakan suatu perjanjian yang kekal.
17 Hari itu menjadi tanda yang kekal antara Aku dengan umat Israel+ kerana Aku, Yehuwa, menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, tetapi pada hari ketujuh Aku mula berehat.’”+
18 Sebaik sahaja Tuhan habis berfirman kepada Musa di atas Gunung Sinai, Dia memberi Musa dua keping batu tulis.+ Dengan jari-Nya,+ Tuhan telah menulis perintah-Nya pada batu-batu itu.