Kidung Agung 1:1-17
1 Nyanyian agung yang ditulis oleh Salomo:+
2 “Ciumlah aku dengan bibirmu,Kerana ungkapan cintamu lebih nikmat daripada wain.+
3 Minyak wangimu harum semerbak,+
Dan namamu seperti minyak wangi yang dicurahkan.+
Itulah sebabnya gadis-gadis mencintaimu.
4 Bawalah aku pergi bersamamu, dan marilah kita lari dari sini,
Kerana raja telah membawa aku ke tempat kediamannya.
Marilah kita bersukacita dan bergembira bersama-sama.
Marilah kita mengenang kembali ungkapan cintamu yang lebih manis daripada wain.
Tidak hairanlah gadis-gadis mencintaimu.
5 Hai gadis-gadis Yerusalem, aku hitam tetapi menawan.Walaupun aku hitam seperti kain khemah Kedar,+ aku cantik seperti kain khemah+ Salomo.
6 Janganlah asyik memandang aku kerana aku hitam.Aku hitam kerana sinaran mentari.
Saudara-saudaraku marah terhadap aku,Dan menyuruh aku menjaga ladang-ladang anggur.
Tetapi ladang anggurku sendiri tidak terjaga.
7 Beritahulah aku, hai cinta hatiku,Di manakah kamu akan menggembala ternakan?+Di manakah ternakanmu akan berbaring pada tengah hari?
Mengapakah aku harus memakai selubungDan mengembara di antara kawanan ternakan teman-temanmu?”
8 “Hai wanita yang paling jelita, jika kamu tidak tahu akan tempatnya,Ikutlah jejak kawanan ternakanDan gembalakanlah anak-anak kambingmu dekat perkhemahan para gembala.”
9 “Hai sayangku, kamu menawan bagaikan kuda betina yang menarik kereta kuda Firaun.*+
10 Pipimu molek dengan perhiasan,Dan lehermu cantik dengan untaian manik-manik.
11 Kami akan membuat perhiasan emas untukmu,Perhiasan yang bertatahkan perak.”
12 “Semasa raja duduk di mejanya,Minyak wangiku+ menyerbakkan keharumannya.
13 Bagiku, kekasihku bagaikan sebungkus mur yang harum,+Dan dia akan berbaring di dadaku sepanjang malam.
14 Bagiku, kekasihku bagaikan serumpun bunga inai,+Yang tumbuh di ladang anggur di En-gedi.”+
15 “Hai sayangku, kamu amat cantik,
Kamu amat menawan. Matamu bagaikan mata burung merpati.”+
16 “Hai kekasihku, kamu amat kacak dan menyenangkan.+
Dedaunan akan menjadi tempat perbaringan kita,
17 Kayu sedar akan menjadi bumbung rumah kita,Dan kayu juniper akan menjadi langit-langitnya.*