Kidung Agung 3:1-11

  • Gadis Shulam (1-5)

    • “Aku merindui kekasihku” (1)

  • Gadis-gadis Sion (6-11)

    • Perarakan Salomo digambarkan

3  “Malam demi malam, di atas katilku,Aku merindui kekasihku.+ Hatiku sedih kerana tidak berjumpa dengannya.+  2  Aku bangun dan mengelilingi kota,Aku pergi ke semua jalan dan dataran kotaUntuk mencari kekasihku. Aku puas mencarinya tetapi tidak menjumpainya.  3  Para pengawal yang meronda kota menemui aku,+ Lalu aku bertanya, ‘Adakah kamu nampak kekasihku?’  4  Sebaik sahaja aku meninggalkan mereka,Aku menemui kekasihku. Aku memegangnya dan tidak mahu melepaskannya.Aku membawanya ke tempat tinggal ibuku,+Ke rumah ibuku yang melahirkan aku.  5  Demi kijang dan rusa betina di padang,Bersumpahlah, hai gadis-gadis Yerusalem: Janganlah bangkitkan perasaan cinta dalam diriku sebelum saatnya tiba.”+  6  “Siapakah yang datang dari padang belantara bagaikan kepulan asap?Harumnya seperti mur dan kemenyan putih.Ya, baunya seperti minyak wangi yang dijual oleh para pedagang.”+  7  “Lihatlah! Itulah tandu* Salomo. Tandu itu dikelilingi 60 orang pahlawanDari antara lelaki-lelaki Israel yang perkasa.+  8  Semuanya memiliki pedang,Dan semuanya terlatih dalam perang.Masing-masing dengan pedangnya yang terikat pada pinggang.Semuanya bersedia untuk menghadapi serangan pada malam hari.”  9  “Itulah tandu Raja Salomo,Yang dibuat bagi dirinya daripada pokok-pokok yang diambil dari Lebanon.+ 10  Tiang-tiangnya diperbuat daripada perakDan sandarannya daripada emas. Tempat duduknya beralaskan kain bulu ungu,Dan bahagian dalamnya dihias dengan penuh kasihOleh gadis-gadis Yerusalem.” 11  “Hai gadis-gadis Sion, pergilahDan lihatlah Raja Salomo.Dia memakai mahkota* yang dibuat oleh ibunya+Pada hari perkahwinannya,Pada hari hatinya bersukacita.”

Nota Kaki

Iaitu, alat yang berupa kerusi untuk membawa orang yang berpangkat tinggi.
Atau “lingkaran bunga.”