Kidung Agung 7:1-13
7 “Alangkah indahnya kakimu dengan kasutmu,Hai gadis yang mulia!
Bentuk pahamu cantik seperti perhiasan,Yang dihasilkan oleh tangan seniman yang mahir.
2 Pusatmu seperti cawan bulat,
Yang tidak kehabisan wain.
Perutmu seperti timbunan gandum,Yang dikelilingi bunga-bunga bakung.
3 Buah dadamu seperti dua anak rusa,Dan seperti kijang kembar.+
4 Lehermu+ seperti menara gading.+
Matamu+ seperti kolam air di Hesybon,+Dekat pintu gerbang Bat-rabim.
Hidungmu seperti menara Lebanon,Yang menghadap ke Damsyik.
5 Kepalamu seperti Gunung Karmel,+Dan rambutmu+ seperti kain bulu ungu.+
Raja terpesona dengan kecantikan rambutmu yang mayang mengurai.
6 Kamu sungguh cantik dan menyenangkan, hai gadis yang dikasihi.Kamulah yang terunggul antara segala sesuatu yang disukai.
7 Tubuhmu langsing bagaikan pokok palma,Dan buah dadamu seperti gugusan buah kurma.+
8 Aku berkata, ‘Aku akan memanjat pokok palmaUntuk memperoleh buahnya.’
Buah dadamu seperti gugusan buah anggur,Dan nafasmu seharum buah epal.
9 Mulutmu seperti wain yang terbaik.”
“Biarlah wain itu mengalir dengan lancar untuk kekasihku,Bagaikan ciuman yang lembut pada bibirnya.
10 Kekasihku milikku,+Dan akulah yang diingininya.
11 Marilah kekasihku,Marilah kita pergi ke desa;Marilah kita bermalam di antara rumpun-rumpun inai.+
12 Marilah kita bangun awal dan pergi ke ladang anggur,Untuk melihat sama ada pokok anggur sudah bertunas,Sama ada bunga-bunganya sudah mekar,+Dan sama ada pokok delima sudah berbunga atau tidak.+
Di sana aku akan mengungkapkan cintaku kepadamu.+
13 Buah dudaim*+ menyerbakkan keharumannya;Di pintu kita terdapat pelbagai buah yang terbaik,+
Yang sudah lama dan yang baru dipetik.Aku telah menyimpan semua itu untukmu, hai kekasihku.
Nota Kaki
^ Sejenis tanaman rempah yang menghasilkan buah; daripada famili ubi kentang.