Mazmur 104:1-35
104 Pujilah Yehuwa, hai jiwaku.+
Ya Yehuwa, Tuhanku, Engkau sangat agung.+
Engkau berpakaian kemegahan dan kemuliaan.+
2 Engkau menyelubungi diri-Mu dengan cahaya+ seperti pakaian;Engkau membentangkan langit seperti membentangkan kain khemah.+
3 Dia meletakkan tiang-tiang bilik-Nya di atas air di langit.+Dia menjadikan awan-awan sebagai kereta kuda-Nya,+Dan Dia berjalan di atas angin.+
4 Dia menjadikan malaikat-Nya makhluk roh,Dan menjadikan hamba-hamba-Nya api yang berkobar-kobar.+
5 Dia telah mendirikan bumi kukuh pada asasnya;+Bumi tidak akan bergerak dari tempatnya buat selama-lamanya.+
6 Engkau menyelubungi bumi dengan lautan seperti menyelubunginya dengan sehelai pakaian.+
Air menutupi puncak gunung.
7 Air itu surut apabila Engkau menegurnya;+Air itu mengalir dengan deras apabila mendengar suara-Mu yang gemuruh.
8 Naiklah gunung-ganang!+ Turunlah lembah-lembah!Semuanya pergi ke tempat yang telah Engkau tetapkan.
9 Engkau menetapkan sempadan dan air tidak boleh melintasi sempadan itu,+Supaya air tidak menutupi bumi lagi.
10 Dia membuka mata air di lembah-lembah,*Dan air mengalir di antara gunung-ganang.
11 Air itu menjadi sumber minuman kepada semua binatang liar di padang;Keldai-keldai yang liar tidak lagi dahaga.
12 Berhampiran mata air itu, burung-burung membuat sarang,Dan berkicauan di antara pokok-pokok yang rimbun.
13 Dia mengairi pergunungan dari bilik-bilik-Nya.+
Bumi puas hati dengan hasil kerja tangan-Nya.+
14 Dia membuat rumput bertumbuh untuk lembu,Dan tumbuh-tumbuhan untuk kegunaan manusia,+Supaya tanah menghasilkan makanan,
15 Wain yang membuat hati manusia gembira,+Minyak yang menyerikan wajah mereka,Dan roti yang menguatkan manusia.+
16 Pokok-pokok Yehuwa telah dipuaskan.Ya, pokok-pokok sedar di Lebanon yang ditanam oleh-Nya telah dipuaskan.
17 Di sanalah burung-burung membuat sarang.
Burung bangau+ membuat rumahnya di pokok juniper.
18 Kambing gunung tinggal di gunung yang tinggi;+Bukit batu menjadi tempat perlindungan tikus gunung.*+
19 Dia telah menciptakan bulan untuk menandakan waktu;Matahari pun tahu waktunya untuk terbenam.+
20 Engkau membawa kegelapan lalu hari menjadi malam,+Dan semua binatang liar di dalam hutan mula berkeliaran.
21 Singa-singa muda mengaum ketika mencari mangsa,+Dan mendapatkan makanan yang diberikan Tuhan.+
22 Apabila matahari terbit,Singa-singa itu pulang dan berehat di sarang mereka.
23 Manusia keluar bekerja,Dan terus bekerja sehingga petang.
24 Betapa banyaknya perbuatan-Mu, ya Yehuwa!+
Engkau telah menciptakan semuanya dengan bijaksana.+
Bumi penuh dengan hasil karya-Mu.
25 Lihatlah laut yang luas terbentang,Sarat dengan makhluk hidup yang tidak terkira, baik kecil mahupun besar.+
26 Di situ kapal-kapal belayar,Dan Lewiatan,*+ yang Engkau ciptakan, bermain-main.
27 Semuanya menantikan EngkauUntuk memberikan makanan pada waktunya.+
28 Engkau memberikan makanan, dan mereka mengumpulkannya.+
Engkau membuka tangan-Mu, dan mereka dipuaskan dengan perkara-perkara yang baik.+
29 Apabila Engkau berpaling daripada mereka, mereka berasa gelisah.
Jika Engkau mengambil nafas mereka, mereka mati dan kembali ke tanah.+
30 Jika Engkau mencurahkan kuasa suci-Mu, mereka diciptakan,+Dan Engkau memberikan kehidupan baharu kepada bumi.
31 Kemuliaan Yehuwa kekal selama-lamanya.
Yehuwa bergembira kerana semua perbuatan-Nya.+
32 Dia memandang bumi, bumi pun bergegar;Dia menyentuh gunung, gunung pun berasap.+
33 Aku akan bernyanyi kepada Yehuwa+ seumur hidupku;Aku akan menyanyikan lagu pujian kepada* Tuhanku selagi aku hidup.+
34 Semoga fikiranku* menyenangkan hati-Nya.
Aku akan bersukacita kerana Yehuwa.
35 Orang yang berdosa akan lenyap dari muka bumi,Dan orang jahat tidak akan wujud lagi.+
Pujilah Yehuwa, hai jiwaku! Pujilah Yah!*
Nota Kaki
^ Atau “di wadi-wadi.”
^ Atau “hyrax.” Sejenis binatang yang tinggal di kawasan berbatu. Rupanya seperti tikus belanda yang besar.
^ Atau “bermain muzik untuk.”
^ Atau mungkin, “renunganku tentang-Nya.”
^ Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.