Mazmur 106:1-48
106 Pujilah Yah!*
Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana Dia baik.+Kasih setia-Nya kekal abadi.+
2 Siapakah yang dapat menceritakan semua perbuatan besar Yehuwa?Siapakah yang dapat memuji semua perbuatan-Nya?+
3 Berbahagialah orang yang berlaku adil,Yang sentiasa melakukan apa yang benar.+
4 Ya Yehuwa, ingatlah akan aku apabila Engkau menunjukkan perkenan kepada umat-Mu.+
Jagalah aku dan selamatkanlah aku,
5 Supaya aku dapat merasai kebaikan yang Engkau tunjukkan kepada umat pilihan-Mu,+Supaya aku dapat bergembira bersama bangsa pilihan-Mu,Dan supaya aku dapat memuji-Mu bersama warisan-Mu dengan bangga.
6 Kami telah berdosa seperti nenek moyang kami.+Ya, kami sudah melakukan apa yang salah dan apa yang jahat.+
7 Nenek moyang kami tidak menghargai* perbuatan-Mu yang menakjubkan di Mesir.
Mereka lupa akan kasih setia-Mu yang melimpah,Dan mereka memberontak di tepi Laut Merah.+
8 Tetapi Tuhan menyelamatkan mereka demi nama-Nya,+Supaya keperkasaan-Nya diketahui orang.+
9 Dia menegur Laut Merah, dan laut itu pun kering;Dia memimpin mereka menyeberangi dasar laut itu, seperti menyeberangi padang gurun.+
10 Dia menyelamatkan mereka daripada tangan musuh,+Dan membebaskan mereka daripada cengkaman lawan.+
11 Air menenggelami musuh merekaSehingga tiada seorang pun yang terselamat.+
12 Kemudian mereka beriman terhadap janji-Nya,+Dan mula menyanyikan lagu pujian kepada-Nya.+
13 Tetapi dengan segera, mereka lupa akan perbuatan-Nya.+Mereka tidak menunggu bimbingan-Nya.
14 Di padang belantara, mereka begitu mementingkan diri dan hanya mahu mengikut keinginan hati mereka.+Mereka mencubai Tuhan di padang gurun.+
15 Dia memenuhi permintaan mereka,Tetapi kemudiannya Dia mendatangkan penyakit yang membuat mereka menjadi lemah lalu mati.+
16 Di perkhemahan mereka, mereka cemburu terhadap Musa,Dan terhadap Harun,+ iaitu hamba Yehuwa yang suci.+
17 Bumi terbuka dan menelan Datan,Dan menimbus semua orang yang berkumpul bersama Abiram.+
18 Api turun dan membakar orang lain yang mengikuti mereka;Semua orang yang jahat habis dijilat api.+
19 Mereka membuat patung anak lembu di Horeb,Dan menyembah patung berhala yang diperbuat daripada logam.+
20 Mereka menggantikan kemuliaan-KuDengan patung lembu jantan yang makan rumput.+
21 Mereka lupa akan Tuhan,+ Penyelamat mereka,Yang telah melakukan perbuatan yang luar biasa di Mesir,+
22 Perbuatan yang menakjubkan di tanah Ham,+Dan perbuatan yang hebat di Laut Merah.+
23 Dia hampir memberikan perintah supaya mereka dilenyapkan,Tetapi Musa, hamba pilihan-Nya, merayu kepada-NyaSupaya Dia tidak murka dan memusnahkan mereka.+
24 Kemudian mereka membenci negeri yang indah itu.+Mereka tidak percaya kepada janji-Nya.+
25 Mereka asyik merungut di dalam khemah masing-masing,+Dan enggan mendengarkan suara Yehuwa.+
26 Oleh itu, Dia mengangkat tangan-Nya dan bersumpahBahawa Dia akan membinasakan mereka di padang belantara.+
27 Dia akan membuat keturunan mereka mati dalam kalangan bangsa-bangsa lain,Dan mencerai-beraikan mereka ke merata tempat.+
28 Kemudian mereka ikut menyembah Baal di Peor,+Dan memakan korban yang dipersembahkan kepada orang mati.*
29 Perbuatan mereka membuat Dia murka,+Lalu mereka diserang wabak penyakit.+
30 Tetapi Pinehas bangkit dan bertindak,Lalu wabak itu pun berhenti.+
31 Perbuatannya itu mendapat perkenan Tuhan,Dari generasi ke generasi dan untuk selama-lamanya.+
32 Mereka membuat Tuhan marah di Sumber Air Meriba,*Dan Musa ditimpa kesusahan kerana perbuatan mereka itu.+
33 Mereka membuat Musa begitu marah,Sehingga dia bercakap tanpa berfikir.+
34 Mereka tidak melenyapkan bangsa-bangsa lain,+Seperti yang telah diperintahkan oleh Yehuwa.+
35 Sebaliknya mereka bergaul dengan bangsa-bangsa itu+Dan meniru* perbuatan mereka.+
36 Mereka asyik menyembah patung-patung berhala bangsa-bangsa itu;+Hal itu menjadi jerat bagi mereka.+
37 Mereka mempersembahkan anak-anak lelakiDan anak-anak perempuan mereka kepada roh-roh jahat.+
38 Tanpa henti, mereka menumpahkan darah orang yang tidak berdosa,+Iaitu darah anak-anak mereka sendiri.Mereka mempersembahkan anak mereka kepada berhala-berhala di tanah Kanaan,+Dan tanah itu menjadi najis kerana darah yang ditumpahkan.
39 Mereka menjadi najis kerana perbuatan mereka.Ya, mereka tidak setia kepada Tuhan.*+
40 Maka Yehuwa menjadi murka terhadap umat-Nya;Dia mula membenci warisan-Nya.
41 Berkali-kali, Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan bangsa-bangsa,+Supaya mereka dijajah oleh orang yang membenci mereka.+
42 Mereka ditindas oleh musuh-musuh mereka,Dan terpaksa tunduk kepada mereka.
43 Berulang kali, Tuhan menyelamatkan mereka,+Tetapi mereka masih memberontak dan mengingkari-Nya.+Oleh itu, mereka dihina kerana kesalahan mereka itu.+
44 Namun Dia nampak mereka menderita,+Dan mendengar seruan mereka untuk meminta tolong.+
45 Demi mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya.Kerana kasih setia-Nya yang melimpah, Dia berasa kasihan terhadap mereka.+
46 Dia akan menyebabkan semua orang yang menawan merekaBerasa kasihan terhadap mereka.+
47 Selamatkanlah kami, ya Yehuwa, Tuhan kami.+Kumpulkanlah kami daripada bangsa-bangsa lain,+Supaya kami dapat memuji nama-Mu yang suci,Dan dapat memberikan pujian kepada-Mu dengan girang hati.+
48 Semoga Yehuwa, Tuhan orang Israel,Dipuji buat selama-lamanya.+
Semua orang pun berkata, “Amin!”*
Pujilah Yah!*
Nota Kaki
^ Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
^ Atau “memahami.”
^ Iaitu, korban-korban yang dipersembahkan kepada orang mati atau tuhan-tuhan yang tidak bernyawa.
^ Maksudnya “Bertengkar; Menentang.”
^ Atau “mempelajari.”
^ Atau “mereka melakukan pelacuran rohani.”
^ Atau “Semoga begitu!”
^ Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.