Mazmur 138:1-8
Mazmur yang digubah oleh Daud.
138 Aku akan memuji-Mu dengan segenap hatiku.+
Di hadapan tuhan-tuhan lain,Aku akan menyanyikan pujian kepada-Mu.
2 Aku akan sujud ke arah Rumah-Mu yang suci+Dan memuji nama-Mu,+Kerana Engkau pengasih dan setia,
Kerana Engkau menjadikan firman-Mu dan nama-Mu lebih agung daripada segala-galanya.*
3 Engkau menjawab ketika aku berseru kepada-Mu;+Engkau menguatkan aku dan memberanikan aku.+
4 Semua raja di bumi akan memuji-Mu, ya Yehuwa,+Kerana mereka telah mendengar tentang janji-janji yang Engkau ucapkan.
5 Mereka akan bernyanyi tentang perbuatan Yehuwa,Kerana kemuliaan Yehuwa besar.+
6 Meskipun Yehuwa begitu agung, Dia akrab dengan* orang yang rendah hati,+Tetapi Dia tidak ingin bersahabat dengan orang yang sombong.*+
7 Ya Tuhan, walaupun aku dalam bahaya, Engkau akan memelihara nyawaku.+
Engkau menghulurkan tangan-Mu untuk menentang musuh-musuhku yang sedang marah;Dengan tangan kanan-Mu, Engkau menyelamatkan aku.
8 Ya Yehuwa, Engkau akan melaksanakan segala-galanya demi aku.
Ya Yehuwa, kasih setia-Mu kekal abadi;+Janganlah tinggalkan manusia yang telah Engkau ciptakan.+
Nota Kaki
^ Atau mungkin, “Kerana Engkau menjadikan firman-Mu lebih besar daripada nama-Mu.”
^ Atau “Dia memperhatikan.”
^ Atau “Tetapi Dia hanya mengenali orang yang sombong dari jauh.”