Mazmur 139:1-24

  • Tuhan mengenali para hamba-Nya dengan baik

    • Tidak dapat melarikan diri daripada kuasa suci Tuhan (7)

    • ‘Aku dicipta dengan luar biasa’ (14)

    • ‘Semasa dalam kandungan ibuku, Engkau melihatku’ (16)

    • “Pimpinlah aku ke jalan yang abadi” (24)

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud. 139  Ya Yehuwa, Engkau menyelidiki aku, dan Engkau mengenali aku.+  2  Engkau mengetahui fikiranku dari jauh.+ Engkau tahu bila aku duduk dan bila aku berdiri.+  3  Engkau memperhatikan aku semasa aku berjalan dan semasa aku berbaring;Engkau mengetahui segala perbuatanku.+  4  Ya Yehuwa, sebelum lidahku mengucapkan sepatah kata pun,Engkau sudah mengetahui apa yang akan aku katakan.+  5  Engkau mengelilingi aku dari segala penjuru;Engkau melindungi aku dengan tangan-Mu.  6  Pengetahuan-Mu tentang diriku terlalu dalam* bagiku, Tidak terjangkau oleh akal fikiranku.+  7  Ke manakah aku dapat pergi untuk menjauhkan diri daripada kuasa suci-Mu?Ke manakah aku dapat lari untuk bersembunyi daripada-Mu?+  8  Jika aku naik ke langit, Engkau ada di sana.Jika aku berbaring di Kuburan,* Engkau juga ada di sana.+  9  Seandainya aku terbang dengan sayap sinar fajarKe laut yang paling jauh dan tinggal di situ, 10  Di sana pun Engkau akan memimpin aku,Dan tangan kanan-Mu akan melindungi aku.+ 11  Jika aku berkata, “Kegelapan akan menyembunyikan aku!” Maka malam yang menyelubungi aku akan menjadi terang. 12  Bagi-Mu, kegelapan itu tidak gelap,Dan malam itu cerah seperti siang;+Bagi-Mu, kegelapan tiada bezanya dengan cahaya.+ 13  Engkau menciptakan ginjalku;Engkau melindungi* aku di dalam rahim ibuku.+ 14  Aku memuji-Mu kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.+ Segala perbuatan-Mu mengagumkan.+Aku benar-benar menyedarinya. 15  Ketika aku dibentuk secara rahsia, Engkau sudah melihat aku;Ketika aku membesar di dalam rahim ibuku,*Engkau melihat tulang-tulangku.+ 16  Semasa aku dalam kandungan ibuku,* Engkau sudah melihat aku.Sebelum bahagian-bahagian tubuhku wujud,Sebelum anggota tubuhku dibentuk,Hari-hari pertumbuhannya sudah tercatat dalam kitab-Mu. 17  Ya Tuhan, betapa berharganya fikiran-Mu bagiku,+ Dan betapa banyak jumlahnya!+ 18  Jika dihitung, bilangannya lebih banyak daripada butir pasir.+ Ketika aku bangun, aku masih bersama-sama-Mu.*+ 19  Ya Tuhan, bunuhlah orang yang jahat+ Dan jauhkanlah orang yang ganas daripadaku. 20  Mereka sengaja bercakap buruk tentang-Mu;Mereka memusuhi-Mu dan menyalahgunakan nama-Mu.+ 21  Ya Yehuwa, aku membenci orang yang membenci-Mu;+Aku jijik terhadap orang yang melawan-Mu.+ 22  Aku betul-betul membenci mereka;+Mereka sudah menjadi musuh ketatku. 23  Ya Tuhan, selidikilah aku dan selamilah hatiku.+ Periksalah aku dan ketahuilah kerunsinganku.+ 24  Periksalah sama ada terdapat kecenderungan yang salah dalam diriku+Dan pimpinlah aku+ ke jalan yang abadi.

Nota Kaki

Atau “menakjubkan.”
Lihat Kamus.
Atau mungkin, “membentuk.”
Atau “Ketika aku dirangkaikan di bahagian bumi yang paling dalam.”
Atau “Semasa aku masih janin.”
Atau mungkin, “aku masih menghitungnya.”