Mazmur 41:1-13

  • Doa orang yang sakit

    • Tuhan memelihara orang yang sakit (3)

    • Dikhianati oleh sahabat karib (9)

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud. 41  Berbahagialah orang yang mengambil berat terhadap orang yang lemah;+Yehuwa akan menyelamatkannya pada masa kesusahan.  2  Orang itu akan dinyatakan sebagai orang yang berbahagia.+ Yehuwa akan menjaganya dan memelihara nyawanya.Tuhan tidak akan menyerahkannya kepada musuh-musuhnya.+  3  Yehuwa akan memeliharanya sewaktu dia kesakitan di katilnya;+Sewaktu dia sakit, Tuhan akan menjaganya sepanjang masa.  4  Aku berkata, “Ya Yehuwa, aku telah berdosa terhadap-Mu.+ Kasihanilah aku+ dan sembuhkanlah aku.”+  5  Musuh-musuhku mengutuk aku dan berkata, “Bilakah dia akan mati dan dilupakan?”  6  Salah seorang daripada mereka datang dengan niat untuk menipu aku. Dia mengumpulkan berita buruk tentang aku,Lalu dia pergi dan menyebarkannya ke merata tempat.  7  Semua orang yang membenci aku berbisik-bisik sesama sendiri;Mereka berkomplot untuk mencelakakan aku.  8  Mereka berkata, “Dia sudah ditimpa bencana;Dia telah dijatuhkan dan dia tidak akan bangun kembali.”+  9  Sahabat karibku yang aku percayai, yang makan bersama-samaku,+Telah mengangkat tumitnya untuk menentang aku.*+ 10  Ya Yehuwa, kasihanilah aku dan pulihkanlah aku,Supaya aku dapat membalas perbuatan mereka. 11  Apabila aku nampak bahawa musuh-musuhku tidak dapat mengalahkan aku,+ Maka tahulah aku bahawa Engkau berkenan kepadaku. 12  Engkau menyokong aku kerana aku setia,+Dan Engkau membolehkan aku berada di hadirat-Mu senantiasa.+ 13  Ya Yehuwa, Tuhan orang Israel,Semoga Engkau dipuji buat selama-lamanya.+ Amin!* Amin!

Nota Kaki

Atau “Telah berpaling tadah; Telah mengkhianati aku.”
Atau “Semoga begitu!”