Mazmur 57:1-11
Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Jangan Binasakan.” Miktam.* Mazmur yang digubah oleh Daud pada masa dia menyembunyikan diri daripada Saul di dalam gua.+
57 Kasihanilah aku, ya Tuhan, kasihanilah aku,Kerana aku berlindung kepada-Mu.+Ya, aku berlindung di bawah naungan sayap-Mu sehingga kesusahanku berlalu.+
2 Ya Tuhan Yang Maha Tinggi, aku berseru kepada-Mu;Ya Tuhan yang benar, aku berseru kepada-Mu kerana Engkaulah yang dapat mengakhiri segala penderitaanku.
3 Dari syurga, Engkau akan membantu dan menyelamatkan aku;+
Engkau akan menggagalkan rancangan orang yang menyerang aku. (Selah)
Engkau akan menunjukkan kasih* dan kesetiaan-Mu kepadaku.+
4 Semasa aku tidur, aku dikelilingi orang yang ingin melahap aku;Aku dikepung oleh musuh yang bagaikan singa.+Gigi mereka seperti tombak dan anak panah,Dan lidah mereka seperti pedang yang tajam.+
5 Ya Tuhan, semoga Engkau dijunjung tinggi melampaui langit;Semoga kemuliaan-Mu terserlah di seluruh bumi!+
6 Kesusahanku bagaikan beban yang berat;+Musuh-musuhku telah memasang jaring untuk memerangkap aku.+
Mereka telah menggali lubang untuk menangkap aku,Tetapi mereka sendiri terjatuh ke dalamnya.+ (Selah)
7 Ya Tuhan, hatiku teguh.+Ya, hatiku tetap teguh.
Aku akan menyanyikan lagu dengan iringan muzik untuk-Mu.
8 Aku akan membangunkan fajar.
Bangunlah, hai batinku!
Bangunlah, hai kecapi; bangunlah, hai alat muzik bertali!+
9 Ya Yehuwa, aku akan memuji Engkau di hadapan semua orang+Dan menyanyikan pujian kepada-Mu di hadapan bangsa-bangsa.+
10 Kasih setia-Mu yang besar setinggi langit,+Dan kesetiaan-Mu sampai ke awan.
11 Ya Tuhan, semoga Engkau dijunjung tinggi melampaui langit;Semoga kemuliaan-Mu terserlah di seluruh bumi!+