Mikha 2:1-13
2 “Malanglah orang yang jahat!Sambil berbaring di katil, mereka merancang apa yang buruk.
Apabila pagi tiba, mereka melaksanakannya,Kerana mereka mampu berbuat demikian.+
2 Apabila mereka menginginkan ladang orang lain, mereka merampasnya;+Apabila mereka menginginkan rumah orang lain, mereka merebutnya.Mereka menggunakan tipu helah untuk mendapatkan rumah seseorang,+Dan mencuri harta pusakanya.
3 Oleh itu, Yehuwa berfirman,
‘Aku merancang untuk mendatangkan malapetaka atas kamu,+ dan kamu tidak akan terlepas.+
Kamu tidak akan berjalan dengan angkuh lagi,+ kerana inilah waktunya kamu ditimpa kesusahan.+
4 Pada masa itu, kamu akan menjadi bahan cerita orang,Mereka akan meratapi keadaanmu.+
Mereka akan berkata, “Habislah kita!+
Tuhan menyerahkan warisan kita kepada orang lain, ya, warisan kita telah hilang!+
Tanah kita telah diberikan kepada bangsa-bangsa yang tidak setia.”
5 Maka tidak ada sesiapa yang akan merentangkan tali pengukur,Untuk membahagi-bahagikan tanah dalam sidang Yehuwa.
6 “Jangan berkhutbah!” kata mereka,“Mereka tidak patut berkhutbah tentang hal-hal ini.Rasa malu tidak akan menimpa kita!”
7 Hai keturunan Yakub, bukankah kamu telah berkata,
“Adakah Yehuwa* hilang sabar?
Adakah semua ini perbuatan Tuhan?”
Bukankah firman-Ku membawa manfaat kepada orang yang baik?
8 Tetapi kebelakangan ini, umat-Ku bangkit sebagai musuh.
Kamu menanggalkan hiasan indah dan* jubah orang yang lalu-lalang.Ya, kamu menanggalkannya daripada orang yang berjalan dengan yakin, seperti mereka yang baru kembali dari perang.
9 Kamu menghalau kaum wanita dalam kalangan umat-Ku dari rumah mereka yang indah.Kamu mengambil semua berkat yang telah Aku curahkan ke atas anak-anak mereka, dan kamu tidak mengembalikannya.
10 Bangunlah dan pergilah! Tempat ini bukanlah tempat untuk berehat.
Tempat ini tercemar,+ maka kemusnahan yang dahsyat akan menimpanya.+
11 Jika seseorang mengejar angin dan tipu daya lalu berkata,
“Aku akan berkhutbah tentang wain dan minuman keras,”
Memang sesuai dia menjadi pengkhutbah bangsa ini!+
12 Tetapi Aku pasti akan mengumpulkan kamu semua, hai Yakub.Aku pasti akan mengumpulkan umat Israel yang tertinggal.+
Aku akan menyatukan mereka, dan mereka akan menjadi seperti biri-biri yang dikumpulkan di dalam sebuah kandang,Seperti kawanan binatang di tengah-tengah padang rumput.+Suasana di situ pasti riuh-rendah.’+
13 Seseorang yang membuka jalan ada di hadapan mereka.Mereka akan merempuh keluar dari pintu gerbang.+
Raja mereka akan berjalan di hadapan mereka.Yehuwa akan memimpin mereka semua.”+