Mikha 3:1-12
3 Aku berkata, “Dengarlah, hai para pemimpin YakubDan ketua-ketua keturunan Israel,+
Bukankah kamu patut mengetahui apa itu keadilan?
2 Tetapi kamu membenci apa yang baik+ dan mencintai apa yang jahat;+Kamu merobek kulit bangsaku dan mencabik daging dari tulang-tulang mereka.+
3 Kamu juga makan daging bangsaku+Dan menanggalkan kulit mereka.Kamu mematahkan dan meremukkan tulang mereka.+Mereka seperti makanan di dalam periuk, ya, seperti daging yang dimasak di dalamnya.
4 Masanya akan tiba apabila kamu akan berseru kepada Yehuwa dan meminta bantuan-Nya,Tetapi Dia tidak akan menjawab.
Pada masa itu, Dia akan memalingkan muka-Nya daripada kamu,+Kerana kamu telah melakukan apa yang jahat.+
5 Para nabi sedang menyesatkan bangsaku.+Apabila gigi mereka dapat mengunyah sesuatu,*+ mereka akan berseru, ‘Kamu akan aman!’+Tetapi jika mulut mereka tidak disuap, mereka akan berteriak, ‘Kamu akan binasa!’Jadi inilah firman Yehuwa kepada nabi-nabi ini:
6 ‘Kamu tidak akan mendapat penglihatan;+ hari akan gelap-gelita bagimu;+Kamu akan diselubungi kegelapan, dan tidak dapat meramalkan apa-apa.*
Matahari akan terbenam untuk para nabi itu,Dan siang hari akan bertukar menjadi gelap.+
7 Orang yang meramalkan masa depan akan dimalukan,+Dan mereka yang mengamalkan ilmu ramal pasti kecewa.
Mereka semua akan menutup mulut* mereka dengan malu,Kerana Tuhan tidak menjawab mereka.’”
8 Tetapi melalui kuasa suci* Yehuwa, aku dipenuhi kekuatan.Aku dapat bertindak dengan adil dan berani,Dan memberitahu Yakub tentang pemberontakannya dan menyatakan dosa Israel.
9 Dengarlah, hai para pemimpin YakubDan ketua-ketua keturunan Israel,+Kamu membenci keadilan dan membengkokkan apa yang lurus.+
10 Kamu mendirikan Sion dengan darah dan membina Yerusalem dengan kejahatan.+
11 Untuk mendapat rasuah, para pemimpin kota melaksanakan keadilan,+Untuk mendapat upah, para imam kota mengajar orang,+Untuk mendapat wang,* para nabi mengamalkan ilmu ramal.+
Mereka kononnya bersandar pada Yehuwa. Mereka berkata,
“Bukankah Yehuwa menyertai kita?+
Kita tidak akan ditimpa malapetaka.”+
12 Disebabkan perbuatan kamu,Sion akan dibajak seperti ladang,Yerusalem akan menjadi runtuhan batu,+Dan gunung tempat Rumah Tuhan akan menjadi seperti gunung yang berhutan.+
Nota Kaki
^ Atau “Apabila mereka dapat menggigit sesuatu.”
^ Atau “tidak dapat mengamalkan ilmu ramal.”
^ Atau “misai.”
^ Atau “perak.”