Nehemia 11:1-36

  • Yerusalem dihuni semula (1-36)

11  Para pemimpin sudah menetap di Yerusalem,+ dan rakyat yang lain membuang undi+ untuk menentukan siapa yang akan tinggal di Yerusalem, kota suci itu. Satu keluarga daripada tiap-tiap 10 keluarga akan dipilih untuk tinggal di kota itu, manakala sembilan yang lain akan tinggal di kota-kota lain. 2  Rakyat memuji orang dalam kalangan mereka yang rela tinggal di Yerusalem. 3  Berikut merupakan ketua-ketua wilayah yang tinggal di Yerusalem. (Orang Israel, para imam, orang Lewi yang lain, hamba-hamba Rumah Tuhan,*+ dan keturunan hamba-hamba Salomo+ tinggal di kota Yehuda yang lain, iaitu di tanah milik mereka.+ 4  Terdapat juga sebilangan orang Yehuda dan Benyamin yang tinggal di Yerusalem.) Daripada kalangan orang Yehuda: Ataia (Ataia ialah anak Uzia, Uzia ialah anak Zakharia, Zakharia ialah anak Amaria, Amaria ialah anak Shefatiya, Shefatiya ialah anak Mahalalel, dan Mahalalel berasal daripada keturunan Perez)+ 5  dan Maaseya (Maaseya ialah anak Barukh, Barukh ialah anak Kolhoze, Kolhoze ialah anak Hazaya, Hazaya ialah anak Adaya, Adaya ialah anak Yoyarib, Yoyarib ialah anak Zakharia, dan Zakharia berasal daripada keturunan Selah). 6  Semua keturunan Perez yang tinggal di Yerusalem berjumlah 468 orang. Mereka semuanya lelaki yang perkasa. 7  Daripada kalangan orang Benyamin: Salu+ (Salu ialah anak Mesulam, Mesulam ialah anak Yoed, Yoed ialah anak Pedaya, Pedaya ialah anak Kolaya, Kolaya ialah anak Maaseya, Maaseya ialah anak Itiel, dan Itiel ialah anak Yeshaya), 8  dan keluarga Gabai serta Salai. Mereka semua berjumlah 928 orang. 9  Yoel anak Zikhri ialah penyelia mereka, dan Yehuda anak Hasenua ialah orang yang kedua berkuasa selepas Yoel. 10  Daripada kalangan para imam: Yedaya anak Yoyarib, Yakhin,+ 11  Serayah (Serayah ialah anak Hilkia, Hilkia ialah anak Mesulam, Mesulam ialah anak Zadok, Zadok ialah anak Merayot, dan Merayot ialah anak Ahitub,+ seorang pemimpin di rumah Tuhan yang benar), 12  dan saudara-saudara mereka yang bekerja di Rumah Tuhan. Mereka semua berjumlah 822 orang. Selain itu, terdapat Adaya (Adaya ialah anak Yeroham, Yeroham ialah anak Pelalia, Pelalia ialah anak Amzi, Amzi ialah anak Zakharia, Zakharia ialah anak Pasyhur,+ dan Pasyhur ialah anak Malkia) 13  dan saudara-saudaranya yang merupakan ketua puak. Mereka semua berjumlah 242 orang. Di samping itu, terdapat juga Amashai (Amashai ialah anak Azarel, Azarel ialah anak Ahzai, Ahzai ialah anak Mesilemot, dan Mesilemot ialah anak Imer) 14  dan saudara-saudaranya yang gagah dan berani. Mereka semua berjumlah 128 orang. Zabdiel ialah pemimpin mereka, dan dia berasal daripada keluarga yang terkemuka. 15  Daripada kalangan orang Lewi: Semaya+ (Semaya ialah anak Hassub, Hassub ialah anak Azrikam, Azrikam ialah anak Hasabia, dan Hasabia ialah anak Buni), 16  Sabetai,+ dan Yozabad,+ iaitu ketua-ketua orang Lewi yang menjaga urusan di luar rumah Tuhan yang benar, 17  dan Matania+ (Matania ialah anak Mikha, Mikha ialah anak Zabdi, Zabdi ialah anak Asaf),+ yang memimpin nyanyian lagu pujian semasa doa diucapkan,+ dan Bakbukia, iaitu pembantu Matania, serta Abda (Abda ialah anak Syamua, Syamua ialah anak Galal, dan Galal ialah anak Yedutun).+ 18  Semua orang Lewi yang tinggal di kota suci itu berjumlah 284 orang. 19  Daripada kalangan penjaga pintu gerbang: Akub, Talmon,+ dan saudara-saudara mereka. Mereka semua terus berkawal di pintu-pintu gerbang, dan mereka berjumlah 172 orang. 20  Orang Israel, para imam, dan orang Lewi yang selebihnya tinggal di kota-kota Yehuda yang lain, iaitu di tanah warisan mereka. 21  Hamba-hamba Rumah Tuhan+ pula tinggal di Ofel,+ dan mereka dipimpin oleh Ziha dan Gispa. 22  Orang Lewi di Yerusalem dipimpin oleh Uzi. (Uzi ialah anak Bani, Bani ialah anak Hasabia, Hasabia ialah anak Matania,+ Matania ialah anak Mika, dan Mika berasal daripada keturunan Asaf, iaitu keturunan para penyanyi.) Uzi bertanggungjawab atas segala pekerjaan di rumah Tuhan yang benar. 23  Raja telah memerintahkan supaya aturan dibuat untuk menjaga keperluan harian para penyanyi ini.+ 24  Petahia anak Mesyezabel, daripada keturunan Zerah anak Yehuda, ialah penasihat raja. Dia menasihati raja dalam segala hal yang berkaitan dengan rakyat. 25  Inilah senarai perkampungan dan ladang-ladang di sekelilingnya: Sebilangan orang Yehuda tinggal di Kiryat-arba+ dan di pekan-pekan sekelilingnya, di Dibon dan di pekan-pekan sekelilingnya, di Yekabzeel+ dan di perkampungan sekelilingnya, 26  di Yeshua, di Molada,+ di Bet-pelet,+ 27  di Hazar-sual,+ di Beer-syeba dan di pekan-pekan sekelilingnya, 28  di Ziklag,+ di Mekona dan di pekan-pekan sekelilingnya, 29  di En-rimon,+ di Zora,+ di Yarmut, 30  di Zanoah,+ di Adulam dan di perkampungan sekelilingnya, di Lakhis+ dan di ladang-ladangnya, dan di Azeka+ dan di pekan-pekan sekelilingnya. Mereka tinggal di kawasan dari Beer-syeba sampai ke Lembah Hinom.+ 31  Orang Benyamin pula tinggal di Geba,+ di Mikhmas, di Aiya, di Bethel+ dan di pekan-pekan sekelilingnya, 32  di Anatot,+ di Nob,+ di Anania, 33  di Hazor, di Rama,+ di Gitaim, 34  di Hadid, di Zeboim, di Nebalat, 35  di Lod, di Ono,+ dan di lembah tukang. 36  Selain itu, beberapa kumpulan orang Lewi yang dahulunya tinggal di Yehuda dipindahkan ke kawasan orang Benyamin.

Nota Kaki

Atau “orang Netinim.” Harfiah, “orang yang diberikan.”