Ulangan 32:1-52
32 “Hai langit, dengarlah kata-kataku.Hai bumi, dengarlah ucapan bibirku.
2 Ajaranku akan turun seperti hujan,Dan kata-kataku seperti embun yang menitis,Seperti hujan rintik-rintik yang turun ke atas rumput,Dan seperti hujan lebat yang membasahi tumbuh-tumbuhan.
3 Aku akan mengisytiharkan nama Yehuwa.+
Aku akan menyatakan keagungan Tuhan kita!+
4 Dia bagaikan gunung batu;Segala haluan-Nya sempurna+ dan saksama.+
Dia Tuhan yang setia+ dan tidak berat sebelah;+Dia Tuhan yang adil dan benar.+
5 Tetapi kamu telah berbuat jahat.+
Kerana kesalahan kamu sendiri, kamu bukan anak-anak Tuhan.+
Kamu merupakan generasi yang jahat dan menyeleweng!+
6 Hai bangsa yang bodoh dan tidak berakal,+Begitukah caranya kamu memperlakukan Yehuwa?+
Bukankah Dia Bapa kamu yang menciptakan kamu?+Bukankah Dia yang menjadikan kamu sebuah bangsa?
7 Ingatlah tentang zaman purbakala;Fikirkanlah tentang generasi-generasi yang lampau.
Tanyalah bapa kamu, dan dia akan memberitahu kamu;+Tanyalah orang tua-tua kamu, dan mereka akan menceritakannya kepada kamu.
8 Apabila Yang Maha Tinggi memberi bangsa-bangsa warisan mereka,+Dan semasa Dia memisahkan keturunan Adam,*+Dia menetapkan sempadan bagi bangsa-bangsa,+Dan Dia juga menentukan sempadan bagi bangsa Israel menurut bilangan mereka.+
9 Umat Yehuwa ialah milik-Nya sendiri;+Sesungguhnya, Yakub ialah milik pusaka-Nya.+
10 Tuhan menjumpai umat-Nya di padang belantara,+Di padang gurun yang didiami binatang buas yang melolong.+
Dia melindungi dan menjaga mereka;+Dia memelihara mereka seperti memelihara biji mata-Nya.+
11 Seperti burung helang yang mengepak-ngepak di udaraUntuk mengajar anaknya terbang,Dan seperti burung helang yang mengembangkan sayapnyaUntuk membawa anaknya di atas kepaknya,+
12 Yehuwa sendiri yang memimpin umat-Nya,*+Tanpa dibantu oleh tuhan-tuhan lain.+
13 Dia menyebabkan mereka berkuasa atas tempat-tempat tinggi di bumi,+Agar mereka dapat menikmati hasil dari ladang mereka.+
Dia memberi mereka madu dari bukit batu,Dan menyebabkan minyak mengalir dari batu-batu.
14 Dia memberi mereka susu daripada kambing dan mentega daripada susu lembu.Dia juga memberi mereka bebiri yang terbaikDan bebiri jantan dari Basan serta banyak kambing jantan.Dia memberi mereka gandum yang bermutu tinggi+Dan wain daripada buah anggur.
15 Hai Yesyurun,* setelah kamu menjadi gemuk, kamu mula memberontak.
Kamu menjadi begitu gemuk, gempal, dan gendut.+
Kamu telah meninggalkan Tuhan yang menjadikan kamu;+Kamu telah menghina Tuhan yang bagaikan gunung batu, iaitu Tuhan yang menyelamatkan kamu.
16 Kamu membuat Tuhan murka dengan menyembah tuhan-tuhan asing;+Kamu menyebabkan Tuhan marah dengan melakukan hal-hal yang jijik.+
17 Kamu mempersembahkan korban kepada roh-roh jahat, dan bukannya kepada Tuhan.+Kamu mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan yang tidak kamu kenali,Iaitu kepada tuhan-tuhan yang baharu,Tuhan-tuhan yang tidak dikenali oleh nenek moyang kamu.
18 Kamu melupakan Tuhan yang bagaikan gunung batu,+ iaitu Tuhan yang telah menciptakan kamu.Kamu tidak ingat akan Tuhan yang telah menyebabkan kamu dilahirkan.+
19 Apabila Yehuwa melihat hal itu, Dia menolak kamu,+Kerana kamu, anak-anak-Nya, telah menyakiti hati-Nya.
20 Maka Tuhan berfirman, ‘Aku akan mengabaikan mereka,+Dan Aku ingin melihat apa yang akan berlaku kepada mereka,
Kerana mereka merupakan generasi yang jahat,+Dan mereka merupakan anak-anak yang tidak setia.+
21 Mereka telah membangkitkan kemurkaan-Ku* dengan menyembah tuhan-tuhan yang tidak berguna;+Mereka telah menyakiti hati-Ku dengan bersujud kepada berhala-berhala yang tidak bernilai.+
Maka Aku akan menyebabkan mereka marah* melalui bangsa yang lain,+Dan Aku akan menyakiti hati mereka melalui bangsa yang bodoh.+
22 Kemurkaan-Ku akan bernyala-nyala seperti api.+Kemurkaan-Ku akan membakar segala sesuatu hingga dasar Kuburan.*+Ya, kemurkaan-Ku akan menghanguskan bumi dan segala hasilnya,Dan membakar habis asas-asas gunung.
23 Aku akan menimpakan lebih banyak bencana kepada mereka;Aku akan melepaskan semua anak panah-Ku ke arah mereka.
24 Mereka akan kehabisan tenaga kerana lapar;+Mereka akan mengalami demam panas dan dilanda kemusnahan yang dahsyat.+
Aku akan mendatangkan binatang buas untuk menerkam mereka+Dan ular* berbisa yang menjalar di tanah untuk mematuk mereka.
25 Di luar rumah, mereka akan dibunuh dengan pedang;+Di dalam rumah, mereka semua akan dicengkam ketakutan,+Baik pemuda mahupun pemudi,Baik orang tua mahupun bayi.+
26 Aku seharusnya berkata, “Aku akan mencerai-beraikan mereka;Aku akan menyebabkan umat manusia melupakan mereka.”
27 Tetapi jika Aku berbuat demikian, musuh akan mempunyai anggapan yang salah.+Aku tidak mahu mereka mencela Aku+ dengan berkata,
“Kami berjaya kerana kuasa kami sendiri,+Dan bukannya Yehuwa yang melakukan semua ini.”
28 Umat ini merupakan suatu bangsa yang tidak berakal;*Mereka sama sekali tidak berpengertian.+
29 Alangkah baiknya jika mereka menunjukkan kebijaksanaan!+
Maka mereka akan merenungkan+ dan memikirkan kesudahan yang menanti mereka.+
30 Bagaimana mungkin seorang dapat mengejar 1,000 orang?Bagaimana mungkin dua orang dapat melawan 10,000 orang?+
Hal itu hanya akan terjadi jika Gunung Batu mereka meninggalkan mereka,+Dan jika Aku, Yehuwa, menyerahkan mereka ke dalam tangan musuh.
31 (Tuhan-tuhan mereka tidak seperti Tuhan kita yang bagaikan gunung batu.+Musuh-musuh kita pun sedar akan hal ini.)+
32 Umat ini bagaikan pokok anggur dari SodomDan bagaikan pokok anggur dari ladang di Gomora.+
Buah anggur mereka beracunDan gugusan anggur mereka sangat pahit.+
33 Wain mereka bagaikan bisa ular,Dan bagaikan racun ular tedung yang sangat berbahaya.
34 Semua perbuatan mereka akan disimpanDan dikunci di dalam gudang-Ku.+
35 Akulah yang akan menuntut pembalasan, dan Akulah yang akan membalas kejahatan.+Akan tiba masanya apabila mereka tersandung;+Hari pembinasaan mereka sudah dekat,Dan segala yang menanti mereka akan datang dengan segera.’
36 Apabila Yehuwa melihat umat-Nya kehabisan tenaga,Dan apabila orang yang lemah dan tidak berdaya sahaja yang tinggal,Dia akan berbelas kasihan terhadap para hamba-Nya;+Dia juga akan mengadili umat-Nya.+
37 Dia akan berfirman, ‘Di manakah tuhan-tuhan mereka,+Yang menjadi tempat perlindungan mereka,
38 Yang selalu makan lemak daripada korban mereka,Dan yang selalu minum korban wain mereka?+
Biarlah tuhan-tuhan itu bangkit dan menolong mereka,
Dan menjadi tempat naungan mereka.
39 Ketahuilah bahawa Akulah satu-satunya Tuhan,+Dan tiada tuhan lain kecuali Aku.+
Aku mencabut nyawa dan Aku memberikan nyawa.+
Aku melukai orang+ dan Aku menyembuhkan orang,+Dan tiada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan mereka daripada tangan-Ku.+
40 Aku mengangkat tangan-Ku lalu bersumpah,“Demi Aku yang hidup selama-lamanya,”+
41 Apabila Aku mengasah pedang-Ku yang berkilauan,Dan bersedia untuk melaksanakan penghakiman-Ku,+Aku akan menghukum semua musuh-Ku,+Dan membalas kejahatan orang yang membenci Aku.
42 Anak panah-Ku akan berlumuran dengan darah,Iaitu darah orang yang dibunuh dan darah orang tawanan.Pedang-Ku akan memotong kepala para pemimpin musuhDan membunuh banyak orang.’
43 Hai bangsa-bangsa, bersukacitalah bersama umat Tuhan,+Kerana Dia akan menuntut pembalasan bagi para hamba-Nya,+Dia akan membalas kejahatan semua musuh-Nya,+Dan Dia juga akan menyucikan tanah umat-Nya.”
44 Musa dan Hoshea*+ anak Nun mengucapkan semua isi lagu itu di hadapan seluruh umat Israel.+
45 Selepas Musa mengucapkan kata-kata itu kepada semua umat Israel,
46 dia berkata lagi kepada mereka, “Ingatlah akan semua amaran yang aku berikan kepada kamu hari ini,+ supaya kamu dapat mengajar anak-anak kamu untuk mematuhi segala yang dinyatakan dalam Hukum* ini.+
47 Semua ajaran ini bukanlah kata-kata kosong, tetapi ajaran ini akan menjamin kehidupan kamu.+ Dengan mematuhinya, kamu dapat hidup lama di tanah yang akan kamu diami di seberang Sungai Yordan.”
48 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa pada hari itu,
49 “Naiklah ke gunung di kawasan Abarim,+ iaitu ke Gunung Nebo,+ yang terletak di negeri Moab yang menghadap Yerikho. Di sana, lihatlah ke arah tanah Kanaan yang akan Aku berikan kepada orang Israel sebagai milik mereka.+
50 Kemudian engkau akan meninggal di gunung yang akan engkau daki itu, dan engkau akan dikebumikan seperti nenek moyangmu. Abangmu Harun juga telah dikebumikan seperti nenek moyangmu setelah dia mati di Gunung Hor.+
51 Hal ini berlaku kerana kamu berdua tidak setia kepada-Ku semasa di Sumber Air Meriba+ yang berdekatan Kades, di padang belantara Zin. Kamu berdua tidak memuliakan Aku di hadapan umat Israel.+
52 Engkau akan melihat tanah itu dari jauh, tetapi engkau tidak boleh memasuki tanah itu yang akan Aku berikan kepada orang Israel.”+
Nota Kaki
^ Atau mungkin, “memisahkan umat manusia.”
^ Iaitu, Yakub.
^ Maksudnya “Yang Lurus Hati,” iaitu gelaran kehormat bagi Israel.
^ Atau “kecemburuan-Ku.”
^ Atau “cemburu.”
^ Atau “reptilia.”
^ Atau mungkin, “yang tidak menghiraukan nasihat.”
^ Nama asal bagi Yosua. Hoshea ialah singkatan bagi Hoshaiah, yang bererti “Diselamatkan oleh Yah; Yah Telah Menyelamatkan.”