Wahyu yang Diterima oleh Yohanes 16:1-21
16 Aku mendengar suara lantang dari Rumah Tuhan*+ berkata kepada tujuh malaikat itu, “Pergilah dan tuangkanlah tujuh mangkuk kemurkaan Tuhan ke atas bumi.”+
2 Malaikat pertama pergi lalu menuangkan isi mangkuknya ke atas bumi.+ Maka bisul yang teruk dan menyakitkan+ timbul pada orang yang mempunyai tanda binatang buas+ dan yang menyembah patungnya.+
3 Malaikat kedua menuangkan isi mangkuknya ke dalam laut.+ Maka laut menjadi seperti darah+ orang mati, dan semua makhluk hidup di dalam laut mati.+
4 Malaikat ketiga menuangkan isi mangkuknya ke dalam sungai dan mata air.+ Maka air berubah menjadi darah.+
5 Aku mendengar malaikat yang berkuasa atas air berkata, “Ya Tuhan yang setia,+ yang sekarang ada, dan yang dahulu ada,+ Engkau adil kerana menjatuhkan hukuman ini.+
6 Oleh sebab mereka menumpahkan darah umat-Mu yang suci dan darah para nabi,+ Engkau telah memberi mereka darah untuk diminum.+ Hukuman itu memang setimpal dengan perbuatan mereka.”+
7 Kemudian aku mendengar mazbah berkata, “Ya Tuhan Yehuwa,* Tuhan Yang Maha Kuasa,+ hukuman-Mu* itu benar dan adil.”+
8 Malaikat keempat menuangkan isi mangkuknya ke atas matahari.+ Maka matahari dibenarkan untuk membakar manusia dengan panas yang terik.
9 Manusia dibakar oleh panas yang terik itu dan mereka menghina nama Tuhan, iaitu Dia yang berkuasa atas tulah-tulah ini. Namun, mereka tidak bertaubat atau memberikan kemuliaan kepada-Nya.
10 Malaikat kelima menuangkan isi mangkuknya ke atas takhta binatang buas itu. Maka kerajaan binatang buas itu menjadi gelap,+ dan manusia mula menggigit lidah kerana kesakitan.
11 Mereka menghina Tuhan yang ada di syurga kerana kesakitan dan bisul mereka, tetapi mereka tidak bertaubat daripada perbuatan mereka.
12 Malaikat keenam menuangkan isi mangkuknya ke dalam Sungai Efrat, sungai besar itu.+ Maka sungai itu menjadi kering+ sehingga jalan tersedia bagi raja-raja+ yang datang dari arah matahari terbit.*
13 Kemudian aku nampak tiga pernyataan najis yang diilhami,* yang kelihatan seperti katak, keluar daripada mulut naga+ dan mulut binatang buas serta mulut nabi palsu.
14 Pernyataan yang diilhami roh-roh jahat itu melakukan tanda-tanda+ dan pergi kepada raja-raja di seluruh bumi lalu mengumpulkan mereka untuk perang+ yang akan tercetus pada hari besar Tuhan Yang Maha Kuasa.+
15 “Lihatlah! Aku akan datang seperti pencuri.+ Berbahagialah orang yang tetap berjaga-jaga+ supaya jubah luarnya tidak diambil. Dengan ini, dia tidak akan berjalan dalam keadaan telanjang, dan orang lain tidak akan melihat keadaannya yang memalukan itu.”+
16 Kemudian raja-raja itu dikumpulkan ke tempat yang disebut Armagedon*+ dalam bahasa Ibrani.
17 Malaikat ketujuh menuangkan isi mangkuknya ke udara, lalu kedengaran suara lantang dari takhta di Rumah Tuhan*+ yang berkata, “Sudah selesai!”
18 Kemudian, kilat sabung-menyabung, bunyi guruh dan suara-suara kedengaran, dan gempa bumi yang dahsyat berlaku. Gempa bumi yang begitu hebat dan dahsyat belum pernah berlaku semenjak manusia ada di bumi.+
19 Kota besar itu+ terbelah menjadi tiga bahagian, dan kota-kota bangsa lain dibinasakan. Tuhan ingat akan Babilon Besar,+ lalu Dia memberinya cawan yang berisi wain kemurkaan-Nya yang besar.+
20 Setiap pulau melarikan diri, dan gunung-gunung tidak dapat dicari.+
21 Kemudian, hujan batu yang dahsyat turun dari langit dan menimpa manusia.+ Berat setiap batu kira-kira 20 kilogram.* Tulah hujan batu+ itu menyebabkan manusia mengutuk Tuhan, kerana tulah itu sangat dahsyat.
Nota Kaki
^ Iaitu, Bilik Maha Suci di dalam Rumah Tuhan.
^ Lihat Lampiran A5.
^ Atau “ketetapan-Mu.”
^ Atau “arah timur.”
^ Harfiah, “tiga roh yang najis.”
^ Yunani, Har Ma·ge·donʹ, daripada istilah Ibrani yang bermaksud “Gunung Megido.”
^ Iaitu, Bilik Maha Suci di dalam Rumah Tuhan.
^ Harfiah, “1 talenta.” Lihat Lampiran B14.