Yehezkiel 19:1-14
-
Lagu ratapan tentang para pemimpin Israel (1-14)
19 “Nyanyikanlah sebuah lagu ratapan tentang para pemimpin Israel.
2 Nyanyikanlah,‘Siapakah ibumu? Dia bagaikan singa betina dalam kalangan singa-singa jantan.
Dia berbaring antara singa-singa jantan yang muda dan ganas, dan dia membesarkan anak-anaknya.
3 Dia membesarkan salah seekor anaknya sehingga menjadi singa muda yang ganas.+
Anak singa itu mampu mencabik mangsa-mangsanya,Dan bahkan membaham manusia.
4 Bangsa-bangsa mendengar tentang anak singa itu, lalu mereka memerangkapnya di dalam lubang.Mereka menyeretnya dengan cangkuk dan membawanya ke Mesir.+
5 Si ibu menantikan kepulangan anaknya, tetapi akhirnya dia sedar bahawa anaknya tidak akan kembali.
Oleh itu, dia membesarkan seekor lagi anak singa sehingga anak singa itu menjadi singa muda yang ganas.
6 Anak singa itu juga berjalan-jalan di antara singa-singa yang lain dan menjadi seekor singa muda yang ganas.
Dia belajar mencabik mangsa-mangsanya, dan dia bahkan membaham manusia.+
7 Dia merayau-rayau di kawasan menara berkubu dan menghancurkan kota-kota mereka.Negeri itu menjadi gersang, dan ngaumannya kedengaran di seluruh negeri itu.+
8 Bangsa-bangsa dari daerah yang berdekatan membentangkan jaring mereka untuk menangkapnya,Lalu mereka memerangkapnya di dalam sebuah lubang.
9 Mereka menyeretnya dengan cangkuk dan mengurungnya, lalu membawanya kepada raja Babilon.
Mereka mengurungnya agar suaranya tidak lagi kedengaran di gunung-gunung Israel.
10 Ibumu ibarat pokok anggur+ dalam darahmu,* ya, dia bagaikan sebatang pokok anggur yang ditanam dekat air.
Pokok itu berbuah lebat dan mempunyai banyak dahan kerana air di situ berlimpah-limpah.
11 Dahan-dahan pokok itu bertumbuh dan menjadi kuat sehingga boleh dijadikan tongkat pemerintah.
Pokok itu bertumbuh lebih tinggi daripada pokok-pokok yang lain,Dan dapat dilihat kerana ketinggiannya dan kerana daunnya yang lebat.
12 Tetapi dengan marah, pokok itu dicabut+ lalu dicampakkan ke tanah.Angin timur bertiup dan mengeringkan buahnya.
Dahannya yang kuat dipatahkan lalu dahan itu menjadi kering+ dan dibakar.+
13 Kini pokok itu ditanam di padang belantara,Di tanah yang gersang dan kering.+
14 Api merebak dari batang pokok itu lalu membakar tunas dan buahnya.Tidak ada lagi dahan yang kuat pada pokok itu untuk dijadikan tongkat pemerintah.+
“‘Inilah lagu ratapan yang akan sentiasa dinyanyikan orang.’”
Nota Kaki
^ Atau mungkin, “pokok anggur di ladang anggurmu.”