Yehezkiel 35:1-15

  • Nubuat tentang pergunungan Seir (1-15)

35  Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2  “Anak manusia, pandanglah ke arah pergunungan Seir+ dan bernubuatlah tentangnya.+ 3  Katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Hai pergunungan Seir, Aku akan melawan engkau. Aku akan menghulurkan tangan-Ku untuk menentang engkau dan menjadikan engkau tanah yang tandus dan gersang.+ 4  Aku akan menyebabkan kota-kotamu menjadi reruntuhan, dan engkau akan menjadi tanah yang tandus dan gersang.+ Barulah engkau akan tahu bahawa Akulah Yehuwa. 5  Engkau sentiasa memusuhi umat Israel,+ dan semasa mereka ditimpa bencana, iaitu pada waktu mereka menerima hukuman terakhir, engkau membiarkan mereka dibunuh.”’+ 6  “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, ‘bahawa Aku akan menyebabkan darahmu ditumpahkan, dan maut* akan memburumu.+ Ya, maut akan memburumu kerana engkau membenci darah orang yang engkau tumpahkan.+ 7  Aku akan menyebabkan kawasan pergunungan Seir menjadi tandus dan gersang,+ dan Aku akan membunuh sesiapa sahaja yang lalu di sana dan datang dari sana. 8  Aku akan memenuhi pergunungan itu dengan mayat. Mayat orang yang telah dibunuh dengan pedang akan bergelimpangan di bukitmu, di lembahmu, dan di semua anak sungaimu. 9  Aku akan menjadikan negerimu tandus dan gersang buat selama-lamanya. Tidak ada sesiapa pun yang akan tinggal di kota-kotamu,+ dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’ 10  “Meskipun Aku, Yehuwa, ada di situ, engkau berkata, ‘Kedua-dua bangsa dan kedua-dua negeri ini akan menjadi milikku. Kita akan menaklukinya.’+ 11  ‘Maka Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, ‘bahawa Aku akan memperlakukan engkau sesuai dengan kemarahan, kebencian, dan kecemburuan yang engkau tunjukkan terhadap mereka.+ Aku akan membuat mereka mengenali-Ku ketika Aku menghakimi engkau. 12  Pada masa itu, engkau akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah mendengar semua hinaan yang telah engkau lontarkan terhadap gunung-gunung Israel. Engkau telah berkata, “Tanah mereka sudah menjadi gersang dan sekaranglah peluang kita untuk membinasakan mereka.” 13  Kamu semua bercakap besar di hadapan-Ku, dan tidak henti-henti menghina Aku.+ Aku telah mendengar semua kata-kata kamu.’ 14  “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Seluruh bumi akan bersorak-sorai semasa Aku menjadikan engkau tempat yang tandus dan gersang, 15  kerana engkau bersorak-sorai semasa warisan bangsa Israel menjadi gersang. Wahai pergunungan Seir, demikianlah caranya Aku akan memperlakukan engkau.+ Ya, seluruh Edom+ akan menjadi reruntuhan yang terbiar dan orang pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”

Nota Kaki

Atau “pertumpahan darah.”