Yeremia 11:1-23
11 Yehuwa menyampaikan perkhabaran berikut kepada Yeremia,
2 “Hai umat-Ku, dengarlah kata-kata dalam perjanjian ini!
“Sampaikanlah* hal ini kepada orang Yehuda dan penduduk Yerusalem.
3 Katakanlah kepada mereka, ‘Yehuwa, Tuhan orang Israel, berfirman, “Terkutuklah orang yang tidak mematuhi kata-kata dalam perjanjian ini,+
4 iaitu perjanjian yang telah Aku berikan kepada nenek moyang kamu pada hari Aku membawa mereka keluar dari Mesir,+ tempat yang bagaikan relau api untuk meleburkan besi.+ Pada hari itu, Aku berfirman, ‘Patuhilah firman-Ku, dan laksanakanlah segala perintah-Ku, maka Aku akan menjadi Tuhan kamu dan kamu akan menjadi umat-Ku.+
5 Aku akan menunaikan janji-Ku kepada nenek moyang kamu, untuk memberi mereka tanah yang melimpah dengan susu dan madu,+ iaitu tanah yang kamu diami sehingga hari ini.’”’”
Aku menjawab, “Amin,* ya Yehuwa.”
6 Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, “Umumkanlah semua hal ini di kota-kota Yehuda dan di jalan-jalan Yerusalem: ‘Dengarlah kata-kata dalam perjanjian ini, dan hendaklah kamu mematuhinya.
7 Pada hari Aku membawa nenek moyang kamu keluar dari Mesir, Aku telah menasihati mereka dengan tegas: “Patuhilah firman-Ku.” Sampai hari ini, Aku masih menasihati mereka tentang hal itu. Ya, Aku telah berbuat demikian berkali-kali.+
8 Namun, mereka menutup telinga mereka dan tidak mahu mendengar. Mereka berkeras untuk mengikut keinginan hati mereka yang jahat.+ Oleh itu, Aku menyebabkan kata-kata dalam perjanjian ini menimpa mereka kerana mereka enggan mematuhi perintah-Ku.’”
9 Yehuwa berfirman kepadaku, “Orang Yehuda dan penduduk Yerusalem berkomplot untuk melawan Aku.
10 Mereka telah melakukan dosa-dosa yang dilakukan oleh nenek moyang mereka, yang enggan mematuhi firman-Ku sejak dahulu lagi.+ Mereka juga melayani dan menyembah tuhan-tuhan lain.+ Bangsa Israel dan bangsa Yehuda telah melanggar perjanjian yang telah Aku buat dengan nenek moyang mereka.+
11 Maka inilah firman Yehuwa: ‘Aku akan mendatangkan malapetaka atas mereka,+ dan mereka tidak akan berjaya melepaskan diri. Apabila mereka berseru kepada-Ku untuk meminta tolong, Aku tidak akan mendengar mereka.+
12 Kemudian penduduk kota-kota Yehuda dan Yerusalem akan pergi kepada tuhan-tuhan lain yang dipuja mereka dengan mempersembahkan korban.* Mereka akan berseru kepada tuhan-tuhan itu dan meminta tolong,+ tetapi tuhan-tuhan itu tidak dapat menyelamatkan mereka pada waktu mereka ditimpa malapetaka.
13 Hai Yehuda, kamu mempunyai banyak tuhan, sebanyak kota-kota kamu. Kamu telah mendirikan banyak mazbah untuk benda* yang memalukan itu, sebanyak jalan-jalan di Yerusalem. Ya, kamu telah mendirikan mazbah-mazbah untuk mempersembahkan korban kepada Baal.’+
14 “Hai Yeremia, janganlah berdoa bagi pihak umat ini. Jangan berseru kepada-Ku atau berdoa bagi pihak mereka+ kerana Aku tidak akan mendengar apabila mereka berseru kepada-Ku sewaktu mereka ditimpa malapetaka.
15 Adakah umat yang Aku kasihi masih layak untuk berada di Rumah-Ku,Meskipun ramai antara mereka telah melakukan rancangan-rancangan yang jahat?
Hai Yehuda, dapatkah mereka mencegah malapetaka yang menimpa engkau dengan korban-korban binatang yang suci?*
Dapatkah engkau bersukacita pada waktu itu?
16 Yehuwa pernah memanggil engkau sebatang pokok zaitun yang subur,Yang lebat dengan buah-buah yang baik.
Tetapi dengan bunyi yang gemuruh, Dia telah membakar pokok itu,Dan mereka telah mematahkan dahan-dahan pokok itu.
17 “Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan yang telah menanammu,+ telah mengumumkan bahawa malapetaka akan menimpa engkau kerana kejahatan yang dilakukan oleh bangsa Israel dan bangsa Yehuda. Bangsa-bangsa ini telah membuat Aku marah dengan mempersembahkan korban kepada Baal.”+
18 Yehuwa telah memberitahu aku supaya aku mengetahuinya;Pada waktu itu, Engkau menunjukkan kepada aku apa yang sedang dilakukan oleh mereka.
19 Aku seperti anak bebiri yang jinak, yang sedang dibawa ke tempat penyembelihan.
Aku tidak tahu bahawa mereka sedang berkomplot untuk menentang aku dengan berkata,+“Marilah kita membinasakan pokok itu dengan buahnya.
Marilah kita bunuh dia,Supaya namanya dilupakan orang.”
20 Tetapi Yehuwa, ketua angkatan syurga, menghakimi orang dengan adil.
Dia memeriksa hati dan fikiran manusia yang tersembunyi.*+
Biarlah aku menyaksikan pembalasan-Mu terhadap merekaKerana aku telah menyerahkan perkaraku ke dalam tangan-Mu.
21 Oleh itu, Yehuwa berfirman kepada orang Anatot+ yang ingin membunuh aku. Mereka pernah berkata kepadaku, “Kamu tidak boleh bernubuat demi nama Yehuwa.+ Jika kamu berbuat demikian, kami akan membunuh kamu”;
22 maka inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: “Aku akan menghukum mereka. Pemuda mereka akan mati dibunuh pedang,+ dan anak-anak mereka akan mati kebuluran.+
23 Tiada seorang pun antara mereka akan selamat kerana Aku akan membawa malapetaka atas orang Anatot+ pada tahun mereka dihukum.”
Nota Kaki
^ Nampaknya Tuhan sedang berfirman kepada Yeremia.
^ Atau “Semoga begitu.”
^ Atau “korban yang dibakar sehingga asap naik.”
^ Atau “tuhan.”
^ Iaitu, korban-korban yang dipersembahkan di Rumah Tuhan.
^ Atau “dan perasaan manusia yang terdalam.” Harfiah, “ginjal.”