Yeremia 48:1-47

  • Nubuat tentang Moab (1-47)

48  Berikut merupakan firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel, berkenaan Moab:+ “Malanglah Nebo+ kerana dia telah dimusnahkan! Kiryataim+ telah dimalukan dan ditawan. Tempat perlindungan* itu telah dimalukan dan diruntuhkan.+  2  Mereka tidak memuji Moab lagi. Di Hesybon,+ mereka merancang kejatuhannya. Mereka berkata, ‘Marilah kita memusnahkan bangsa Moab.’ Hai Madmen, engkau juga patut berdiam diriKerana pedang sedang memburumu.  3  Kedengaran teriakan dari Horonaim.+Ya, terdapat kemusnahan dan kehancuran yang dahsyat.  4  Moab telah dirobohkan. Anak-anaknya yang kecil menangis.  5  Orang berjalan di jalan yang naik ke Luhit sambil menangis. Semasa mereka turun dari Horonaim, mereka mendengar orang meraung kerana malapetaka yang berlaku.+  6  Larilah, dan selamatkanlah diri kamu! Hendaklah kamu menjadi seperti pokok juniper di padang belantara.  7  Hai Moab, engkau bergantung pada kekayaanmu dan perbuatanmu,Maka engkau akan dikalahkan. Kamos+ akan ditawan,Bersama dengan imam-imam dan para pemimpinnya.  8  Pemusnah akan masuk ke dalam setiap kota;Tiada satu kota pun yang akan terlepas.+ Lembah* itu akan dimusnahkan.Tanah rata* juga akan dimusnahkan, seperti yang difirmankan oleh Yehuwa.  9  Buatlah sebuah tanda untuk Moab,Kerana apabila kota-kotanya menjadi reruntuhan, penduduknya akan melarikan diri.Kota-kota itu akan menjadi tempat yang ditakuti orang,Dan tiada orang akan tinggal di sana.+ 10  Terkutuklah orang yang melakukan perintah Yehuwa secara sambil lewa! Terkutuklah orang yang tidak menghunus pedangnya untuk membunuh! 11  Orang Moab hidup dengan aman sejak zaman muda mereka,Dan mereka tidak pernah hidup dalam pembuangan. Mereka seperti wain yang telah dibiarkan mengendap di dalam bekas.Mereka tidak pernah dituang dari satu bekas ke bekas yang lain. Itulah sebabnya rasa wain itu tidak pernah berubah,Dan baunya tetap sama. 12  “‘Lihatlah! Sudah sampai masanya,’ firman Yehuwa, ‘apabila Aku akan mengutus orang untuk menumpaskan mereka. Orang itu akan menterbalikkan mereka dan mengosongkan bekas-bekas mereka, lalu menghancurkan bekas-bekas mereka yang besar. 13  Orang Moab akan berasa malu kerana Kamos, sebagaimana bangsa Israel berasa malu kerana Bethel, yang pernah menjadi harapan mereka.+ 14  Berani kamu berkata, “Kami ialah pahlawan-pahlawan gagah yang bersedia untuk berperang”!’+ 15  ‘Moab telah dibinasakan,Kota-kotanya sudah dicerobohi musuh,+Dan pemuda-pemudanya yang terbaik telah dibunuh,’+ Firman Raja yang bernama Yehuwa, ketua angkatan syurga.+ 16  Orang Moab akan ditimpa malapetaka tidak lama lagi.Kejatuhan mereka akan datang dengan cepat.+ 17  Semua orang yang mengenali mereka,Semua orang di sekeliling mereka akan bersimpati terhadap mereka. Beritahulah mereka, ‘Tongkat yang agung itu, ya, tongkat yang indah itu, sudah patah!’ 18  Hai penduduk Dibon,+ turunlah dari tempatmu yang mulia,Dan duduklah di atas tanah dalam keadaan dahaga,*Kerana pemusnah Moab telah datang kepadamu,Dan dia akan meruntuhkan kubu-kubumu.+ 19  Hai penduduk Aroer,+ berdirilah di tepi jalan dan lihatlah apa yang sedang berlaku! Tanyalah lelaki dan wanita yang sedang melarikan diri, ‘Apakah yang telah berlaku?’ 20  Moab telah dimalukan dan dicengkam rasa gentar. Meraunglah dan berserulah. Umumkanlah di Arnon+ bahawa Moab telah dimusnahkan. 21  “Hukuman telah dijatuhkan atas kawasan tanah rata,*+ iaitu atas Holon, Yahas,+ Mefaat,+ 22  Dibon,+ Nebo,+ Bet-diblataim, 23  Kiryataim,+ Bet-gamul, Bet-meon,+ 24  Keriot+ dan Bozra, serta semua kota di negeri Moab, tidak kira yang jauh atau yang dekat. 25  ‘Kekuatan* Moab telah dihancurkan.Ya, lengannya sudah dipatahkan,’ firman Yehuwa. 26  ‘Buatlah dia mabuk+ kerana dia telah meninggikan dirinya dan menentang Yehuwa.+ Moab berguling-guling di atas muntahnya,Dan dia menjadi bahan ejekan. 27  Bukankah Israel juga menjadi bahan ejekanmu?+ Adakah engkau menggelengkan kepala dan mengutuk diaKerana engkau menemui dia dalam kalangan pencuri? 28  Hai penduduk Moab, keluarlah dari kota-kota kamu dan tinggallah di bukit batu,Seperti burung merpati yang membuat sarangnya di pinggir gaung.’” 29  “Kami telah mendengar tentang kesombongan Moab; dia angkuh sekali.Kami mendengar bahawa dia bongkak, sombong, angkuh, dan tinggi hati.”+ 30  “‘Aku tahu bahawa dia cepat marah,’ firman Yehuwa,‘Namun cakap besarnya kosong belaka. Mereka tidak akan bertindak. 31  Maka Aku akan meraung kerana Moab.Aku akan mengerang kerana seluruh MoabDan Aku akan meratapi orang Kir-heres.+ 32  Hai pokok anggur Sibma,+ tangisan-Ku untukmuLebih daripada tangisan-Ku untuk Yaezer.+ Carang-carangmu yang subur telah bertumbuh merentasi laut. Ya, carang-carangmu sudah sampai ke laut, ke Yaezer. Pemusnah itu telah datang untuk memusnahkanBuah musim panasmu dan hasil tuaian anggurmu.+ 33  Sukacita dan kegembiraan telah dilenyapkan dari kebun buah-buahanDan dari negeri Moab.+ Aku telah menghentikan aliran wain dari tempat memeras anggur. Tiada orang akan memeras anggur sambil bersorak dengan gembira. Suara yang kedengaran bukanlah sorakan kegembiraan.’”+ 34  “‘Kedengaran laungan dari Hesybon+ sampai ke Eleale.+ Mereka meninggikan suara sehingga kedengaran di Yahas.+Kedengaran laungan dari Zoar sampai ke Horonaim+ dan Eglat-selisia. Bahkan air sungai di Nimrim pun akan menjadi kering.+ 35  Orang yang membawa korban ke tempat ibadatDan orang yang mempersembahkan korban kepada tuhannya,Akan Aku lenyapkan dari Moab,’ firman Yehuwa. 36  ‘Itulah sebabnya hati-Ku akan mengeluh seperti bunyi tiupan seruling.*+Ya, hati-Ku akan mengeluh untuk Moab dan orang Kir-heres Kerana kekayaan yang dikumpulkannya akan lenyap. 37  Kepala setiap orang dibotakkan,+Dan janggut setiap orang dicukur. Tangan setiap orang dilukai,+Dan pinggang setiap orang diikat dengan kain guni!’”+ 38  “‘Di atas semua bumbung rumah Moab,Dan di semua dataran kotanya,Akan kedengaran suara ratapan sahaja, Kerana Aku telah memecahkan Moab,Seperti tempayan yang tidak disukai orang,’ firman Yehuwa. 39  ‘Betapa takutnya Moab! Hai penduduk Moab, menangislah! Moab telah berpaling ke belakang kerana malu! Moab telah menjadi bahan ejekan,Dan semua orang di sekitarnya berasa takut setelah melihatnya.’” 40  “Inilah firman Yehuwa: ‘Lihatlah! Sebagaimana burung helang menyambar mangsanya,+Demikian juga musuh akan membentangkan sayap semasa menyerang Moab.+ 41  Pekan-pekan Moab akan ditawan,Dan kubu-kubunya akan ditakluki. Pada hari itu, para pahlawan Moab akan berasa takutSeperti wanita yang sedang bersalin.’” 42  “‘Moab akan dilenyapkan dan tidak akan menjadi sebuah bangsa lagi,+Kerana dia telah meninggikan dirinya di hadapan Yehuwa.+ 43  Ketakutan, lubang, dan perangkap sedang menunggu kamu,Hai penduduk Moab,’ firman Yehuwa. 44  ‘Sesiapa yang mencuba melepaskan diri daripada ketakutan itu akan jatuh ke dalam lubang,Dan sesiapa yang keluar dari lubang itu akan masuk ke dalam perangkap.’ ‘Aku akan mendatangkan tahun untuk menjatuhkan hukuman atas Moab,’ firman Yehuwa. 45  ‘Orang yang melarikan diri tidak berdaya dan hanya dapat berdiri di bawah bayang-bayang Hesybon, Kerana api akan keluar dari HesybonDan nyala api akan keluar dari dalam Sihon.+ Api itu akan membakar dahi Moab,Dan tengkorak semua orang yang suka berperang.’+ 46  ‘Hai Moab, malanglah engkau! Para penyembah Kamos+ sudah lenyap. Anak-anak lelakimu telah ditangkap,Dan anak-anak perempuanmu sudah dibuang negeri.+ 47  Tetapi pada kemudian hari, Aku akan mengumpulkan orang Moab yang telah ditawan,’ firman Yehuwa. ‘Demikianlah hukuman yang akan dijatuhkan atas Moab.’”+

Nota Kaki

Atau “tempat perlindungan yang tinggi.”
Atau “Dataran rendah.”
Atau “Dataran tinggi.”
Atau mungkin, “di atas tanah yang kering.”
Atau “dataran tinggi.”
Harfiah, “Tanduk.”
Iaitu, seruling yang dimainkan untuk lagu ratapan semasa upacara pengebumian.