Yeremia 6:1-30
6 Hai keturunan Benyamin, tinggalkanlah Yerusalem dan bersembunyilah.
Tiuplah trompet+ di Tekoa,+Nyalakanlah api isyarat di Bet-hakherem!
Malapetaka akan datang dari utara dan membawa kehancuran yang besar.+
2 Kota Sion seperti seorang wanita yang cantik dan ayu.+
3 Para gembala dan ternakan mereka akan datang.
Mereka akan mendirikan khemah di sekelilingnya,+Dan ternakan mereka akan meragut rumput di bawah jagaan gembala.+
4 “Bersiaplah* untuk berperang melawan Yerusalem!
Bangkitlah! Marilah kita serang kota itu pada waktu tengah hari!”
“Malanglah kita kerana hari semakin gelap,Dan bayang-bayang petang sudah mula memanjang!”
5 “Bangkitlah! Marilah kita serang kota itu pada waktu malam,Dan hancurkanlah menara-menaranya yang kukuh.”+
6 Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga:
“Potonglah kayu dan binalah benteng untuk mengepung Yerusalem.+
Kota itu haruslah bertanggungjawab atas perbuatannya,Kerana hanya ada penindasan di dalamnya.+
7 Sebagaimana sebuah perigi selalu mengeluarkan air yang sejuk,*Begitu juga kota itu selalu menghasilkan kejahatan.
Keganasan dan kemusnahan sering kedengaran di dalam kota itu;+Aku selalu nampak wabak penyakit di situ.
8 Hai Yerusalem, berwaspadalah. Jika tidak, Aku akan berasa jijik terhadapmu dan meninggalkanmu.+Aku akan menjadikan kotamu tempat yang tandus dan tidak berpenghuni.”+
9 Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga:
“Mereka akan mengumpulkan semua penduduk Israel yang masih hidup seperti orang mengumpulkan sisa-sisa buah anggur.
Hulurkanlah tanganmu sekali lagi seperti orang yang mengumpulkan buah anggur dari pokoknya.”
10 “Aku harus bercakap dan memberikan amaran kepada siapa?
Siapakah yang akan mendengar?
Lihatlah! Telinga mereka tertutup,* maka mereka tidak dapat mendengar.+
Lihatlah! Mereka memandang hina terhadap firman Yehuwa.+Mereka tidak suka mendengarnya.
11 Maka kemurkaan Yehuwa terhadap mereka membara dalam diriku.Aku penat dan tidak dapat menahannya lagi.”+
“Lampiaskanlah kemurkaan-Ku terhadap kanak-kanak di jalan,+Terhadap orang muda yang sedang berkumpul.
Mereka semua akan merasai kemurkaan-Ku, baik suami mahupun isteri,Baik orang tua mahupun orang yang sangat tua.+
12 Rumah-rumah mereka akan diberikan kepada orang lain.Begitu juga dengan ladang dan isteri mereka.+
Aku akan menghulurkan tangan-Ku untuk menentang penduduk negeri ini,” firman Yehuwa.
13 “Baik yang muda mahupun yang tua, mengaut keuntungan dengan cara yang tidak jujur.+Baik nabi mahupun imam, memperdaya orang.+
14 Mereka memandang ringan luka umat-Ku dan mencuba mengubatinya dengan berkata,‘Semuanya aman damai! Semuanya aman damai!’
Meskipun kedamaian tidak wujud.+
15 Adakah mereka berasa malu kerana melakukan semua perbuatan yang jijik itu?
Mereka sama sekali tidak berasa malu!
Mereka bahkan tidak tahu caranya untuk berasa malu!+
Maka mereka akan rebah bersama orang yang sudah rebah.
Apabila Aku menghukum mereka, mereka akan tersandung,” firman Yehuwa.
16 Inilah firman Yehuwa:
“Berdirilah di simpang jalan dan lihatlah.
Tanyalah tentang jalan-jalan purbakala,Tanyalah jalan mana yang baik, dan ikutlah jalan itu,+Agar jiwamu mendapat ketenangan.”
Tetapi mereka menjawab, “Kami tidak akan ikut jalan itu.”+
17 “Aku melantik para pengawal+ yang berkata,‘Dengarlah bunyi tiupan trompet!’”+
Tetapi mereka menjawab, “Kami tidak akan dengar.”+
18 “Hai bangsa-bangsa, dengarlah!
Hai orang yang berkumpul,Ketahuilah apa yang akan terjadi kepada mereka.
19 Hai bumi, dengarlah!
Aku akan mendatangkan malapetaka atas umat ini+Untuk membalas perbuatan jahat mereka,Kerana mereka tidak menghiraukan firman-Ku,Dan mereka menolak hukum-Ku.”*
20 “Apakah gunanya kamu membawa kemenyan putih dari Syeba,Dan rotan wangi dari negeri yang jauh kepada-Ku?
Aku tidak mahu menerima korban bakar kamu,Dan korban-korban kamu tidak menyenangkan hati-Ku.”+
21 Maka inilah firman Yehuwa:
“Aku sedang meletakkan batu-batu sandungan di hadapan umat iniSupaya mereka tersandung.Bapa dan anak,Jiran tetangga dan sahabat handai,Semuanya akan lenyap.”+
22 Inilah firman Yehuwa:
“Lihatlah! Sebuah bangsa akan datang dari negeri di utara.Ya, sebuah bangsa yang kuat akan dibangkitkan dari hujung bumi.+
23 Mereka bersenjatakan busur dan lembing.
Mereka kejam dan tidak berbelas kasihan.
Suara mereka bagaikan bunyi laut yang bergelora,Dan mereka menunggang kuda.+
Hai kota Sion, mereka seperti askar yang mahir, dan mereka akan mengatur barisan perang untuk menyerangmu.”
24 Kami mendapat berita tentang mereka.
Tangan kami tidak bertenaga,+Kami dicengkam rasa takut,Kami menderita seperti wanita yang bersalin.+
25 Janganlah pergi ke ladang,Janganlah berjalan di jalan raya,Kerana musuh membawa pedang;Rasa takut ada di mana-mana sahaja.
26 Hai bangsaku,Kenakanlah kain guni+ dan bergulinglah di atas abu.*
Berkabunglah dan merataplah dengan sedih seperti orang meratapi kematian anak lelaki yang tunggal,+Kerana pemusnah akan menyerang kita secara tiba-tiba.+
27 “Aku telah melantik engkau* untuk memurnikan umat-Ku seperti orang memurnikan logam.Selidikilah mereka;Perhatikanlah dan periksalah haluan mereka.
28 Mereka semua sangat keras kepala.+Mereka pergi ke sana sini dan menyebarkan fitnah.+
Mereka seperti tembaga dan besi;Mereka semua berkelakuan buruk.
29 Meskipun alat peniup api sudah terbakar,
Hanya timah hitam yang keluar dari api.
Sia-sia sahaja orang terus membanting tulang untuk memurnikannya,+Kerana orang yang jahat tidak dapat diasingkan.+
30 Mereka akan dipanggil perak yang tidak bernilai,Kerana Yehuwa telah menolak mereka.”+
Nota Kaki
^ Atau “Sucikanlah diri.”
^ Atau “yang segar.”
^ Harfiah, “Telinga mereka tidak bersunat.”
^ Atau “arahan-Ku.”
^ Perbuatan ini menunjukkan bahawa seseorang sedang berdukacita atau sedang menyesal atas dosa yang dilakukannya.
^ Iaitu, Yeremia.