Yesaya 11:1-16

  • Keturunan Isai akan memerintah dengan adil (1-10)

    • Serigala berehat bersama anak bebiri (6)

    • Pengetahuan tentang Yehuwa akan memenuhi bumi (9)

  • Umat Tuhan yang masih hidup dibawa pulang (11-16)

11  Suatu ranting+ akan keluar daripada tunggul Isai,+Dan suatu tunas+ yang muncul daripada akarnya akan berbuah.  2  Kuasa suci* Yehuwa akan menyertainya* dan memberinya kekuatan.+Kuasa suci Tuhan akan memberinya kebijaksanaan,+ pengertian, dan pengetahuan.Kuasa suci Tuhan akan membolehkannya memberikan nasihat yang baik+Dan mendorongnya untuk menghormati Yehuwa.  3  Dia suka mentaati* Yehuwa.+ Dia tidak menghakimi orang berdasarkan apa yang dilihatnya,Dan dia tidak menegur orang berdasarkan apa yang didengarnya.+  4  Dia akan menghakimi orang yang berkedudukan rendah dengan adilDan memberikan teguran berdasarkan apa yang benar, demi manfaat orang yang rendah hati di bumi. Dia akan menghukum bumi dengan tongkat yang keluar daripada mulutnya+Dan menghapuskan orang jahat dengan nafas yang keluar daripada mulutnya.+  5  Kebaikan akan menjadi ikat pinggangnya,Dan kesetiaan akan menjadi tali pinggangnya.+  6  Serigala akan berehat bersama anak bebiri,+Harimau bintang akan berbaring di sisi anak kambing,Dan anak lembu, singa, dan ternakan yang gemuk, akan tinggal* bersama-sama.+Semua binatang itu akan dipimpin oleh seorang budak kecil.  7  Beruang dan lembu akan makan bersama-sama,Anak beruang dan anak lembu akan berbaring bersama-sama, Dan singa akan makan rumput seperti lembu.+  8  Bayi akan bermain berhampiran sarang ular tedung,Dan anak kecil akan meletakkan tangannya di atas lubang ular berbisa.  9  Di gunung suci Tuhan,+Tiada apa-apa pun yang akan mengakibatkan kecederaan+ atau kerosakan,Kerana pengetahuan tentang Yehuwa akan memenuhi bumi,Sebagaimana air memenuhi laut.+ 10  Pada masa itu, seorang daripada keturunan* Isai+ akan bangkit dan menjadi tanda* kepada bangsa-bangsa.+ Mereka akan datang kepadanya untuk meminta bimbingan.*+Tempat kediamannya akan dimuliakan. 11  Pada masa itu, Yehuwa akan menghulurkan tangan-Nya sekali lagi untuk membawa pulang umat-Nya yang masih hidup di Assyria,+ Mesir,+ Patros,+ Kus,+ Elam,+ Shinar,* Hamat, dan di pulau-pulau.+ 12  Dia akan memberikan satu tanda* untuk bangsa-bangsa, lalu mengumpulkan umat Israel yang tercerai-berai+ dan orang Yehuda yang tersebar di keempat-empat penjuru bumi.+ 13  Efraim tidak akan berasa cemburu lagi,+Dan orang yang memusuhi Yehuda akan dilenyapkan. Efraim tidak akan iri hati terhadap Yehuda,Dan Yehuda tidak akan memusuhi Efraim.+ 14  Mereka akan bersama-sama pergi ke arah barat untuk menyerang lereng-lereng di kawasan orang Filistin,Dan mereka akan menjarah barang orang dari Timur. Mereka akan mengalahkan orang Edom+ dan Moab,+Dan orang Ammon akan tunduk kepada mereka.+ 15  Yehuwa akan membelah* air di teluk Mesir,+Dan Dia akan mengayunkan tangan-Nya di atas Sungai Efrat.+ Dia akan menyerang tujuh batang anak sungai di sana* dengan nafas-Nya yang panas,Sehingga orang dapat menyeberangi sungai dengan berjalan kaki. 16  Bagi umat-Nya yang masih hidup, akan ada sebuah jalan besar+ untuk keluar dari Assyria,+Seperti pada waktu orang Israel keluar dari Mesir.

Nota Kaki

Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.
Merujuk kepada “ranting” dan “tunas” di ayat 1.
Atau “takut akan; menghormati.”
Atau mungkin, “makan.”
Atau “Bangsa-bangsa akan mencarinya.”
Atau “tiang penanda.”
Harfiah, “akar.”
Iaitu, Babilonia.
Atau “tiang penanda.”
Atau mungkin, “mengeringkan.”
Atau mungkin, “Dia akan menyebabkan Sungai Efrat berpecah menjadi tujuh batang anak sungai.”