Yesaya 17:1-14

  • Perkhabaran tentang Damsyik (1-11)

  • Yehuwa akan menengking bangsa-bangsa (12-14)

17  Berikut merupakan perkhabaran tentang Damsyik:+ “Damsyik tidak akan kekal sebagai sebuah kota,Tetapi akan menjadi timbunan reruntuhan.+  2  Kota-kota di Aroer+ akan ditinggalkan.Ternakan akan berbaring di situDan tidak dihalau oleh sesiapa pun.  3  Kota-kota berkubu di Efraim+ akan lenyap,Begitu juga dengan kerajaan Damsyik.+Seperti yang berlaku kepada orang Israel,Orang Siria yang masih hidup akan kehilangan kemuliaan mereka,” firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.  4  “Pada masa itu, kemuliaan Yakub akan lenyap,Dan tubuhnya yang sihat akan menjadi kurus.  5  Keadaan keturunan Yakub akan menjadi seperti ladang gandum di Lembah* Refaim+ yang sudah dituai.Orang yang mengumpulkan batang gandum dan menuai bulir-bulir gandum di situ,Hanya akan mendapat hasil yang sedikit.  6  Hanya sedikit daripada keturunan Yakub yang akan terselamat.Keadaan mereka akan menjadi seperti dahan-dahan pokok zaitun yang sudah dipukul: Pada dahan-dahan yang paling atas, hanya tertinggal dua atau tiga biji buah zaitun yang masak;Pada dahan-dahan yang subur pula, hanya tertinggal empat atau lima biji buah zaitun yang masak,”+ firman Yehuwa, Tuhan orang Israel. 7  Pada masa itu, orang akan berharap kepada Pencipta mereka; mereka akan memandang Tuhan Israel Yang Suci. 8  Mereka tidak akan memandang mazbah+ buatan mereka sendiri.+ Mereka juga tidak akan berharap kepada karya tangan mereka sendiri, iaitu tiang-tiang suci* atau tempat membakar kemenyan.  9  Pada masa itu, kota-kota yang kukuh akan menjadi seperti tempat yang terbiar di dalam hutan.+Tempat itu akan menjadi tandus,Seperti dahan yang dibiarkan di hadapan orang Israel. 10  Hai Yerusalem, engkau telah melupakan Tuhan+ yang menyelamatkan engkau.Engkau tidak ingat akan Tuhan yang bagaikan gunung batu+ dan kubumu. Itulah sebabnya engkau membuat kebun-kebun yang indahDan menanam tunas yang diambil daripada orang asing* di kebun-kebun itu. 11  Engkau mendirikan pagar pada siang hari untuk melindungi kebunmu,Dan engkau membuat benih yang engkau tanam bercambah pada waktu pagi.Namun, engkau tidak akan menuai sebarang hasil pada hari engkau menghidap penyakit dan menderita kesakitan yang tidak dapat disembuhkan.+ 12  Dengarlah! Ada kekecohan dalam kalangan bangsa-bangsa.Mereka bising seperti lautan yang bergelora! Bangsa-bangsa menjadi gempar.Jerit pekik mereka kedengaran seperti deruman air yang mengalir deras! 13  Suara yang kuat, seperti air yang mengalir deras, akan kedengaran daripada bangsa-bangsa. Tuhan akan menengking mereka, dan mereka akan melarikan diri ke tempat yang jauh.Keadaan mereka akan menjadi seperti sekam di gunung yang diterbangkan angin,Dan seperti tumbuhan berduri yang ditiup angin ribut. 14  Perkara yang menakutkan akan berlaku pada waktu senja, Dan sebelum pagi tiba, musuh-musuh sudah tiada. Itulah yang akan berlaku kepada orang yang merampas harta kita.Demikianlah kesudahan orang yang menjarah kita.

Nota Kaki

Atau “Dataran Rendah.”
Lihat Kamus.
Atau “daripada dewa bangsa asing.”