Yesaya 2:1-22
2 Berikut merupakan penglihatan tentang Yehuda dan Yerusalem, yang diberikan kepada Yesaya anak Amoz:+
2 Pada hari-hari terakhir,Gunung tempat Rumah YehuwaAkan berdiri teguh dan menjadi lebih tinggi daripada puncak gunung yang lain+Serta menjadi lebih tinggi daripada semua bukit.Orang daripada segala bangsa akan berduyun-duyun ke sana.+
3 Banyak bangsa akan datang dan berkata,
“Marilah kita naik ke gunung YehuwaDan ke Rumah Tuhan Yakub.+
Dia akan mengajar kita haluan-Nya,Dan kita akan mengikut jalan-Nya.”+
Hukum* akan keluar dari Sion,Dan firman Yehuwa akan keluar dari Yerusalem.+
4 Dia akan menghakimi bangsa-bangsaDan menyelesaikan perselisihan antara bangsa-bangsa.
Mereka akan menempa pedang menjadi bajak*Dan tombak menjadi pisau pemangkas.+
Satu bangsa tidak akan mengangkat pedang untuk melawan bangsa yang lain,Dan mereka tidak akan belajar berperang lagi.+
5 Hai keturunan Yakub,Marilah kita hidup dalam cahaya Yehuwa.+
6 Ya Tuhan, Engkau telah meninggalkan umat-Mu, keturunan Yakub,+Kerana negeri mereka penuh dengan hal-hal dari Timur;Mereka mengamalkan ilmu sihir+ seperti orang Filistin,Dan ada banyak keturunan bangsa asing dalam kalangan mereka.
7 Negeri mereka penuh dengan perak dan emas,Dan harta benda mereka tidak terhingga.
Kuda di negeri mereka banyak sekali,Dan kereta kuda mereka tidak terhitung.+
8 Negeri mereka penuh dengan tuhan-tuhan yang tidak bernilai.+
Mereka sujud kepada patung yang dibuat oleh tangan mereka sendiri,Dan kepada berhala yang dihasilkan oleh jari mereka sendiri.
9 Jika mereka memalukan diri dengan cara sebegitu, mereka akan dihina.Mustahil Tuhan akan mengampuni mereka.
10 Mereka akan masuk ke dalam celah-celah batu dan menggali lubang di tanah untuk bersembunyi,Kerana kemurkaan Yehuwa amat menakutkan,Dan kerana kemuliaan-Nya sungguh menakjubkan.+
11 Harinya akan tiba apabila orang yang angkuh akan menundukkan kepala,Dan orang yang sombong akan direndahkan.
Pada hari itu, hanya Yehuwa yang akan diagungkan.
12 Hari Yehuwa, ketua angkatan syurga,+
Akan menimpa setiap orang yang sombong dan angkuh,Dan akan menimpa semua orang, baik yang disanjung mahupun yang dihina.+
13 Hari itu akan menimpa semua pokok sedar di Lebanon yang berdiri megah,Dan akan menimpa semua pokok oak di Basan.
14 Hari itu akan menimpa semua gunung yang menjulang tinggi,Dan akan menimpa semua bukit yang tinggi.
15 Hari itu akan menimpa setiap menara yang tinggi dan setiap tembok yang kukuh.
16 Hari itu akan menimpa semua kapal di Tarsis,+Dan akan menimpa semua perahu yang cantik.
17 Pada hari itu, orang yang angkuh akan menundukkan kepala,Dan orang yang sombong akan direndahkan.
Pada hari itu, hanya Yehuwa yang akan diagungkan.
18 Tuhan-tuhan yang tidak berguna akan lenyap sama sekali.+
19 Pada waktu Yehuwa bangkit untuk membuat bumi menggeletar ketakutan,Orang akan masuk ke dalam gua batu,+Dan masuk ke dalam lubang di tanah,Kerana kemurkaan-Nya amat menakutkan,Dan kerana kemuliaan-Nya sungguh menakjubkan.+
20 Pada hari itu, orang akan mengambil patung-patung yang disembah mereka,Iaitu patung-patung tidak berguna yang dibuat daripada perak dan emas,Dan membuang semuanya kepada tikus* dan kelawar.+
21 Pada waktu Yehuwa bangkit untuk membuat bumi menggeletar ketakutan,Mereka akan masuk ke dalam gua batu,Dan masuk ke dalam lubang di tanah,Kerana kemurkaan-Nya amat menakutkan,Dan kerana kemuliaan-Nya sungguh menakjubkan.
22 Janganlah percaya kepada manusia fana.Mereka pun harus bernafas agar dapat terus hidup.
Jadi, dapatkah mereka membantu kamu?
Nota Kaki
^ Atau “Ajaran.”
^ Harfiah, “mata bajak.”
^ Atau “tikus kesturi.” Sejenis mamalia kecil yang kuat makan.