Yesaya 25:1-12
25 Ya Yehuwa, Engkaulah Tuhanku.
Aku akan mengagungkan Engkau dan memuji nama-Mu,Kerana Engkau telah melakukan hal-hal yang mengagumkan.+Engkau setia+ dan dapat dipercayai;Engkau pasti melaksanakan tujuan yang telah Engkau tetapkan sejak purbakala.+
2 Engkau merobohkan menara orang asingDan membuat kubu-kubu mereka menjadi reruntuhan.
Engkau menyebabkan kota mereka menjadi timbunan batu,Yang tidak akan dibina semula.
3 Itulah sebabnya Engkau akan dipuji oleh bangsa yang perkasaDan ditakuti di kota bangsa-bangsa yang kejam.+
4 Engkau menjadi kubu bagi orang yang lemahDan kubu bagi orang miskin yang menghadapi kesusahan.+
Engkau ialah tempat perlindungan daripada ributDan tempat bernaung daripada panas terik.+
Biarpun kemarahan orang yang zalim seperti ribut yang menghentam dinding,
5 Dan seperti panas terik di tanah yang tandus,Engkau membungkam orang asing yang riuh-rendah.
Sebagaimana bayang-bayang awan menghilangkan panas terik,Engkau membungkam orang yang kejam supaya mereka tidak bernyanyi lagi.
6 Di gunung-Nya,+ Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan menyediakan jamuan bagi semua bangsa.+Dia akan menghidangkan makanan yang terbaikDan makanan yang paling bermutu.*Dia juga akan menyediakan wain pilihan,Iaitu wain terbaik yang ditapis.
7 Di gunung itu, Dia akan menghapuskan kain yang menyelubungi semua orangDan menyingkirkan selubung yang menutupi segala bangsa.
8 Dia akan melenyapkan* kematian buat selama-lamanya.+Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, akan menghapuskan air mata daripada setiap wajah+
Dan menghilangkan kehinaan yang ditanggung oleh umat-Nya di serata bumi.Hal itu pasti akan berlaku kerana Yehuwa sendiri telah berfirman tentangnya.
9 Pada masa itu, mereka akan berkata,
“Lihatlah! Dialah Tuhan kita!+
Kita berharap kepada-Nya,+Dan Dia akan menyelamatkan kita.+
Dialah Yehuwa!
Kita bergantung pada-Nya.
Marilah kita bergembira dan bersukacita kerana Dia menyelamatkan kita.”+
10 Yehuwa akan melindungi gunung itu+ dengan tangan-Nya,*Tetapi orang Moab akan dipijak-pijak di negeri mereka sendiri,+Seperti jerami yang dipijak-pijak di atas timbunan baja.
11 Dia akan merentangkan tangan-Nya untuk memukul Moab,Seperti seorang perenang yang merentangkan tangannya untuk memukul air semasa berenang.Dengan gerakan tangan-Nya yang tangkas,Dia akan merendahkan Moab yang angkuh.+
12 Dia akan merobohkan kota Moab yang berkubuDan meruntuhkan tembok pertahanannya yang tinggi.Semua itu akan dibinasakan dan menjadi seperti debu di tanah.
Nota Kaki
^ Atau “makanan terbaik yang penuh dengan sumsum tulang.”
^ Harfiah, “menelan.”
^ Atau “Yehuwa akan meletakkan tangan-Nya di atas gunung itu.”