Yesaya 31:1-9
31 Malanglah mereka yang pergi ke Mesir untuk meminta bantuan!+
Mereka bergantung pada kuda,+Berharap kepada kuda perang* yang kuat,Dan menaruh keyakinan kepada kereta kuda yang banyak.
Mereka tidak bersandar pada Tuhan Israel Yang Suci;Mereka tidak mencari Yehuwa.
2 Tetapi Tuhan bijaksana dan akan mendatangkan malapetaka.
Dia pasti melaksanakan apa yang difirmankan-Nya.
Dia akan bangkit untuk menentang kumpulan orang jahatDan menghukum mereka yang menolong para penjahat.+
3 Orang Mesir hanyalah insan belaka, bukannya Tuhan.
Kuda-kuda mereka hanyalah darah dan daging, bukannya makhluk roh.+
Ketika Yehuwa menghulurkan tangan-Nya,Sesiapa yang memberikan bantuan akan tersandungDan sesiapa yang dibantu akan jatuh.
Kedua-duanya akan musnah pada masa yang sama.
4 Yehuwa berfirman kepadaku,“Walaupun semua gembala dipanggil untuk mengusir seekor singa muda yang kuat,Singa itu hanya akan menggeram sambil menjaga mangsanya.
Biarpun mereka memekik dan berteriak-teriak,Singa itu tidak akan takut atau mengalah.
Begitulah keadaannya apabila Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga,Turun ke Gunung Sion untuk berperang demi gunung itu dan puncaknya.
5 Seperti burung yang terbang berdekatan anak-anaknya, demikian juga Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan melindungi Yerusalem.+
Aku akan mempertahankan dan menyelamatkan Yerusalem;Aku akan membela dan membebaskannya.”
6 “Hai umat Israel, kamu telah berdosa kerana asyik memberontak terhadap-Ku. Namun, kembalilah kepada-Ku.+
7 Masanya akan tiba apabila kamu semua akan membuang berhala-berhala kamu yang tidak berguna, iaitu patung-patung yang kamu hasilkan daripada emas dan perak dengan tangan yang berdosa.
8 Orang Assyria akan dimusnahkan dengan pedang, tetapi bukan dengan pedang manusia.
Ya, pedang yang akan membinasakan mereka bukanlah pedang manusia.+
Mereka akan melarikan diri daripada pedang itu,Dan orang muda dalam kalangan mereka akan dipaksa bekerja sebagai hamba.
9 Orang yang bagaikan batu perlindungan mereka akan lari ketakutan,Dan para pemimpin mereka akan gentar ketika melihat tiang bendera,” firman Yehuwa,Tuhan yang cahaya-Nya* berada di Sion dan yang relau api-Nya terletak di Yerusalem.