Yesaya 33:1-24
33 Malanglah kamu,* hai pemusnah yang belum dimusnahkan!+
Malanglah kamu, hai pengkhianat yang belum dikhianati!
Setelah kamu selesai mendatangkan kemusnahan, kamu sendiri akan dimusnahkan.+
Setelah kamu selesai berbuat khianat, kamu sendiri akan dikhianati.
2 Ya Yehuwa, kasihanilah kami.+
Kami berharap kepada-Mu.
Jadilah kekuatan kami+ setiap pagiDan selamatkanlah kami pada masa kesusahan.+
3 Bangsa-bangsa melarikan diri ketika mendengar suara-Mu mengguntur.
Mereka tercerai-berai semasa Engkau bangkit.+
4 Hai musuh-musuh, orang akan merampas harta kamu, sebagaimana kawanan belalang juta melahap makanan.Apabila orang menyerbu kamu dan menjarah harta kamu, keadaannya seperti serbuan kawanan belalang juta.
5 Yehuwa akan diagungkan,Kerana Dia tinggal di tempat tinggi!
Dia akan menegakkan keadilan dan melakukan apa yang benar di Sion.
6 Hai umat Tuhan, Tuhanlah yang mendatangkan kedamaian dan membawa penyelamatan yang besar.+Dialah yang mengurniakan kebijaksanaan dan pengetahuan yang berlimpah-limpah.Semua itu, termasuk rasa takut akan Yehuwa,+ akan menjadi harta yang berharga bagi kamu.*
7 Lihatlah! Orang yang gagah berseru-seru di jalan,Dan para utusan yang berusaha mencapai pendamaian menangis dengan pilu.
8 Jalan besar sudah menjadi sunyi sepi;Tiada orang yang lalu di jalan itu.
Musuh kita telah memungkiri perjanjian yang dibuat;Mereka telah menghina* kota-kota;Mereka tidak mengendahkan sesiapa pun.+
9 Tanah meratap* dan menjadi tandus.
Lebanon dimalukan+ dan mereput.
Saron menjadi seperti padang gurun,Dan semua dedaun di Basan dan Karmel gugur.+
10 “Sekarang Aku akan bangkit,” firman Yehuwa,“Sekarang Aku akan memuliakan diri-Ku;+Sekarang Aku akan mengagungkan diri-Ku.
11 Segala rancangan dan perbuatan kamu sia-sia sahaja; semua itu bagaikan rumput kering dan jerami.
Sikap dan fikiran kamu bagaikan api yang akan membinasakan kamu.+
12 Kamu akan menjadi seperti kapur yang dibakar,
Dan seperti semak berduri yang dipotong lalu dibakar dalam api.+
13 Hai orang yang berada di tempat yang jauh, dengarlah tentang apa yang akan Aku lakukan!
Hai orang yang berada di tempat yang dekat, akuilah keperkasaan-Ku!
14 Orang yang berdosa di Sion berasa takut;+Orang yang murtad berasa gentar. Mereka bertanya,
‘Siapakah antara kita yang dapat tinggal berdekatan api yang membara?+
Siapakah dalam kalangan kita yang dapat tinggal berhampiran api yang tidak dapat dipadamkan?’
15 Orang yang sentiasa melakukan apa yang benar,+Yang jujur dalam kata-katanya,+Yang menolak keuntungan yang diperoleh secara tidak jujur,Yang tidak menghulurkan tangannya untuk menerima rasuah,+Yang menutup telinganya agar tidak mendengar tentang rancangan pembunuhan,Dan yang memejamkan matanya supaya tidak melihat kejahatan,
16 Akan tinggal di tempat yang tinggi;Dia akan mendapat perlindungan di gunung batu yang kukuh;Dia akan sentiasa mempunyai makanan,Dan air minumannya tidak akan berkekurangan.”+
17 Hai bangsaku, kamu akan melihat seorang raja yang mulia;Kamu akan melihat sebuah negeri yang terletak jauh daripada kamu.
18 Ketika hati kamu teringat akan* kengerian yang pernah berlaku, kamu akan bertanya,
“Di manakah setiausaha?
Di manakah orang yang membayar ufti?+
Di manakah orang yang mengira menara?”
19 Kamu tidak lagi akan melihat bangsa yang biadab itu,Yang bahasanya terlalu susah untuk dimengerti,Dan yang cara pertuturannya tidak kamu fahami.+
20 Pandanglah kota Sion, tempat kita mengadakan perayaan!+
Kamu akan melihat Yerusalem menjadi tempat tinggal yang aman,Yang khemahnya tidak akan dipindahkan,+
Yang pasak khemahnya tidak akan dicabut,Dan yang tali khemahnya tidak akan diputuskan.
21 Di sana, Yehuwa, Tuhan Yang Maha Mulia, akan melindungi kita,Sepertimana aliran-aliran sungai dan saluran air yang lebar melindungi sesebuah kota.Biarpun musuh datang dengan pasukan kapal perang dan kapal-kapal yang besar,Mereka tidak dapat lalu di kawasan itu.
22 Yehuwa ialah Hakim kita;+Yehuwa ialah Pemberi Hukum kita;+Yehuwa ialah Raja kita;+Dialah yang akan menyelamatkan kita!+
23 Tali-tali di kapal musuh akan menjadi kendur,Sehingga tidak dapat mengukuhkan tiang kapal atau mengembangkan layar.
Pada masa itu, jarahan yang dibahagikan akan begitu banyak,Sehingga orang tempang pun akan mendapat bahagian yang besar.+
24 Tiada sesiapa pun di negeri itu yang akan berkata, “Aku sakit.”+
Dosa penduduk negeri itu sudah diampunkan.+
Nota Kaki
^ Merujuk kepada orang Assyria.
^ Atau mungkin, “harta yang diberikan oleh Tuhan.”
^ Harfiah, “menolak.”
^ Atau mungkin, “mengering.”
^ Atau “merenungkan.”