Yesaya 49:1-26
49 Dengarlah aku, hai penduduk pulau-pulau.Berikanlah perhatian, hai bangsa-bangsa di tempat yang jauh.+
Sebelum aku dilahirkan, Yehuwa telah memanggil aku.+
Semasa aku dalam kandungan ibuku, Dia telah menyebut namaku.
2 Dia membuat mulutku menjadi seperti pedang yang tajam;Dia melindungi aku dengan tangan-Nya.+
Dia menjadikan aku seperti anak panah yang ditajamkan;Dia menyimpan aku di dalam bekas anak panah-Nya.
3 Dia berfirman kepadaku, “Hai Israel, engkaulah hamba-Ku.+Melalui engkau, Aku akan menunjukkan keagungan-Ku.”+
4 Tetapi aku berkata, “Sia-sia sahaja usahaku.
Aku telah menghabiskan tenagaku untuk perkara yang tidak berguna.
Namun, Yehuwalah yang menghakimi aku,*Dan Tuhan akulah yang akan memberi aku ganjaran.”+
5 Yehuwa telah membentuk aku dan menjadikan aku hamba-Nya sejak aku dalam rahim.Sekarang, Dia berfirman bahawa aku harus membawa keturunan Yakub kembali kepada-Nya,Supaya orang Israel dikumpulkan di hadapan-Nya.+
Aku akan dimuliakan dalam pandangan Yehuwa,Dan Tuhanku akan menjadi sumber kekuatanku.
6 Tuhan juga berfirman, “Hai hamba-Ku,Engkau bukan sahaja akan memulihkan suku-suku keturunan YakubDan membawa kembali orang Israel yang terselamat,
Aku juga melantik engkau sebagai cahaya bagi bangsa-bangsa,+Supaya penyelamatan daripada-Ku disampaikan ke hujung-hujung bumi.”+
7 Yehuwa, Penebus Israel, Tuhan Israel Yang Suci,+ berfirman kepada dia yang dihina,+ yang dibenci oleh bangsanya, dan yang menjadi hamba para penguasa,
“Raja-raja akan berdiri kerana apa yang dilihat oleh mereka,Dan para pemimpin akan bersujudSebagai tanda hormat kepada Aku, Yehuwa, Tuhan yang setia,+Tuhan Israel Yang Suci, yang telah memilih engkau.”+
8 Yehuwa berfirman,
“Pada masa yang Aku perkenankan, Aku mendengarkan engkau.+Pada hari penyelamatan, Aku menolong engkau;+Aku sentiasa melindungi engkau supaya engkau menjadi perjanjian antara Aku dengan manusia,+Agar negeri ini dipulihkan,Agar harta warisan yang terbiar dikembalikan kepada pemiliknya,+
9 Dan agar engkau berkata kepada para banduan, ‘Keluarlah!’+
Dan berkata kepada orang yang berada dalam kegelapan,+ ‘Tampillah ke depan!’
Mereka akan mendapat makanan di sepanjang jalan,Dan bahkan setiap jalan yang sering dilalui* akan menjadi padang rumput bagi mereka.
10 Mereka tidak akan lapar atau dahaga.+Matahari atau panas terik juga tidak akan mencederakan mereka,+
Kerana Aku akan mengasihani mereka, memimpin mereka,+Dan membawa mereka ke sumber-sumber air.+
11 Aku akan mengubah gunung-gunung-Ku menjadi jalan,Dan semua jalan besar-Ku akan ditinggikan.+
12 Lihatlah mereka yang datang dari jauh itu!+Ada yang datang dari utara, ada yang datang dari barat,Dan ada yang datang dari negeri Sinim.”+
13 Bersoraklah hai langit, dan bersukacitalah hai bumi;+
Berserulah dengan gembira hai gunung-gunung,+
Kerana Yehuwa telah melegakan hati umat-Nya+Dan menunjukkan belas kasihan kepada umat-Nya yang ditindas.+
14 Tetapi Sion terus berkata,
“Yehuwa telah meninggalkan aku.+ Yehuwa telah melupakan aku.”+
15 “Mungkinkah seorang ibu melupakan anak yang disusuinyaAtau tidak mengasihi anak dalam kandungannya?
Sekalipun ibu melupakan anaknya, Aku tidak akan melupakan engkau.+
16 Lihatlah! Aku telah mengukir namamu pada tapak tangan-Ku.
Aku sentiasa memperhatikan tembok-tembokmu.
17 Anak-anakmu bergegas pulang,
Dan orang yang merobohkan engkau dan membinasakan engkau akan menjauhimu.
18 Pandanglah di sekelilingmu.
Anak-anakmu sedang berkumpul+
Dan datang kepadamu.”
Yehuwa berfirman, “Aku bersumpah demi diri-Ku sendiriBahawa mereka semua akan menjadi seperti perhiasan yang engkau pakai,Seperti barang kemas yang dikenakan pada pengantin perempuan.
19 Dahulu negerimu dibinasakan dan menjadi reruntuhan yang terbiar,+Tetapi kini negerimu terlalu sempit untuk didiami,+Dan mereka yang memusnahkan engkau+ akan menjauhimu.+
20 Setelah kehilangan anak-anakmu, engkau telah mendapat anak-anak yang lain.Anak-anak itu akan berkata kepadamu,
‘Negeri ini terlalu sempit bagi kami. Berilah kami tempat tinggal yang lebih luas.’+
21 Lalu engkau akan berkata dalam hati,‘Bukankah aku wanita mandul yang telah kehilangan anak-anak?Jadi siapakah bapa kepada anak-anak ini?Aku sudah ditawan dan dibuang negeri,
Jadi siapakah yang membesarkan anak-anak ini?+
Aku ditinggalkan seorang diri,+Jadi dari manakah anak-anak ini datang?’”+
22 Demikianlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
“Lihatlah! Aku akan mengangkat tangan-Ku, dan bangsa-bangsa akan melihatnya.Aku akan memberikan isyarat-Ku kepada mereka.*+
Lalu mereka akan menggendong anak-anak lelakimuDan mendukung anak-anak perempuanmu di atas bahu mereka.+
23 Raja-raja akan menjagamu,+Dan puteri-puteri mereka akan menjadi pengasuhmu.
Mereka akan bersujud ke tanah di hadapanmu+Dan menjilat debu di kakimu.+Ketika itu, engkau pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa;Orang yang berharap kepada-Ku tidak akan dimalukan.”+
24 Dapatkah orang yang ditangkap oleh seorang pahlawan diambil semula,Atau dapatkah orang yang ditawan oleh pemerintah yang zalim diselamatkan?
25 Inilah firman Yehuwa:
“Orang yang ditangkap oleh seorang pahlawan akan diambil semula,+Dan orang yang ditawan oleh pemerintah yang zalim akan diselamatkan.+
Aku akan melawan orang yang melawan engkau,+Dan Aku akan menyelamatkan anak-anakmu.
26 Aku akan menyebabkan orang yang menindas engkau memakan daging mereka sendiri,Dan mereka akan meminum darah mereka sendiri lalu menjadi mabuk, seolah-olah mereka telah meminum wain manis.
Maka semua orang pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa,+Penyelamat+ dan Penebus engkau;+Akulah Tuhan Yakub, Tuhan Yang Maha Kuat.”+
Nota Kaki
^ Atau “yang akan menegakkan keadilan bagiku.”
^ Atau mungkin, “setiap bukit yang gondol.”
^ Atau “mengangkat tiang penanda-Ku untuk dilihat oleh mereka.”