Yoel 3:1-21

  • Yehuwa menghakimi semua bangsa (1-17)

    • Lembah Yehosafat (2, 12)

    • Lembah Penghakiman (14)

    • Yehuwa, kubu pertahanan umat Israel (16)

  • Yehuwa memberkati umat-Nya (18-21)

3  “Hal ini demikian kerana pada masa itu,Aku akan membawa kembali orang Yehuda dan Yerusalem yang ditawan.+  2  Aku akan mengumpulkan semua bangsaDan membawa mereka ke Lembah* Yehosafat.* Demi umat Israel yang merupakan milik-Ku,Aku akan menghakimi semua bangsa itu di sana,+Kerana mereka mencerai-beraikan umat-Ku dalam kalangan bangsa-bangsa lain,Dan membahagi-bahagikan tanah-Ku untuk diri mereka sendiri.+  3  Mereka membuang undi untuk mendapatkan umat-Ku.+Mereka menjual budak lelaki supaya dapat membayar pelacur,Dan menjual budak perempuan supaya dapat membeli wain.  4  Hai Tirus, Sidon, dan seluruh wilayah Filistia,Alangkah beraninya kamu melawan Aku! Adakah kamu mencuba membalas dendam terhadap-Ku? Jika kamu berbuat demikian,Aku akan segera membalas kamu setimpal dengan perbuatan kamu.+  5  Kamu telah merampas emas dan perak-Ku,+Dan membawa harta-Ku yang bernilai ke dalam kuil-kuil kamu.  6  Kamu telah menjual penduduk Yehuda dan Yerusalem kepada orang Yunani,+Supaya mereka berada jauh dari negeri mereka.  7  Tetapi sekarang Aku akan membawa mereka kembali dari tempat-tempat kamu menjual mereka.+Aku akan membalas kamu setimpal dengan perbuatan kamu.  8  Aku akan menjual anak lelaki dan anak perempuan kamu kepada orang Yehuda.+Orang Yehuda pula akan menjual mereka kepada orang Syeba yang tinggal di tempat yang sangat jauh.Aku, Yehuwa, telah berfirman.  9  Isytiharkanlah perkara ini kepada semua bangsa:+ ‘Bersiaplah untuk berperang! Bangkitkanlah semangat para pahlawan kamu! Hendaklah para askar maju dan bersedia untuk menyerang!+ 10  Tempalah mata bajak untuk dijadikan pedang dan juga sabit untuk dijadikan tombak. Hendaklah orang yang lemah berkata, “Aku sangat kuat!” 11  Hai bangsa-bangsa di sekitar, berkumpullah dan bantulah satu sama lain!’”+ Ya Yehuwa, utuslah para pahlawan-Mu ke tempat mereka berkumpul. 12  “Hendaklah bangsa-bangsa bangkit dan datang ke Lembah* Yehosafat,Kerana di situ, Aku akan duduk dan menghakimi semua bangsa di sekitar.+ 13  Ayunkanlah sabit kerana tuaian sudah masak. Datanglah untuk memeras anggur kerana tempat pemerasan sudah penuh.+ Tempayan wain sudah melimpah kerana kejahatan semua bangsa itu bertimbun-timbun. 14  Begitu banyak orang yang akan berkumpul di Lembah* Penghakiman.Di situ orang akan dihakimi, kerana hari Yehuwa sudah dekat.+ 15  Matahari dan bulan akan menjadi gelap,Dan bintang-bintang tidak akan bercahaya lagi. 16  Di Sion, suara-Ku akan kedengaran seperti ngauman singa,Dan di Yerusalem, Aku, Yehuwa, akan berseru dengan suara yang lantang. Langit dan bumi akan bergoncang,Tetapi Aku, Yehuwa, akan menjadi tempat perlindungan bagi umat-Ku,+Dan Aku akan menjadi kubu pertahanan bagi umat Israel. 17  Sesungguhnya, kamu akan mengetahui bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan kamu, dan bahawa Aku berada di Sion, gunung suci-Ku.+ Yerusalem akan menjadi tempat yang suci,+Dan orang asing tidak akan sekali-kali melintasinya.+ 18  Pada hari itu, gunung-gunung akan diliputi wain manis,+Bukit-bukit akan melimpah dengan susu,Dan sungai-sungai di Yehuda akan penuh dengan air. Mata air akan mengalir dari rumah milik Aku, Yehuwa,+Dan mengairi seluruh Lembah* Akasia. 19  Namun, Mesir akan menjadi terlantar,+Dan Edom akan menjadi padang belantara yang terbiar,+Kerana keganasan yang dilakukan oleh mereka terhadap orang Yehuda.+Mereka telah membunuh orang yang tidak bersalah di negeri orang Yehuda.+ 20  Tetapi, dari generasi ke generasi,Yerusalem dan Yehuda akan sentiasa dihuni.+ 21  Meskipun mereka berhutang darah, Aku akan menghapuskan hutang darah itu.+Sesungguhnya, Aku, Yehuwa, akan berada di Sion.”+

Nota Kaki

Atau “Dataran Rendah.”
Maksudnya “Yehuwa ialah Hakim.”
Atau “Dataran Rendah.”
Atau “Dataran Rendah.”
Atau “Wadi.”